Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 6, 2017

BARU BEBERAPA BULAN, SUDAH ADA AHLI CAP BUNGA KELUAR PARTI DAN BAHAGIAN DIBUBARKAN!!!



Petang semalam lagi, berita-berita tentang ahli-ahli Parti Cap Bunga Rembau akan keluar parti telah pun tersebar menerusi WhatsApp. Bukan sahaja keluar parti, malah Cap Bunga Rembau juga turut dibubarkan.

Pembubaran dan ahli keluar beramai-ramai itu dibuat di Senawang.

Dan tepat sebagaimana yang diuwar-uwarkan, sidang media telah dibuat oleh bekas aktivis Cap Bunga Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin di sebuah restoran di Senawang pada jam 9:00 malam tadi.

Menurut Anas, keputusan itu dibuat selepas hasil perbincangan di dalam mesyuarat bersama ahli gerakan pada 28 Mac lalu.

video

Ahli-ahli gerakan yang telah merintis dan mewujudkan Cap Bunga di Rembau kecewa apabila kerja keras mereka untuk menggerakkan parti langsung tidak dihargai oleh pucuk pimpinan. Bahkan pucuk pimpinan telah melantik ketua bahagian dan jawatankuasa yang terdiri daripada kroni yang langsung tidak buat kerja.

Menurutnya lagi, mereka juga kecewa kerana parti Dr. Mahathir itu mengenepikan suara generasi muda dengan memilih pemimpin yang sudah lanjut usia di Bahagian Rembau. Selain itu, hanya Negeri Sembilan sahaja yang tidak mempunyai Pengerusi Perhubungan Negeri dan Ketua Bahagian sehingga ke hari ini.


Parti Cap Bunga diasaskan oleh beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang kecewa dan terdesak untuk menyelamatkan kroni dan proksi selepas Najib Abdul Razak mereformasikan tender dan kontrak yang menyaksikan kemudahan dan kemewahan serta keistimewaan yang dinikmati dari zaman pentadbiran Dr. Mahathir oleh sekelompok orang, dicantas dan dihentikan. Antara pengasas utamanya termasuklah Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Parti tersebut telah ditubuhkan secara rasmi pada September lalu.

Difahamkan, beberapa Bahagian lain terutama di Kedah akan mengambil tindakan serupa iaitu pembubaran Cap Bunga Bahagian dan ahli keluar beramai-ramai dalam tempoh yang terdekat.


No comments:

 
Blogger Templates