Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 27, 2017

TERIMA KASIH RAFIZI RAMLI!!! ULAMA PAS LULUS USUL PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul memutuskan ‘tahaluf siyasi’ (kerjasama politik) dengan PKR.

Pengerusi Jawatankuasa Usul Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali ketika mengumumkan keputusan itu berkata usul putus kerjasama diluluskan tanpa bahas.

“Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama,” katanya.

Keputusan disambut dengan laungan takbir daripada para perwakilan. Usul dikemukakan ulama PAS Negeri Sembilan dan Perak.

Usul ini akan diangkat ke Majlis Syura Ulama untuk diputuskan secara muktamad.

Sekiranya badan tertinggi ulama parti itu juga meluluskan usul tersebut, ia mungkin menyaksikan pertembungan antara PAS dan PKR pada pilihan raya akan datang, terutamanya di Selangor, yang bersama mereka membentuk kerajaan sejak penggal lepas.

Dalam usul ini, PKR antaranya dituduh mengkhianati syarat perjanjian antara parti dan tidak menghormati PAS dalam beberapa isu seperti isu rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355.

Perwakilan ulama PAS seluruh negara berhimpun di Alor Setar, Kedah untuk mesyuarat agung tahunan dewan mereka sempena mesyuarat agung tahunan PAS ke-63 yang berlangsung dari 29 April hingga 1 Mei.

Majlis syura berperanan untuk menafsir dasar dan perlembagaan parti dalam menangani masalah semasa. Ia diketuai mursyidul am dan merupakan badan tertinggi parti tanpa kuasa eksekutif.

Ia bergerak seiring dengan jawatankuasa pusat yang berperanan untuk melaksanakan keputusan, mentadbir dan mengatur strategi parti. Jawatankuasa ini diketuai presiden dan merupakan badan tertinggi parti dengan kuasa eksekutif.

Sebelum ini, keputusan bertahaluf dengan parti lain diluluskan di peringkat majlis syura dan pelaksanaannya dilakukan oleh jawatankuasa pusat.

2 comments:

Anonymous said...

Adalah afdal PAS putuskan hubungan dngn pkr kerana pkr adalah taik, PAS tidak lgi mau bersekongkol dngn taik yg terserlah dngn kekotoran dan kejijikannya.

Johan said...

Rafizi sejak dulu lagi semasa operasi Langkah Kajang sudah memperlekehkan PAS.... Ingat katanya lebih kurang berikut " Pemimpin PAS lah yg banyak komplen tentang TS Khalid".

 
Blogger Templates