Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 20, 2017

ESOK, RAFIZI RAMLI BERHADAPAN TUDUHAN BAFIA, MANAKALA ADAM ROSLY DI BAWAH AKTA AMLA!!!



Selepas 5 tahun Rafizi Ramli berjaya melengah-lengahkan perbicaraan BAFIA dengan menggunakan pelbagai taktik termasuklah mencabar penghakiman, meminta hakim ditukarkan, mencabar undang-undang dan kemudian membuat beberapa rayuan apabila kalah, esok pagi, buat kali pertamanya Rafizi akan berhadapan dengan perbicaraan melibatkan BAFIA di mahkamah. 

Rafizi akan didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) 1989 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) di bawah Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya jikalau didapati bersalah. 

Pendengaran akan dibuat pada jam 9:30 pagi esok. 

Sebelum ini, Rafizi telah pun kalah dalam kes isu fitnah 'lembu dalam kondo' pada Oktober tahun lepas dan diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM300,000 selain kos kepada NFCorps.

Kes BAFIA melibatkan Rafizi amat menarik untuk diperhalusi memandangkan Rafizi menggunakan tenaga kerja dalam bank bagi mendapatkan maklumat-maklumat sulit berkenaan kewangan. Dalam kes ini, melibatkan seorang pekerja bawahan Public Bank yang turut didakwa bersama-samanya. Rafizi Ramli cuba berdalih kononnya itu adalah Wistleblower yang dilindungi di bawah Akta Wistleblower.

Kejayaan besar Rafizi Ramli dalam kes ini ialah menghapuskan saingan kepada kartel-kartel daging yang menguasai pasaran daging lembu di Malaysia yang bernilai RM3 bilion setiap tahun. NFCorps dilihat menjadi saingan utama kepada kartel-kartel tersebut yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan keperluan untuk menghapuskan NFCorps dilaksanakan oleh Rafizi Ramli. 

Dalam perbicaraan-perbicaraan saman fitnah melibatkan NFCorps sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR termasuklah Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution telah didapati bersalah menfitnah. Manakala Rafizi Ramli yang mencuri maklumat menerusi pekerja bank bagi tujuan meminda maklumat kewangan tersebut bagi tujuan menghasut dan menfitnah, sebelum ini telah pun didapati bersalah dan perlu membayar gantirugi. Kini dia sedang berhadapan dengan Akta BAFIA yang merupakan akta yang digunapakai oleh semua negara di seluruh dunia dalam melindungi sistem kewangan dan perbankan mereka.

Sementara itu, ADAM ROSLY, Ketua AMK Ampang, akan dihadapkan ke mahkamah esok di bawah Akta AMLA. Adam Rosly yang didedahkan memiliki kekayaan luar biasa, sebelum ini mencabar agar laporan ke atasnya dibuat dan dia akan membuktikan yang dia tidak bersalah. Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, beberapa hari lepas menafikan Adam Rosly adalah pegawai khasnya.


5 comments:

Anonymous said...

Cari pasal susahkan diri sendiri

Anonymous said...

Mana ada akta yg melindungi maklumat caruman dlm bank kecuali di negara2 yg menyokong penganas. Persoalannya ialah macam mana pasangan penyamun Sharizat dan suami dapat pinjaman yg begitu besar tanpa kolateral.

Anonymous said...

Harap mndapat hukuman sewajarnya jika dia bersalah.

Anonymous said...

Mempersoalkan UMNO sama dgn mempertikaikan Sunnah Nabi.
Hikayat Abdul Rajak bin Rojak

Anonymous said...

Hukuman bagi pelapur,terlepaslah taukeh lembu.

 
Blogger Templates