Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 20, 2017

AZMIN ALI SEMAKIN HAMPIR KEHILANGAN TAKHTA MENTERI BESAR SELANGOR WALAUPUN PAS SELANGOR TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAR DAN MAJLIS SYURA!!!



Dewan Pemuda PAS Selangor telah memutuskan dan mendesak mendesak agar PAS Selangor memutuskan hubungan dengan PKR Selangor dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor Ke-51. (RUJUK SINI) Sekaligus, Dewan Pemuda PAS Selangor meminta agar semua wakil rakyat PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, termasuklah PBT selaku Ahli-Ahli Majlis, melepaskan jawatan yang sedang mereka sandang sekarang.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang berasingan Sallehan Mukhyi yang mewakili PAS Selangor menyatakan, PAS Selangor mengambil pendekatan yang berbeza dengan PAS Pusat iaitu akan meneruskan kerjasama dengan PKR, sekaligus akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor serta PBT-PBT Selangor sehinggalah PRU-14.

Ramai juga yang mengecam keputusan ADUN Sabak itu. Malah ada yang membuat teori kononnya PAS Selangor yang sedang mabuk kemewahan, tidak berani untuk meninggalkan kemewahan yang sedang mereka nikmati hasil tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP pada dua PRU lalu.

Berbeza dengan negeri-negeri lain, di Selangor, PAS merupakan sebahagian daripada 'kabinet' Kerajaan Negeri. Sekurang-kurangnya terdapat 4 orang Exco Kerajaan Negeri dari PAS walaupun jawatan yang mereka sandang, sebenarnya adalah jawatan-jawatan picisan yang kurang berguna berbanding jawatan-jawatan Exco yang disandang oleh ADUN-ADUN PKR dan DAP.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

PKR kehilangan satu kerusi apabila ADUNnya yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dipecat dari parti menjadikan penguasaan PKR hanya 13 kerusi DUN. 

Jadi, mengikut pecahan, PAS memiliki 15 kerusi DUN, DAP jumlah yang sama, PKR memegang 13 manakala BN 12 dan Bebas 1 (pro BN). Jika atas kertas, katalah PAS bersedia bergabung dengan BN, maka jumlah kelihatan sama banyak yakni 28 dan 28.

Namun hakikatnya, BN bersama PAS mampu membentuk kerajaan negeri baru kerana undi speaker Selangor, Hannah Yeoh tidak dikira.

Undang-undang Tubuh Selangor menetapkan speaker tidak boleh mengundi.
Dengan semakin hampirnya PRU-14, tindakan meninggalkan Kerajaan Negeri Selangor akan mendorong kepada masalah yang lebih besar, sekaligus menekan Azmin Ali untuk membubarkan DUN lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri. Dalam keadaan sekarang di mana PAS Selangor sendiri masih menapis-napis di kalangan mereka bagi menyaring kaum 'HARUM MANIS' yang bersembunyi di dalam PAS Selangor, tindakan meninggalkan Kerajaan Negeri Selangor adalah tindakan yang tidak bijak. Apatah lagi dengan hadirnya PAS di dalam Kerajaan Negeri, setidak-tidaknya DAP yang diketahui amat memusuhi PAS, tidak akan melampau-lampau kerana bimbang banyak rahsia yang diatur akan sampai ke pengetahuan PAS yang mereka musuhi. 
Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Perumahan Selangor, Iskandar Samad menyatakan PAS Selangor hanya akan membuat sebarang keputusan berhubung kemelut hubungan antara PAS Selangor dengan PKR berdasarkan proses di muktamar dan Majlis Syura Ulama PAS yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. (RUJUK SINI)

2 comments:

Anonymous said...

UMNO dah cuba suap 4 ekor itu????

Anonymous said...

Jangan PAS lupa yg wang RM90 juta bukan nya diberi percuma oleh UMNO.

 
Blogger Templates