Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 20, 2017

HILANG KATA-KATA DENGAN GAMBAR 'PASANGAN BERCIUM', GUAN ENG PILIH UNTUK BUAT-BUAT BODOH DAN ENGGAN MENGULAS!!!



Kalau bab orang lain, terutama apabila membabitkan pemimpin UMNO, belum tegak kepala, Lim Guan Eng sudah pun mengeluarkan kecaman dan kutukan seolah-olah dia adalah seorang yang sangat bermoral dan penuh etika. Dia tidak akan membuang banyak masa untuk mengeluarkan kecaman dan memburuk-burukkan peribadi pihak lawan. Bahkan dia tidak akan membuang banyak masa untuk membuat ceramah dan kempen untuk membuktikan bahawa keseluruhan UMNO dan BN itu adalah kebobrokan, rosak, curang dan khianat. 

Tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, lebih-lebih lagi terhadap orang kesayangan sendiri, Lim Guan Eng jadi kura-kura yang menyembunyikan kepala di dalam cengkerang. 

Itulah yang berlaku apabila Lim Guan Eng berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komen berhubung gambar-gambar kontroversi yang membabitkan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari. Apatah lagi pasangan Zairil di dalam gambar tersebut adalah Dyana Sofya, orang kesayangan bapanya, Lim Kit Siang.

Lim Guan Eng sebenarnya cuba mengawal kerosakan dan kemerosotan pengaruh DAP yang lebih teruk apabila memilih untuk tidak membuat sebarang ulasan berhubung gambar-gambar tersebut.

Ironinya, orang yang paling kuat memanipulasikan undang-undang pun, tidak berani mengambil tindakan tersebut. 

Sehingga setakat ini, walaupun sudah tiga kali isu yang sama melanda Zairil Khir Johari, malah tiga kali juga dia berdalih kononnya gambar-gambar tersebut adalah palsu dan pemalsuan tersebut bertujuan untuk merosakkan imejnya, tiada laporan polis yang dibuat setakat ini. 

Insiden pertama pada Oktober 2014, Zairil dan Dyana menafikan mereka adalah orang di dalam beberapa keping gambar yang dimuatnaikkan ke Internet. Mereka hampir hendak membuat sidang media, di mana selepas itu mereka akan membuat laporan polis, tetapi membatalkan sidang media tersebut pada saat-saat akhir. Kedua-duanya juga tidak membuat laporan polis berhubung dua klip video yang dimuatnaikkan di Internet.

Seandainya benar gambar-gambar dan video-video tersebut adalah palsu, laporan polis akan membolehkan polis menyiasat menerusi kaedah forensik untuk menentukan kesahihanya.

Namun sekiranya polis mendapati, gambar-gambar tersebut adalah tulen dan orang di dalam gambar itu adalah Zairil dan Dyana sendiri, sudah pasti mereka akan didakwa membuat laporan palsu yang akan dihukum di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan atau didenda sehingga RM2000 atau kedua-duanya sekali. 

Sebagai alternatif, kedua-duanya boleh membuat Akuan Bersumpah yang gambar-gambar tersebut tiada sebarang kaitan dengan mereka. Tetapi hukuman di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana membuat Akuan Bersumpah palsu jauh lebih berat dan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang 7 tahun atau didenda atau  kedua-duanya sekali. 

Sesuatu yang menarik ialah, betapa hebatnya PEMALSU GAMBAR berkenaan seandainya ia adalah gambar-gambar palsu seperti yang didakwa oleh Zairil Khir Johari. Hebatnya kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada pemimpin-pemimpin barisan hadapan sebaliknya hanya memangsakan pemimpin-pemipin barisan ketiga seperti Zairil dan Dyana. Hebat kerana pemalsu tersebut sangat 'baik hati'. 

Lim Guan Eng sepatutnya menasihati Zairil untuk membuat laporan polis atau Akuan Bersumpah.

Yang pasti, sekiranya orang seperti Zairil mampu berbohong begitu mudah seperti dalam kes gambar-gambar ini walaupun telah didedahkan berkali-kali dan bukti-bukti gambar serta video amat meyakinkan, bermakna Zairil mampu berbohong untuk apa-apa sahaja, termasuklah darah Melayu dalam tubuhnya. 

Pengundi yang waras sudah tentu tidak akan memilih Ahli Parlimen yang terang-terang berbohong tanpa rasa bersalah. Para pengundi beragama Islam, sudah tentu tidak akan merestui perangai seperti yang ditunjukkan oleh Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari kerana ia bertentangan dengan agama mereka. 

Pengundi-pengundi wanita pula, sudah pasti tidak akan memilih seorang suami yang curang atau wanita yang menggoda suami orang yang telah pun mempunyai anak.

Justeru tidak mustahillah mengapa Lim Guan Eng memilih untuk tutup mulut!


No comments:

 
Blogger Templates