Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 3, 2017

SPRM DITUNTUT MASUK CAMPUR DALAM MISTERI LAPORAN RM305 JUTA LIM GUAN ENG!!!



Tidak banyak pendedahan mengenai projek Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng yang telah ditukarkan kepada Jambatan Ketiga Pulau Pinang. Apatah lagi ancaman SAMAN FITNAH untuk menutup mulut sebagaimana yang dikenakan kepada Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Chen Guan. Walaupun ada sedikit pendedahan tetapi perhatian yang diberikan, tidak terperinci sepertimana yang diberikan kepada 1MDB mahupun derma politik RM2.6 bilion yang kita boleh perolehi pelbagai versi cerita, termasuklah cerita dongeng yang tidak masuk akal, tetapi amat popular kerana ianya sensasi.

Sebelum ini, Lim Guan Eng berada dalam kubu kebal yang langsung tidak disentuh oleh sesiapa pun. Namun pendedahan selamba yang dibuat oleh Abdul Rahman Dahlan dan kekalutan Lim Guan Eng sendiri ekoran kes pendakwaannya membabitkan rasuah dan salahguna kuasa, membuatkan cerita tentang Laporan Kebolehlaksanaan paling mahal di dunia mulai terdedah sedikit demi sedikit. 

Ada beberapa jawapan yang diberikan oleh Lim Guan Eng mahupun konco-konco politiknya berkenaan data-data yang diberikan pula, amat bertentangan dengan apa yang sedang berlaku. 

Yang dibangkitkan dan didedahkan tentang projek tersebut ADALAH: 

TIADA APA-APA YANG DILAKUKAN walaupun RM305 juta (atau sebahagian besar) telah dibayar untuk kertas kerja. 

Bukti yang didedahkan adalah: 

1) Pembinaan 3 jalan lingkaran untuk projek tersebut telah berulang-ulang kali ditunda dari awal 2015 sehingga ke 'suatu tarikh pada pertengahan 2018, besar kemungkinan selepas PRU-14'.

2) Kajian untuk terowong tersebut hanya siap 87% dan tidak boleh diteruskan sehinggalah ke hujung tahun ini kerana 'projek BN 18 tahun lalu iaitu pada tahun 1999'. Pada Ogos 2016, dikatakan laporan tersebut telah siap 84%.

3) Sekurang-kurangnya RM135 juta (bersamaan dengan nilai tanah) daripada RM305 juta telah dibayar. Menurut Lim Hock Seng, pembayaran tersebut tidak boleh dikembalikan atau diambil kembali. 

4) Tanah bernilai RM135 juta telah disertakan di dalam projek Penang City of Dreams (kondo-kondo yang berharga RM1,300 sekaki persegi) sebagai balasan untuk 40% projek kondo. 

Kelulusan yang diberikan kepada projek ini sangat pantas dan hanya mengambil beberapa hari berbanding beberapa bulan atau tahun. Kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan kelulusan kepadatan luar biasa iaitu 156 unit per ekar, 5 kali ganda berbanding garis panduan mereka sendiri iaitu 30 unit. 

Kos pembinaan projek kondo tersebut bernilai RM400 juta tetapi menjangkakan jualan kasar adalah RM800 juta sekaligus menjana keuntungan sebanyak RM400 juta. 

40% saham keuntungan kontraktor akan menjadi RM160 juta + RM135 juta yang bersamaan dengan RM395 juta. Bagaimanapun mereka perlu menyerahkan RM15 juta sebagai bon prestasi kepada Kerajaan Negeri, sekaligus mengurangkan pendapatan kasar mereka menjadi RM380 juta. 

Jadi sekiranya, keseluruhan projek tersebut dibatalkan hari ini dan syarikat tersebut tidak dapat menuntut baki RM305 juta daripada kertas kajian, mereka tidak perlu melengkapkan kajian tersebut. Mereka juga tidak perlu membina seinci jalan atau terowong, bahkan syarikat konsesi tersebut akan memperolehi pendapatan RM380 juta tanpa dikenakan sebarang penalti. 

Sesuatu yang SANGAT BAIK bagi sebuah syarikat yang hanya diwujudkan pada Ogos 2012. 

Sudah tentu sekiranya projek tersebut diteruskan, mereka akan mendapat RM25 bilion lagi tetapi RM380 tanpa melakukan apa-apa sebenarnya jauh lebih baik.

TAN KHAI BENG

3 comments:

Anonymous said...

Siasat 1MDB dulu yg sudah terang benderang. Yg kes2 kucing kurap dian.

Anonymous said...

SPRM juga dituntut mencari siapa diROS yang tidak mengambil tindakan terhadap DAP walaupun ROS telah mengeluarkan surat supaya DAP mengadakan semula pemilihan CEC setelah pemilihan sebelumnya diragui

Penyokong UMNO said...

Mari ramai2 kita kasi terajang muka si najib

 
Blogger Templates