Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 24, 2017

CAJ AIR PULAU PINANG DINAIKKAN CARA MUDAH ISI KANTUNG NEGERI YANG KOSONG DIKERJAKAN GUAN ENG!!!



TAHNIAH RAKYAT PULAU PINANG dan yang telah mengundi DAP untuk menjadi Kerajaan Negeri serta amat menyayangi dan menyanjungi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang sangat hebat. 

Ketika Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang untuk menaikkan harga parking di beberapa lokasi di sekitar Bandaraya, DAP adalah puak yang paling kuat menyalak dan menentang. Lim Guan Eng sendiri turut memberikan kenyataan dan mensabitkan cadangan DBKL itu sebagai tindakan terdesak kerajaan yang sudah hendak bankrap.

Walaupun sudah lama tidak kedengaran, tetapi DAP juga yang paling kuat melenting sewaktu harga minyak meningkat. Konon-kononnya DAP sangat mementingkan kesejahteraan rakyat dan mahu Kerajaan Pusat lebih memahami kehidupan rakyat masa kini.

Baru beberapa hari lepas, Lim Guan Eng bercakap tentang inflasi yang sedang dihadapi oleh Malaysia. Sekalipun inflasi tersebut kesan daripada kenaikan harga minyak global dan tidak memberi kesan kepada rakyat Malaysia, Lim Guan Eng dengan menggunakan data separuh-separuh, sepertimana yang kerap dilakukannya selama ini menyalak kononnya, peningkatan angka inflasi itu menunjukkan Malaysia sudah bankrap dan telah dipimpin secara tidak betul. 

Hanya apabila Lim Guan Eng tersedar, dia sebenarnya bercakap tentang 9 tahun DAP berkuasa di Pulau Pinang dan kedudukan kewangan Pulau Pinang yang bukan sahaja tidak berkembang, sebaliknya menyaksikan lebih ramai pelabur dan pengilang keluar dari negeri itu, berhijrah sama ada ke negeri lain atau ke negara lain, Lim Guan Eng 'cuba membetulkan keadaan' dengan menggunakan helah perakaunan.


Untuk menambahkan pendapatan negeri selepas menjadikan peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebagai pendapatan, Lim Guan Eng menggunakan pendekatan yang lebih ekstrim iaitu menjual tanah kepada syarikat-syarikat asing yang segala kos ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang. Guan Eng cuba mempertahankan pendapatnya itu dengan mengatakan Najib dan Kerajaan Pusat juga mengamalkan penjualan aset-aset negara kepada pihak asing dengan memberi beberapa contoh. Istilah PELABURAN dan PENJUALAN ASET telah diputarbelitkan oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya dalam usaha menghalalkan perbuatan Lim Guan Eng yang kemaruk untuk menunjukkan dia adalah seorang pentadbir yang cekap dan pandai cari duit.

Persetujuan Kerajaan Pusat untuk menghapuskan hutang air Pulau Pinang yang berjumlah lebih RM900 juta telah diterbalikkan. RM900 juta itu telah dijadikan sebagai pendapatan negeri walaupun hakikatnya, jumlah berkenaan bukannya pendapatan sebaliknya sekadar angka yang dihapuskan dari akaun hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Pinjaman tanpa faedah yang kemudiannya ditukarkan menjadi bantuan lebih RM1.2 bilion untuk menaiktarafkan Empangan Mengkuang di Seberang Perai, membuatkan Lim Guan Eng dan DAP sekadar cuci tangan tetapi menikmati keuntungan besar daripada industri air Pulau Pinang. Seharusnya bantuan dan geran daripada Kerajaan Pusat yang Perdana Menterinya adalah Najib Abdul Razak, akan mengurangkan tarif air di Pulau Pinang, sekaligus akan meningkatkan semula minat pelabur-pelabur asing ke negeri itu. (RUJUK SINI)

Namun apa yang berlaku ialah:


Semasa PRU 13 - Buku Jingga menjanjikan caj air akan lebih rendah.

2013 (Sejurus selepas PRU) - Surcaj air naik 100%

2015 - Surcaj naik lagi. Caj extra 90 sen juga dikenakan sekiranya rakyat bayar kat kaunter.

2017 (Terkini) - Naik lagi 100%. RM 0.48 - RM 1.00

Alasan yang diberikan ialah, Kerajaan DAP menggalakkan kempen jimat air di kalangan rakyat dan penduduk. Justeru, tindakan menaikkan surcaj air daripada RM0.48 kepada RM1.00 bagi setiap 1000 liter padu penggunaan air bagi penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan adalah WAJIB.

Tanpa sebarang kos besar dan penyelenggaraan yang dibiayai oleh peruntukan Kerajaan Pusat, kenaikan tersebut memberikan keuntungan beratus juta ringgit kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang telah dipaksa membayar UFTI yang mahal kepada LIM GUAN ENG dan DAP.

Namun begitu kempen tersebut berjaya memberi keuntungan berjuta ringgit kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 


Kata Guan Eng, kalau boleh dia memang tidak mahu menaikkan tarif air kerana akan membebankan rakyat, tetapi dia sudah tidak ada cara lain. Ianya samalah seperti kes, dia mengamuk apabila pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Pusat telah ditukarkan menjadi geran dan bantuan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Dia mengamuk samak dan mula bercakap tentang kerahsiaan dan tidak patutnya perkara itu dihebahkan kepada umum.

Hakikatnya, Guan Eng tengah kepeningan untuk menutup pelbagai skandal yang melibatkan kewangan Pulau Pinang. Selepas penjualan tanah-tanah dan aset-aset kerajaan negeri didedahkan kepada umum, langkah-langkah lain perlu diambil untuk menampung defisit akaun Pulau Pinang yang semakin teruk dari setahun ke setahun bermula dari tahun 2008.

Tarif air adalah langkah yang paling pantas memperolehi wang semula. Samalah seperti projek meganya, iaitu terowong dasar laut di mana rakyat Pulau Pinang perlu membayar segala-galanya, selain kehilangan tanah iaitu kawasan tambakan yang dihadiahkan kepada syarikat konsensi sebagai tukaran pembinaan terowong tersebut dan kemudian dihadiahkan lagi KONSESI KUTIP TOL selama 30 tahun.

Laporan Malaysiakini:

"Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

" Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.


Alasan mereka :-

1. Alasan untuk ketiga-tiga kenaikkan - untuk elakkan pembaziran air berlaku.

2. Kenaikkan terkini (alasan TAMBAHAN 2017) -

"... Kerajaan negeri menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk. Banyak pihak meminta kami menaikkan tarif air dan saya akui, setiap kritikan itu ada logiknya..." - Ketua Menteri.

2 comments:

Anonymous said...

Bijak3... Ketua Menteri bijak rakyat pun bijak... Hidup GE..

Johan said...

DAP Penang mesra pengguna...untungnya rakyat Penang.

 
Blogger Templates