Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 9, 2017

WALAUPUN BERLAGAK SEPERTI BETINA BERUK, TETAPI BILA DISURUH BERDEBAT DENGAN ZAKIR NAIK, SITI KASIM TAK BERANI DAN NAK BAWA GENG!!!



Selama ini, bila tidak ada orang memberikan respons atau tidak peduli dengan kewujudan atau gelagatnya, dia berasakan dia salah seorang peguam dan aktivis yang hebat. Apatah lagi, dia berjaya memalukan Kerajaan Negeri Kelantan dengan isu Orang Asli di Hulu Kelantan walaupun semua orang tahu dia turut mengimport ramai Orang Asli ke kawasan tersebut untuk menunjukkan atau membuktikan dia seorang aktivis yang hebat.

Cuma akhirnya apabila ditanya, bilakah projek pembalakan tersebut dimulakan, syarikat mana yang mendapat konsesinya, siapa Exco yang meluluskannya, Siti Kasim tidak pernah memberikan jawapan.

Beberapa hari lepas, Siti Kassim sekali lagi menjadi tajuk berita dengan gelagatnya yang sentiasa menentang apa-apa sahaa yang bersifat Islam. Sama ada dengan menggunakan alasan gender mahupun hak asasi yang kadang-kadang, percakapan dan kenyataan yang dikeluarkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapa dan apa agama yang dianuti oleh Siti Kasim sebenarnya.

Bersama-sama rakan sekongkol anti-Islamnya termasuklah Asiah, Siti Kasim telah mengadakan tunjuk perasaan mendesak agar Kerajaan mengambil tindakan dan mengusir keluar Zakir Naik dari Malaysia dengan alasan Zakir Naik membahayakan masyarakat Malaysia.


Cabaran untuk Siti Kasim bertemu dengan Zakir Naik, disertakan syarat, dia memerlukan kesemua 19 orang yang mahu mengusir penceramah tersebut. Dan yang paling menarik ialah apabila dia tidak berpuas hati dengan pelawaan Fathul Bari Mat Jahaya yang merupakan Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri untuk mengaturkan pertemuan tersebut.

Dia menuduh Fathul Bari cuba menganiayainya kerana hanya menjemput dia dan Asiah Jalil untuk bertemu Zakir. Dia turut mempersoalkan mengapa Zakir hanya mahu brjumpa dengannya dan Asiah sahaja, sedangkan lebih baik berjumpa dengan semua 19 orang.

Pada 6 Mac yang lalu, Fathul telah membuat kenyataan bahawa beliau akan mengaturkan pertemuan Siti dan Zakir yang sudah bersetuju dengan cadangan berkenaan. Fathul menyatakan bahawa beliau mempelawa Siti dan Asiah kerana mereka berdua beragama Islam. Dalam kenyataan Fathul menambah jika terdapat orang Islam yang lain mengheret isu berkenaan ke mahkamah, mereka juga boleh hadir sekali.

Fathul membuat kenyataan bahawa beliau tidak pernah menjadikan Siti Kasim dan Asiah sebagai sasaran kerana jantina mereka. Tetapi Siti Kasim tetap mendakwa terdapat agenda cauvinis lelaki yang sangat jelas dan terang-terangan.


Siti Kasim mendakwa seorang lagi individu Muhammad Mujahidin Zulkiffli terlibat dalam saman bagi mendapatkan perintah penangkapan dan pengusiran Zakir itu. Mujahidin pun Melayu dan Muslim juga. Siti Kasim berkata beliau tidak akan menyerah terhadap pembulian dan manipulasi berkenaan walaupun hakikatnya, dia sekadar seorang peguam yang banyak mulut, cuba mencari sensasi dan perhatian tetapi amat takut untuk berdebat dengan orang yang lebih berpengetahuan.

Siti Kasim mendakwa Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana mengelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. RUU 355 dikaitkan dengan hudud dan mengapa Siti Kasim terlalu takut dengan perkataan hudud?

Siti Kasim menganggap cabaran yang dilontarkan oleh Zakir sebagai bodoh dan buang masa sahaja. Siti Kasim pasti sudah menonton, meneliti dan menilai ceramah, kuliah atau tazkirah yang disampaikan Zakir dan sudah terfikir individu seperti Zakir bukanlah calang-calang orang.


Setakat untuk Tokoh Maal Hijrah 1435H/2013M itu berhujah dengan Siti Kasim, rasanya tidak mampu untuk kita huraikannya. Zakir mampu memberikan jawapan yang baik dengan penilaian yang kritis. Pandangan dan jawapannya menggunakan al-Quran, hadis, bersama fakta saintifik serta imput-imput berkaitan daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan.

Lulusan MBBS (Bachelor of Medichine, Bachelor of Surgery) dari University of Mumbai itu tidak pernah mengajar sesiapa untuk menghina agama lain. Atau menggunakan perkataan kasar ketika menyampaikan ceramah. Siti Kasim oh Siti Kasim. Janganlah takut dengan bayang-bayang sendiri.
Atau adakah kamu rasa resah gelisah dengan bayang-bayang Islam?


4 comments:

Anonymous said...

hahaha..kantoi

Anonymous said...

Takkan berani berdepan dgn Zakir. Berkokok di belakang bolehlah.

Anonymous said...

Kesianlah dengan ayah dan ibu dia ade ank macam perempuan ni....

Anonymous said...

Islam bukan agama org2 Melayu kerana ianya hanya diperturunkan kpd Arab. Melayu kalau nak sangat2 jadi Arab, kahwin 4 dulu kerana ini lah ujian ketabahan.

 
Blogger Templates