Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 17, 2017

KATANYA NAZRI AZIZ YANG KECUT DAN MAHU TARIK DIRI, TAPI YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH KECUT PULA ADALAH PARA PENYOKONG DAN PENTAKSUB MAHATHIR!!!



Ada pihak yang sudah mulai gentar dengan semakin hampirnya 25 Mac. 

Ini adalah kerana pada tarikh itulah, sepatutnya debat antara Nazri Aziz dengan Dr. Mahathir akan diadakan.

Pentaksub-pentaksub dan penyokong-penyokong Mahathir kelihatan memberikan perhatian yang sangat luar biasa kepada acara tersebut. Kebanyakan daripada mereka, seolah-olah mahu debat tersebut dibatalkan dengan apa cara sekalipun tetapi tidak begitu berani mengakui, mereka sebenarnya sangat gentar kerana Dr. Mahathir sendiri kelihatan tidak bersedia langsung. 

Kuda tua Mahathir, Zainuddin Maidin mengatakan, UMNO akan mencari apa sahaja cara untuk membatalkan perdebatan tersebut. 

Jentera-jentera propaganda Cap Bunga pula sedang melabelkan Nazri Aziz sebagai pengecut dan cuba menarik diri daripada berdebat dengan apa cara sekalipun. 

Bagaimanapun berbeza daripada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh para penyokong dan pentaksub Mahathir, Nazri Aziz masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas bersetuju untuk berdebat dengan Dr. Mahathir TANPA SEBARANG SYARAT DAN TIDAK MEMILIH TEMPAT.

Syarat Nazri Aziz, 'TANPA SEBARANG SYARAT' masih lagi kekal dan tidak berubah walaupun pada masa yang sama, kem Mahathir pula cuba meletakkan syarat bahawa perdebatan hanya boleh berkisar tentang RM2.6 bilion dan 1MDB.

Untuk menutup malu, dikatakan Nazri telah mengeluarkan kenyataan agar debat tersebut dibuat di Dewan Sekolah Menengah. Cadangan awal perdebatan diadakan di Dewan Millineum ke MRSM adalah disebabkan pada tarikh 25 Mac, Dewan Millineum telah ditempah awal untuk kenduri kahwin. TANPA SEBARANG SYARAT yang dipersetujui oleh Nazri membolehkan lokasi perdebatan tersebut diadakan di Langkawi atau di halaman rumah Dr. Mahathir sekalipun dan yang pastinya Nazri Aziz akan ke sana. 


Dari awal lagi Nazri tidak meletakkan sebarang syarat. Kalau Dr. Mahathir tidak membenarkan penyokong Nazri hadir, ia tidak akan menjadi masalah kepada Ahli Parlimen Padang Rengas itu kerana dia pernah membuktikan KEJANTANANNYA apabila berhadapan dengan Salehuddin Ayub di venue yang dipenuhi penyokong PAS dan dia pula bersendirian. 

Seperkara lagi, debat tersebut dianjurkan oleh Sinar Harian bagi segmen Wacana Sinar, maka segala urusan permit polis mahupun bantuan keselamatan seharusnya diselesaikan oleh pihak Sinar Harian dan pihak berkuasa. Jadi, menyalahkan Nazri Aziz seperti yang cuba dilakukan oleh pentaksub dan penyokong Mahathir, merupakan satu sikap janggal.

Begitu juga dengan skrin besar. Semua orang tahu, penganjur debat tersebut adalah Sinar Harian dari Karangkraf. Mahathir boleh meminta Karangkraf menyediakan skrin sebesar mana pun di luar dewan. Nazri Aziz tidak pula meletakkan sebarang syarat debat tersebut perlu diadakan di dalam dewan. Seandainya Mahathir berasakan saiz dewan terlalu kecil, Mahathir boleh minta penganjur mengadakan acara debat di luar dewan, kalau tidak pun di tengah-tengah padang!

Nazri Aziz bukannya ada ramai peminat sangat pun... tetapi apabila Mahathir dan kumpulannya kelihatan bertungkus-lumus mencipta alasan untuk melarikan diri, tetapi tidak berani berterus-terang sebaliknya membuat andaian Nazri Aziz yang akan mencari jalan melarikan diri daripada perdebatan tersebut, Nazri Aziz sebenarnya menggamit peminat yang tersendiri.

