Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 11, 2017

BERANIKAH BAHAGIAN PENERBITAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI AMBIL TINDAKAN TERHADAP NANYANG SIANG PAU?


Mudah betul....

Hina dan fitnah... siarkan... wujudkan persepsi sekejap-kejapnya. Mainkan sentimen untuk suatu tempoh. Kemudian, apabila berasa terancam dan selepas objektif tercapai, buat permohonan maaf secara terbuka dan perkara itu pun selesai.

Taktik tersebut telah dilakukan berulang-ulang kali, membabitkan penghinaan ke atas apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Nanyang Siang Pau, salah sebuah penerbitan akhbar harian berbahasa Cina di Malaysia, turut melakukan perkara yang sama.

Dua hari lepas, Ketua Pengarangnya telah menyiarkan sebuah kartun yang jelas menghina Speaker Dewan Rakyat dan Presiden PAS serta pembentangan RUU355 yang tiada kena-mengena dengan orang Cina melainkan yang beragama Islam.

Hari ini, Nanyang Siang Pau menyiarkan permohonan maaf kepada Speaker Dewan Rakyat dan Abdul Hadi Awang. (BERITA SELANJUTNYA DI BULETIN 247)

Begitu mudah!

Penyiaran akhbar dan isi kandunganya tertakluk di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Penyiaran kartun berkenaan oleh Nanyang Siang Pau jelas melanggar Seksyen 7(1) Akta berkenaan.

Penyiaran kartun berkenaan jelas berobjektif untuk mewujudkan sentimen kebencian dan menghina Parlimen apabila mereka tidak berpuas hati setelah Speaker Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU355 ke bulan Julai mengikut kuasa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat kepadanya.

Bagi mereka yang pernah berhadapan dengan kerenah birokrasi Bahagian Penerbitan KDN, sudah pasti tahu, rungutan tentang sikap bias tindakan penguatkuasaan ke atas akhbar-akhbar berbahasa Cina sudah lama kedengaran. Walaupun suatu ketika dahulu, KDN bertindak tegas menahan, menyita, bahkan merampas penerbitan dan memanggil penerbit serta pengedar selain pencetak media berbahasa Melayu bagi sesi 'menjawab soalan', sentimen-sentimen negatif yang dimainkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina, seperti tidak wujud. Kerap kali alasan remeh yang diberikan ialah, KDN kekurangan kakitangan yang mahir berbahasa Cina!

Adakah sekali lagi Bahagian Penerbitan KDN akan melepaskan dan membebaskan Nanyang Siang Pau, terutama selepas akhbar berkenaan membuat permohonan maaf?


2 comments:

Anonymous said...

taubat..dia x berani..tengok dan lihat

nanonano said...

Google translate tak reti pakai ke? Bodohnya alasan! Dah namanya bhg penerbitan kena la tahu banyak bahasa, kalau tak tahu buat apa kerja kat bahagian ni? Pemalas! Dari ketua sampai ke peon, kerja hari hari baca suratkhabar pun malas? Tak reti nak guna budget utk meningkatkan skill pekerja ke? Hantar la kursus bahasa staf2 yang goyang kaki tu, jangan sia siakan duit rakyat. bukan susah mana pun baca suratkhabar ni.....

 
Blogger Templates