Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 20, 2017

SAYANG BINI PUNYA FASAL, MAHFUZ TAK BERANI LOMPAT KELUAR PAS WALAUPUN DISURUH PRESIDEN!!!



Mahfuz Omar tak payah sebenarnya memberikan pelbagai alasan mengapa dia masih 'bertahan' di dalam PAS. Walaupun Nik Amar, bahkan Presiden PAS sendiri menyuruh Mahfuz keluar PAS dan kemudian menyertai mana-mana parti yang dicintainya seperti PKR, DAP, PAN apatah lagi Cap Bunga, Mahfuz Omar masih cuba berselindung dengan alasan, dia mencintai PAS dan jemaah PAS selain dia hanya mengkritik PAS demi kebaikan.

Hakikatnya, bukan rahsia lagi TAKLIQ TALAK TIGA yang melibatkan Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PAS yang telah diberi kepercayaan sebagai calon dan kemudian menang, termasuklah Mahfuz Omar.

Beberapa orang bekas pemimpin PAS yang merupakan ADUN dan Ahli Parlimen yang kini telah berhijrah ke dalam PAN, menggunakan ijtihad sendiri menerusi penebusan atau membayar kafarah dengan membuat kenduri memberi makan orang ramai bagi mengelakkan talak tiga terjatuh ke atas pasangan masing-masing.

Tetapi Mahfuz Omar tidak seberani Dzulkifli Ahmad. Tidak setegar Khalid Samad, bahkan tidak senaif Dr. Mariah. Mahfuz di sebalik kelantangan dan garang, sebenarnya adalah seorang pengecut dan masih takut dengan konsekuens daripada tindakannya.

Maka disebabkan itulah, Mahfuz meraban-raban mengeluarkan kenyataan. Sentiasa menyebelahi DAP, PKR dan Cap Bunga, sambil sesekali mempamerkan diri seolah-olah dia adalah seorang PAN sejati, bukannya PAS lagi.

Orang PAS tahu, bahkan pengundi PAS di Pokok Sena juga tahu, hati dan jiwa Mahfuz bukan lagi bersama-sama PAS selepas dia kehilangan semua jawatan dan penghormatan yang diterimanya selama ini. Mahfuz ingin bersama kawan-kawannya yang lain di dalam PAN, PAN, DAP dan PKR. Mahfuz ingin mendapat penghormatan yang lebih besar di dalam Cap Bunga setelah dia menjadi sangat rapat dengan Mukhriz Mahathir dan Dr. Mahathir sendiri walaupun sebelum Mahathir dan anaknya keluar dan dikeluarkan dari UMNO, maki hamun dan sumpah seranahnya terhadap Mukhriz dan Dr. Mahathir mengalahkan mulut jalang tak dapat pelanggan. Mahfuz mahu menjadi arkitek yang mencantumkan dan menyatukan semua parti-parti tersebut di bawah tangannya.

Tetapi takliq talak tiga yang dilafazkannya membuatkan Mahfuz terpaksa mengambil langkah yang lebih ortodoks iaitu buat hal dan menimbulkan kemarahan kepimpinan utama PAS sebelum akhirnya dirujuk ke Bahagian Tatatertib dan kemudian dipecat dari parti.

Itulah yang sedang dicari dan diburu oleh Mahfuz Omar.

Kata orang di Pokok Sena, Mahfuz Omar tak mahu isterinya yang cantik, tertalak tiga yang menyebabkan dia tidak boleh rujuk semula, melainkan isteri cantiknya berkahwin dengan orang lain dan kemudian diceraikan.

Isteri yang mana satu, tidak pula dikhabarkan... tetapi yang pasti, Mahfuz Omar sangat sayangkan isterinya!

Jadi, dia masih kekal di dalam PAS walaupun segala perbuatannya bertentangan dengan PAS dan menimbulkan kemarahan kepimpinan utama PAS.

Kalau PAS berterusan buat tak reti kepada Mahfuz Omar dan membiarkan Mahfuz Omar dengan tindakan ortodoksnya, besar kemungkinan Ahli Parlimen Pokok Sena itu boleh mengalami kekejungan otak yang sangat parah.

Apa pun, Mahfuz masih mempunyai peluang untuk berpindah ke mana-mana parti iaitu selepas Dewan Rakyat diisytiharkan bubar. Tempoh sementara menantikan tarikh pilihanraya merupakan tempoh paling afdal untuk Mahfuz berpindah parti.

Itu pun kalau dia sudah mendapat jaminan yang dia kekal sebagai calon di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN. Kalau tidak, terpaksalah Mahfuz menahan diri dan menjeruk hati di dalam PAS sambil mempamerkan gelagat dan mengeluarkan kenyataan yang membolehkan dia dipecat!


1 comment:

Anonymous said...

Boleh je mhfuz nk kuar pas. Nnti suruh lh dap jadi cino buto !! Ha3

 
Blogger Templates