Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 22, 2017

KELUHAN ATAU SEBENARNYA LAKONAN RAFIZI RAMLI DARI KANDANG MAHKAMAH!!!



Banyak masa saya dihabiskan di mahkamah bermula minggu ini untuk melalui perbicaraan bagi 3 kes berturut-turut: kes NFC (minggu ini dan depan), kes menghina Umno (minggu depan), kes kedudukan kewangan Tabung Haji (minggu satu lagi).

Ada orang tanya apa perasaan saya turun naik mahkamah bagi kes-kes yang bertahun-tahun lamanya seperti NFC. Ada orang kata tindakan saya menumpukan usaha saya mendedahkan penyelewengan wang seperti ini adalah sia-sia kerana akhirnya yang ambil wang dilepaskan, saya pula didakwa dan rakyat pun sudah lupa.

Orang-orang PAS yang dulu ghairah menggunakan saya untuk menarik orang ke ceramah mereka semasa skandal NFC memuncak kini sudah berkata penyelewengan dana rakyat RM250 juta itu satu fitnah, kata sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya.

Saya tidak pedulikan itu semua.

Apabila saya "terjumpa" skandal wang rakyat diselewengkan (bermula dengan NFC), saya anggap itu ujian Allah kepada saya.

Pilihan saya ialah sama ada saya memalingkan muka dan tidak ambil kisah kerana hidup saya senang dan langsung tidak terkesan bila wang rakyat sebegitu hilang (gaji besar, kereta besar).

Tetapi saya rasa Allah akan murka jika pada masa Allah  kurniakan saya peluang pendidikan yang lebih baik, saya lebih petah, saya lebih selesa dengan hal ehwal kewangan tetapi saya memilih untuk berdiam diri.

Maka saya bersuara kerana saya bimbang saya kufur nikmat dan saya tidak "berkongsi" kebolehan yang Allah kurniakan itu demi kebaikan orang lain.

Ada orang sedih tengok saya saban minggu duduk di dalam kandang tertuduh. Ada orang bisikkan semuanya sia-sia kerana semasa isu tengah panas ramai yang mahu saya naik pentas dan tumpang sekaki, tetapi bila duduk di kandang setiap minggu ramai yang tidak endah.

Saya langsung tidak terkesan kerana saya lega saya telah lulus ujian yang saya anggap Allah kenakan terhadap saya.

Sama juga dengan hakim-hakim (ada yang berbudi baik dengan saya, ada yang kasar dengan saya) dan pendakwaraya dan peguam (ada yang berbudi, banyak yang kasar dengan saya kerana saya orang kena tuduh).

Ada yang tanya sekiranya PH menang, adakah saya akan cari kembali semua watak-watak yang setiap minggu turun naik mahkamah mahu memastikan saya dipenjara?

Saya sebenarnya tidak ambil kisah pun perangai dan lagak setiap orang yang saya terpaksa lalui dalam saya menjalankan amanah ini. Yang berbudi baik dengan saya, saya ingat sampai bila-bila. Yang kasar dan menunjukkan kuasa kepada saya, saya lupakan terus.

Bagi saya itu ujian Allah kepada mereka bila mereka diberikan kuasa, seperti mana setiap hari saya diberi ujian dalam keadaan saya juga ada sedikit pengaruh yang terhad.

Mereka akan disoal suatu hari kelak seperti mana saya akan disoal bagi setiap perlakuan saya kerana sebesar mana kita dalam ruang hidup kita yang sempit, kita hanyalah zarah yang lebih kecil dari zarah dibandingkan kekuasaan Allah.

Sama juga bila Dato' Seri Salleh Ismail dengan bangga menyatakan bahawa dana RM250 juta yang dibelanjakan beliau dan keluarga bagi projek itu bukanlah duit rakyat kerana ia duit kerajaan. Rakyat tiada hak untuk mengetahui apa yang dibuat dengan wang itu kerana apabila beliau meminjam dari kerajaan, itu soal peribadi beliau dan kerajaan.

Allah datangkan ujian kepada beliau dan keluarga beliau dalam bentuk wang yang melimpah ruah dan kedudukan dunia, terpulanglah kepada beliau bagaimana melaluinya kerana Allah memandang semua.

Ada orang menghantar mesej memaki saya kerana katanya padan muka kerana saya kini menjadi penjenayah turun naik mahkamah.

Mereka lupa hampir semua tokoh dunia yang membawa perubahan kepada masyarakat bermula dengan dipandang sebagai penjenayah oleh penguasa pada ketika itu: dari zaman Rasulullah SAW, kepada George Washington (bapa kemerdekaan USA), Mahatma Ghandi, Sukarno, Mandela sehinggalah kepada Erdogan.