Apatah lagi setelah diberitahu, Nazri Aziz menanggapi perdebatan dia dengan Dr. Mahathir sebagai sesuatu yang bersifat PERIBADI.... bak kata orang putih, NO HOLD BARRED!

Lebih-lebih lagi dengan kenyataan terbaharu Nazri Aziz yang tidak membenarkan para penyokong UMNO-BN datang, sebaliknya meminta penyokong pembangkang datang beramai-ramai, selain telah meminta Setiausaha UMNO Bahagian membantu mempercepatkan permohonan permit debat....


8 comments:

Unknown said...

Nazri Aziz seorang Peduam sebelum menjadi Menteri dan pernah memiliki sebuah guaman sendiri. Justeru, Nazri patut lebih tahu apa itu rasuah, graft, bribe, Akta SPRM, salah guna kuasa dan sebagainya. Adakah Nazri bersetuju dari segi undang-undang bahawa DS Najib Razak tidak perlu mengembalikan RM42 juta yang di katakan berasal dari SRC International dan dengan alasan tidak tahu siapa pemberinya boleh di terima dari segi undang-undang? Bukankah seorang PM dalam tempoh 8 tahun boleh menerima RM42 juta adalah sesuautr yang salah? DS Najib Razak TIDAK pernah mengishtiharkan RM42juta tersebut dalam Cukai Pendapatan beliau. Ini juga Nazri Aziz patut tahu dari segi undang-undang!!

DS Najib akui beliau menerima RM2.3 bilion yang masuk ke akaun peribadinya. Pertamanya, DS Najib tidak pernah mengishtiharkan wang tersebut kepada:-
1. LHDN
2. MKT UMNO (jika ia untuk derma politik UMNO, Pemegang Amanah lain iaitu Timbalan Presiden dan Bendagari tidak mengetahui mengenai duit tersebut)

Sebagai Peguam, Nazri patut tahu Akta FIA dan BNM serta Akta Wang Haram

Kesemua ini menunjukkan bahawa Nazri bersubahatr melindungi DS Najib. Nazri tidak pernah membangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat MKT meskipun telah menjadi pengetahuan umum.

Saya tidak nampak mengapa Tun M dan penyokong Tun M perlu gusar dan kecut dalam debat ini. Jika UMNO dan Nazri tidak kecut, teruskan sahaja debat tersebut. Inilah juga peluang Nazri mempertahankan DS Najib dalam skandal 1MDB dan SRC International.

Anonymous said...

Hahahahahahaahahaha.. mengarut saja.. tunggu saja la masa debat nti.. kecian.. hahahaahahahahah..

Unknown said...

KAHKAHKAHKAH.NAZRI PONDAN SUDAH KECUT TELOR.....TUN DET RELAKS
SAJA. TAK PERLU NAK BUAT PERSIAPAN, HUJAH DI HUJUNG JARI.

Anonymous said...

KAH KAH KAH....MISKINYA BEKAS PM MADEY. BEGITU JUGA MISKIN JUGA PERANGAINYA SUKA U TURN.

Anonymous said...

Yang sebenarnya pentaksub U-turn M yg kecut telur bukannya Nazri. Kenalah tunggu pihak Sinar Harian yg menjadi penganjur debat utk mohon permit polis baru boleh adakan debat.

Anonymous said...

Sesama islam paling elok pilih jgn berdebat. Nanti akhirnya yg nampak stupid agama islam sebab yg terlebih stupid si pendebat...dua2 jgn la nak tunjuk hebat sgt. US sedang bedil masjid2 d syria yg d cni sebok nak berdebat...ehhh malu la lebih lagi.

Anonymous said...

Keling kerala putar alam ....dan berok2 upahan sgt aktif menghasut dan memfitnah. Rakyat cuma tengok dan ketawa melihat sarkis keling kerala dan berok2nya.

Anonymous said...

U turn kepala hotak kau. Kalau najib suruh kau jilat berak dia ..kau nak ikut ke. Bangang kau ni bai. Hari2 najib tipu kau. Kau terima jelah bahlol

 
Blogger Templates