Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 11, 2017

IDRIS AHMAD NASIHAT NIZAR JAMALUDDIN SEDAR DIRI, DIA MENANG DI KAWASAN MELAYU 63% BUKAN KAWASAN CINA MAJORITI!!!



Idris Ahmad dalam Facebook peribadinya  menulis: 

Ada seorang wakil rakyat yang membawa lari kerusi PAS kata wakil Rakyat PAS yang kianat bukan dia yang kianat. Sebab wakil Rakyat PAS menang kerana orang bukan Islam undi. Dia pula menang kerana orang bukan Islam undi, bukan kerana orang PAS undi. Dia menang kerana orang undi Pakatan Rakyat bukan kerana undi PAS.

Saya senyum apabila berita ini sampai kepada saya. Saya jawab,
1. Betullah di setengah tempat seperti di Parlimen Bukit Gantang dengan izin Allah, orang bukan Islam mengundi saya.
2. Saya tanya balik, kalau setakat undi bukan Islam sahaja undi saya dan dia, adakah dia boleh menang.
3. Dakwaan beliau boleh diterima kalau dia bertanding di DUN Aulong Taiping atau Pokok Asam. Ini dia pun bertanding di DUN pengundi Melayu 63 peratus. Mungkin di dalam PRU 14 dengan ehsan Dap beliau bertanding di kerusi tersebut. Itu pun kalau Dap sudi memberi laluan.
4. Adakah lambang parti Pakatan Rakyat ada di dalam kertas undi.
5. Semasa dia lafaz baiah hendak menjadi calon adakah dia Sebut Wallahi Wabillahi Watallahi saya akan patuh kepada arahan pimpinan parti Pakatan Rakyat.
6. Berapa orang tenaga orang bukan Islam yang membantu beliau semasa kempen pilihanraya.
7. Bukankah tenaga PAS yang pergi merayu dari rumah ke rumah. Bukankah Jabatan Amal itu orang PAS. Bukankah pengawal keselamatan calon juga daripada orang PAS. Bukankah yang panjat pokok, gantung bendera orang PAS. Bukankah orang PAS yang manjadi perayu undi di bangsal panas daripada pagi hingga ke petang. Kadang-kadang terpaksa berlawan dengan jentera Umno pada hari mengundi. Bukankah yang penjadi PACA di dalam bilik mengundi juga orang PAS.

Tiba-tiba boleh mendakwa dia menang bukan kerana PAS. Cukuplah kamu meletakkan garam di tempat luka orang PAS dengan melarikan kerusi. Lebih baik diam, makan kenyang-kenyang elaun wakil rakyat, tetapi janganlah menghiris perasaan petugas PAS yang ikhlas. Petugas PAS tidak meminta upah dan belas kasihan, cuma mereka minta kejujuran, perkhidmatan dan santunan sahaja. Ahli PAS ikhlas, mereka hanya mendengar arahan dan wala' daripada pimpinan. Ingat! doa ahli marhain PAS yang ikhlas, insyAllah mustajab.

Rasa-rasanya, semua orang tahu, yang dimaksudkan oleh Idris Ahmad adalah bekas Menteri Besar Perak yang masih meroyan dan masih tidak dapat melupakan detik-detik indah dia bergelar Menteri Besar Perak iaitu Nizar Jamaluddin yang merupakan ADUN Changkat Jering.


2 comments:

nanonano said...

Dh kena tuak holy water memang semuanya lupa. Memang nasib pengundi macam ni la. Belum dapat undi, bulan bintang matahari boleh letak kat laman rumah. Dah dapat, takde dikisahkan sapa undi dia tapi yang fund campaign dapat laba. Harap harap bertanding lagi kawasan melayu. Tak semua melayu lupa pasal 999 tahun. Takpe, masa kempen kita kasi ingat. Kasi malay voters ingat yang dia ni anjing cina....nasib yg sama akan menimpa Pm boboi

Anonymous said...

Lompat bawa lari kerusi tu tanda minda tak berapa sihat.

 
Blogger Templates