Saya akan terus dilabel penjenayah oleh penguasa selagi mereka berkuasa kerana suara saya mengancam kekuasaan mereka.

RAFIZI RAMLI

NOTA:

Ironinya, Rafizi Ramli langsung tidak bersuara terhadap rasuah dan penyelewengan membabitkan Lim Guan Eng. Langsung tidak bersuara terhadap tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Ketua AMK Ampang, Adam Rosly. Malahan langsung tidak bercakap apa-apa tentang Ketua Pembangkang Sabah dari PKR, Christina Liew yang telah menyamun secara memperdaya tanah-tanah orang kampung yang kemudian didapati bersalah oleh mahkamah dan diarah bayar balik lebih RM500 juta.

KERANA ALLAH yang dimaksudkan oleh Rafizi Ramli hanyalah melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS. Kalau membabitkan PKR, DAP dan PAN, mata Rafizi Ramli menjadi buta, mulutnya terkatup, lidahnya menjadi bisu dan dia berpura-pura bodoh, sebagaimana alasan dan jawapannya apabila ditanya tentang SKANDAL YAWAS dan SKANDAL SPLASH yang melibatkan berbilion duit rakyat.

Malah dalam isu DEIG (Darul Ehsan Investment Group) yang melibatkan lebih RM30 bilion, Rafizi Ramli juga TIDAK TAHU!

KERANA ALLAH atau KERANA SYAITAN yang merasuk dalam hati perut pedalnya?

15 comments:

Anonymous said...

Ratu fitnah...masa muda jambu jadi pondan simpanan Abang Non...dah tua gemok botak tengah jadi baruah dapigs.

Anonymous said...

rafizi rasa dia telah lulus ujian Allah tapi sebenarnya masih gagal. gagal sebab apa? sebab matanya 'buta' sebelah...

Anonymous said...

taksub.. ego ..hilang ingatan !!!
ko ingat ko saper nak samakan diri dengan RASULULLAH SAW
ko tu pemfitnah ... ko sendiri yang mengaku
jangan jadi manusia kufur la pondan

Anonymous said...

Biasalah rafizi kan..susunan ayat kena cantik..kerana Allah dan sebagainya..tp kerana apa pl dia diamkan diri bila ada kes rasuah dlm team dia..kenapa dia memilih berpaling muka bila rasuah tu melibatkan kawan dia..taik punya politician..

Azzamys said...

manusia kaki fitnah tak layak mengaitkan takdir Allah atas dirinya..seelok nya bertaubat dari dosa2 besar baru boleh mengharap pertolongan Allah..diri itu sudah kotor pd pandangan rakyat kecuali puak2 bodoh kau..

Anonymous said...

Rafizi bermula dgn rasuah berbillion dulu yg di pacak atas pokok, kalau dah selesai baru dia turun ke kes kucing kurap bermillion yg biasanya berunsur fitnah. Tapi oleh kerana kes berbillion diabaikan oleh AG maka mahkamah rakyatlah saluran terbaik sekali.

Anonymous said...

penyalak upahan.cari makan mengunakan hasutan

Anonymous said...

Moga Allah melaknat org2 yg munafik..

Johan said...

Strateginya gunakan Allah untuk mengatakan perbuatannya...bagai seorang peliwat gunakan alasan tahanan politik walhal Kerana nafsunya.

Anonymous said...

bodoh punya pondan gemokk..!!!

Anonymous said...

UMNO adalah parti setan yg dah telan berbillion dan masih disokong oleh jebalang2 Melayu yg nak tompang sikit kekayaan keluarga Razak. Jgn harap Allah mengampuni kumpulan2 yg dah tempah utk dipanggang hidup2 dineraka kelak.

Anonymous said...

Apa yg bodohnya. Bongkar org samun duit kira salah ke. Sokong penyamun apa lak hukumnya. Bab ugama takyah nak ceritalah bai. Pertolongan dari Allah swt hak Allah swt. Bukan keje kau nak tentukan. Doa makbul ke tak pyn bukan keje kau. Bangsat kau ni bai

Anonymous said...

Najib Razak ...ameeeeen

Anonymous said...

Bila dah kantoi baru nak sebut pasal tuhan sbb nak cari simpati. Nak tunjuk baik konon. Tuduh org itu ini semata mata nak tarik sokongan.

Anonymous said...

Melayu banyak buat dosa sokong UMNO.

 
Blogger Templates