Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 14, 2017

MAHFUZ KATA, MAT BASHAH TAK MAHU JUMPA RAKYAT, TAPI YANG DIA MENENTANG PEMBINAAN PERUMAHAN RAKYAT POKOK SENA TU, APA BENDANYA PULA!!!



13 April lepas, Mahfuz Omar cuba memutarbelitkan kejadian sebenar rempuhan di DUN Kedah dan cuba menyalahkan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah Hanipa. Malah Mahfuz Omar cuba menimbulkan persepsi kononnya Ahmad Bashah enggan bertemu dengan rakyat. Ahmad Bashah juga sombong dengan rakyat marhein yang mahu bertemu dengannya.

Dalam kenyataan medianya, Mahfuz Omar mengatakan, Ahmad Bashah lari sambil terjerit-jerit kerana enggan bertemu dengan rakyat yang dibawanya. Dia juga menafikan yang dia merempuh ke dalam DUN walaupun dia bukannya ADUN sebaliknya hanya Ahli Parlimen yang sepatutnya memahami protokol Dewan.

Namun yang paling penting, Mahfuz Omar yang juga seringkali dijuluki dengan gelaran Mahfuz Bean, cuba menipu kononnya Ahmad Bashah enggan menerima memorandum tersebut walaupun memorandum itu, telah pun diterima oleh Ahmad Bashah menerusi Phahrolrazi Zawawi, ADUN Pengkalan Kundor ketika Mahfuz sibuk memanggil wartawan-wartawan untuk buat sidang media di lobi DUN sejurus selepas kekecohan yang dicetuskannya.

Mahfuz ternyata sangat marah kerana Pemuda UMNO Kedah membuat laporan polis atas tindakannya menceroboh masuk DUN Kedah. Pemuda UMNO Kedah yang membuat laporan tersebut digelarnya sebagai BONGOK, LEBIH TERUK DARI PENGAWAL KESELAMATAN (JAGA) DARI NEPAL (GURKHA) TAK FAHAM BAHASA MALAYSIA dan BETAPA BANGANGNYA LAPORAN TERSEBUT.


Apa yang DILAKONKAN oleh Mahfuz itu, amat mudah difahami. Mahfuz walaupun masih bergelar Ahli Parlimen PAS, kini tidak lagi dianggap sebagai PAS. Dia tidak boleh keluar dari PAS kerana terikat dengan taklik talak tiga. Dia hanya mencari jalan untuk disingkirkan oleh parti bagi membolehkan sama ada masuk PAN atau Cap Bunga.

Menariknya, di dalam lakonan Mahfuz itu, turut serta sebagai pelakon tambahan adalah Mukhriz Mahathir, orang yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah paling sibuk balik berulang alik dari pejabat ke rumahnya yang terletak lebih 400 kilometer dan apabila kehilangan jawatan Menteri Besar, dia membuktikan bahawa selama dia berulang-alik itu bahkan kerap bercuti di luar negara bersama-sama keluarganya, Mukhriz sebenarnya hanya tahu menggunakan segala kemudahan.

Gambar-gambar yang disiarkan dalam artikel ini adalah gambar-gambar ketika Mukhriz bersama-sama Mahfuz membuat sidang media berhubung perumahan rakyat di Pokok Sena. Projek tersebut adalah projek zaman Mukhriz Mahathir. Tanah yang menjadi tapak projek berstatus TOL. Bagaimanapun, penduduk di sekitar tapak projek tersebut, telah memprotes agar perumahan rakyat Pokok Sena tidak dibina atas hasutan Mahfuz Omar dan Mukhriz Mahathir sendiri.

Sepanjang 3 tahun Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah, tiada suatu apa pun yang mampu dilakukannya untuk rakyat Kedah melainkan bercakap, berlakon dan berulang-alik menggunakan kapal terbang sama ada ke rumahnya di Bukit Tunku, Kuala Lumpur atau bercuti di luar negara bersama-sama keluarga.


Isu yang membabitkan Aman Laut yang cuba dimanipulasikan oleh Mahfuz itu sebenarnya adalah masalah yang dicetuskan oleh Mukhriz Mahathir. Apabila Ahmad Bashah mengambilalih jawatan Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah terpaksa memperbetulkan semula masalah-masalah berkenaan agar konsep memberikan keuntungan besar kepada pemaju dan mengenakan rakyat sepertimana yang kerap diamalkan oleh bapa Mukhriz sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu, tidak berulang.

Kaedah putar belit fakta oleh Mahfuz Omar sudah ketinggalan zaman terutama pada zaman dinding dan siling pun boleh bercakap sekarang. Usahanya untuk menonjolkan diri agar terpilih sebagai calon pada PRU akan datang juga, sepatutnya dibuat secara lebih waras, terutama sekali dengan mengambil tahu apa yang berlaku di kawasannya sendiri, POKOK SENA setelah berpenggal-penggal Mahfuz menjadi Ahli Parlimennya.

Kawasan sendiri tidak dijaga, sibuk pula Mahfuz yang tidak tahu apa-apa sibuk ambil tahu kawasan orang lain.

Dah eloklah dia bergandingan dengan Mukhriz Mahathir tu... yang juga satu perangai dengan Mahfuz... tak peduli kawasan yang diwakili tetapi sibuk nak jadi Perdana Menteri!


1 comment:

Anonymous said...

Mahfuz meroyan sakan akhir2 ni..

 
Blogger Templates