Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 1, 2017

WOI TONGONG!!! CAJ PERGIGIAN NAIK UNTUK KELAS PERTAMA DAN KEDUA SAHAJA.. KAU KELAS MARHEIN KEKAL SERINGGIT DAN PERCUMA, NAK MEMEKAK BUAT APA?!!!



1. Ini cerita lama yg berdarah kembali. Jika kalian masih ingat tentang viral kenaikkan caj RM 1 pada hujung tahun lepas, ianya menjadi kecoh seketika. Kemudian Kementerian Kesihatan memaklumkan tiada kenaikkan caj untuk kelas ke 3. Yang hanya terlibat adalah kelas 1 & 2. Ini pun melibatkan 1.6% rakyat Malaysia. Nitizen berasa tenang caj RM 1 tidak dinaikkan. Namun mereka tidak perasan makluman tentang caj pergigian, fisiotherapi, radioterapi dan onkologi yg bakal berubah.

2. Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, suka sy nyatakan tentang sejarah Fi perubatan. Ianya pada mulanya diperkenalkan sebagai Akta Fee 1951. Segala caj perubatan diperkenalkan ketika itu. Kemudian akta ni diganti kepada Perintah Fi 1982. Caj yg dikenakan dikekalkan. Hanya berubah adalah nama.

3. Kemudian terdapat beberapa pindaan Perintah Fi pada tahun 1994, 2003 & 2014. Kesemua pindaan ini hanya melibatkan caj wargaasing. Tidak melibatkan caj warganegara.
4. Maknanya sejak merdeka lagi caj ini kekal hingga kini.

5. Saya hadiri meeting kewangan pada tahun lepas. Walaupun peringkat hospital, namun saya faham status kos kesihatan secara keseluruhan.

6. Untuk makluman, Jika anda merujuk penyata kewangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015, hasil yg diperolehi oleh pihak kementerian hanyalah RM 560 juta. Sedikit peningkatan dari tahun sebelum nya iaitu sebanyak RM 120 juta (dari RM 440 juta). Majority kenaikan hasil ini adalah dari perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan.

7. Apa maknanya? Maknanya telah terdapat peningkatan secara significant dari segi perkhidmatan kesihatan kerajaan.

8. Sekarang kita lihat kos kementerian Kesihatan perlu tanggung. Untuk perbelanjaan mengurus tahun 2015 sahaja RM 21.7 billion. Jika anda lihat tahun-tahun sebelum ini, peningkatan kos hampir RM 1 billion setiap tahun.

9. Berbaloikah dengan kenaikkan hasil hanya RM 120 juta dengan kos rawatan meningkat sebanyak RM 1.1 billion setiap tahun?

10. Itu baru perbelanjaan mengurus. Belum lagi perbelanjaan2 lain. Perbelanjaan Perkhidmatan dan bekalan untuk tahun 2015 misalnya, kos yang terlibat adalah RM 8.6 billion.

11. Saya ada sertakan kutipan hasil negara tahun 2015 menurun dari 2014 walaupun pada ketika itu GST telah dilaksanakan. Semua tahu hasil negara rendah adalah ketidak tentuan ekonomi global - (Sumber : Jabatan Audit Negara)



12. Saya percaya kutipan hasil negara juga mencabar untuk tahun-tahun berikutnya.

13. Dengan kadar populasi rakyat yg makin meningkat - kos kesihatan rakyat juga meningkat tetapi hasil negara menjadi rendah. Bagaimana nak membantu rakyat?

14. Hari ini diviralkan tentang caj pergigian. Untuk makluman semua, Pekeliling penangguhan itu betul. Namun caj yg dikatakan itu tidak ada kesahihannya. Saya sudah merujuk kepada bahagian hasil, namun belum memperolehi pekeliling terkini.

15. Saya selaku berada dalam lapangan ini berasa keharusan Kementerian menaikkan caj rawatan berkenaan. Jika boleh caj RM 1 juga perlu dinaikkan. Adalah tidak masuk akal dgn caj RM 1, pesakit dapat pelbagai kemudahan subsidi kesihatan yg amat tinggi.

