Perdebatan antara Nazri Aziz dan Dr. Mahathir yang dijangka pada 25 Mac ini, secara undang-undangnya telah terbatal apabila Polis Perak tidak memberikan kebenaran dan permit untuk perhimpunan perbahasan tersebut.
Dan seperti biasa, para pentaksub dan penyokong Mahathir pun melolong-lolong macam anjing nampak hantu sambil menyorak-nyorak kononnya Nazri takut dan UMNO kecut sehingga perlu menggunakan polis untuk membatalkan perdebatan tersebut.
Polis Perak memberikan beberapa sebab, termasuklah kelambatan oleh pihak penganjur iaitu Karangkraf (Sinar Harian) walaupun sebelum ini sangat berpengalaman dalam penganjuran sebegini. Selain itu, lokasi perdebatan juga menjadi alasan polis menolak permohonan berkenaan memandangkan premis sekolah tidak dibenarkan bagi tujuan berkenaan. Polis turut menerima bantahan-bantahan secara bertulis iaitu sebanyak 8 bantahan selain laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan, sekaligus bantahan daripada orang-orang yang berkepentingan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA)2012, membatalkan permohonan tersebut.
Nazri bagaimanapun berkata, dia tetap akan datang untuk berdebat pada 25 Mac nanti. Bagaimanapun perkataan DEBAT itu digantikan dengan WACANA kerana perkataan DEBAT atau PERBAHASAN itu sendiri akan melanggar APA 2012.
Pada masa yang sama, pihak yang satu lagi terus menyalahkan Nazri dan memberikan pelbagai label kepada Nazri dan UMNO.
Ironinya, ada 'nasihat' yang diberikan iaitu, 'KITA TIDAK BOLEH LANGGAR UNDANG-UNDANG' yang dirujuk kepada Dr. Mahathir.
Ini lawak!
Sepatutnya Dr. Mahathir tetap akan sampai ke Padang Rengas, di lokasi yang telah ditetapkan dan dipersetujui untuk berdebat meskipun tidak mendapat kebenaran pihak polis. Ini adalah kerana, Dr. Mahathir begitu kuat menyokong demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh DAP-BERSIH sebelum ini.
Kalau demonstrasi jalanan dia boleh datang, kalau fitnah dan tohmah hanya berdasarkan HEARSAY dan tanpa bukti seperti yang diperakuinya sendiri pun, dia boleh tuturkan dengan bebas, mengapa pula ketiadaan permit kebenaran daripada pihak polis untuk perdebatan dengan Nazri menjadi halangan untuk dia datang dan meneruskan wacana tersebut.
Nazri telah mengatakan, dia tidak mempunyai sebarang syarat sedangkan Mahathir pula meletakkan syarat perdebatan hanya berkisar tentang 1MDB sahaja....
Jadi, berdebatlah!
Ramai yang nak tengok Mahathir berdebat kerana sepanjang sejarah kerjaya politiknya, Mahathir tidak pernah berdebat secara terbuka kecuali di Parlimen... itu pun semasa zaman Lee Kuan Yew masih lagi jadi Ketua Pembangkang. Selepas itu, Mahathir tidak pernah berani walaupun dicabar berkali-kali oleh Anwar Ibrahim untuk menerangkan tentang kepentingan-kepentingan anak-beranak serta kaum kroni dan keluarganya yang menggunakan wang negara untuk mereka hidup bermewah-mewah.
No comments:
Post a Comment