16. Saya mengambil contoh, jabatan saya perlu membeli set nephrostomy dgn harga RM 500 setiap satu. Pesakit memerlukan 2 set. Pakai tak sampai 3 hari, dah tercabut. Dan kami pasang yg baru. Walaupun telah diterangkan tentang penjagaan, masih lagi tercabut. Dan kami pasang lagi. Berapa banyak kerugian yg kita tanggung hasil dari sikap tidak menghargai?

17. Salah satu mendidik rakyat mengenakan caj pada kesihatan. Lakukan seperti negara luar. Baru masa itu rakyat tahu erti nikmat bersyukur.
18. Saya pernah mengutarakan tentang kenaikkan caj ini sebagai satu kewajaran

..

#Kesimpulan

1. Caj perubatan untuk warganegara tidak pernah berubah sejak merdeka.

2. Kutipan hasil Kementerian kesihatan hanya setengah billion. Namun kos lebih dari RM 20 billion. Dan kenaikka kos tahunan adalah sebanyak RM 1 billion. Di samping kutipan hasil negara tidak menentu.

3. Kerajaan adalah agensi yang menguruskan harta rakyat. Bukan agensi cari duit bagi subsidi pada rakyat. Kerajaan tidak berfungsi jika tidak mendapat sokongan rakyat terutama kewangan. Give and take.

4. Kenaikkan caj perubatan adalah sgt di sokong.

5. Ada pihak mewar-warkan yg negara mengalami kekangan kewangan. Mereka gembira sebab memperoleh milage politik yg sedikit. Tapi apabila sudah tahu masalah kekangan kewangan negara, mereka juga marah bila caj perubatan di naikkan. Wajarkah mereka ini dinobatkan sebagai manusia?

Dr. Aznil Hisham.

RUJUK JUGA:



8 comments:

Anonymous said...

Bahlul jg..kelas pertama ka..apa ka tetap naik..tak pyh lah nak hina kelas marhein..klu kau masuk kelas pertama pun sbb dedak dan jilat tak berhenti

Ahmad said...

Salam Tuan Admin,

puak blogger 'pungkoq' 94.6% tu saja lakukan perang saraf lebih banyak kerana icon fitnah mereka Lapiji Lembu dh tak laku. So kena move cara viral jugak. Bersepah2 cerita buruk di viralkan demi menanam benci pd DSN dan Kerajaan pimpinannya. Kalau tk buat sesuatu untuk counter attack mcm ni.. (Syabas Tuan Admin pantas cover!!), alamatnya jadi LAUK puak chap bunga Botox leh wjbnye PRU14 nnt. So pastikan kemas kita dptkan viral dan lawan balik!

Wassalam

Cahaya Al Majid said...

Salam. Unit pergigian mana ada kelas 1,2,3. Agak agaklah kalau nak ampu pun.

Anonymous said...

1. kalau caj hampir sama dengan caj swasta pastikan khidmat klas 2 atau satu itu hampir sama dengan khidmat yang diberikan oleh swasta

2. kalau pengguna boleh bayar berpuluh ringgit bagi khidmat tradisional, tiada sebab pengguna tidak boleh bayar lebih dari RM 1 untuk rawatan kontemporari

3. pemerolehan harus diaudit dengan lebih teliti bagi mengesan pengambilan untung berlebihan yang tersembunyi di sebalik belian biasa

4. kalau produk ubatan generik dipercayai keberkesanannya maka tidak ada sebab produk lain seperti alat pakai terus atau pakai buang jenama generik tidak boleh di letak sebaris produk trademark

Anonymous said...

Al Majid kalau nak dengki dan fitnah pun bukaklah laman web MOH.gov.my dulu baca bagi paham.. kalo Unit Pergigian tidak sediakan kelas begitu maknanya balik kepada caj asal PESAKIT LUAR lahh..

setakat RM4 maksimum bayar utk ko punya gigi sakit.. dalam dunia negara mana kasi subsidi macam tu?? atau dari pada menyonglap 20 sen jual plastik haram.. berapa banyak rugi mau kira???

Anonymous said...

Kalau ada kenaikan mesti ada kepincangan kerana bila senang dulu banyak wang masuk kocek. Itulah UMNO.

Anonymous said...

naik $2/3 pon nak bising blm bini minta naikkan allowance rumah.
malu la sikit korang ni

Anonymous said...

Kau yg tonggong lagi bebal. Caj dentist mana ada kelas-kelas. Kepala bapak kaulah bahlol

 
Blogger Templates