Najip Ali, pengacara, penerbit dan juri tetap Maharaja Lawak terbitan ASTRO, barangkali sudah tersalah mendapat khabar berita daripada kawan-kawan seangkatannya yang gemar menjadikan pemimpin negara ini sebagai bahan jenaka dan berbangga-bangga dapat berbuat begitu.
Di negaranya, dia tidak berpeluang langsung untuk mengutuk, mengecam, bahkan mengkritik Perdana Menteri, apatah lagi isteri Perdana Menterinya yang menguasai Temasek Holding serta segala urusan hartanah di negara terbabit. Selain Akta Keselamatan Dalam Negeri, hukuman penjara dan denda yang tinggai sudah siap menunggu bagi sesiapa yang berani mengecam atau mengusik Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri mahupun keluarga Perdana Menteri walaupun sekadar mempersoalkan, mengapa Temasek Holding kerugian bertrilion Ringgit.
Untuk melepaskan geram, sambil cuba untuk mendapatkan perhatian, perangai Super Kiasu dan rasa mereka adalah yang terbaik, digunakan untuk memperlekehkan pemimpin-pemimpin negara jiran.
Dan Najip Ali juga tidak berkecuali!
Menjadikan Perdana Menteri Malaysia sebagai bahan lawak dan kecaman, mungkin merupakan salah satu cara untuk warga dan karyawan Singapura seperti Najip Ali melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang makin menjerut. Ditambah pula dengan ancaman-ancaman besar ekonomi yang datangnya daripada usaha-usaha Najib Abdul Razak menerusi pelbagai projek-projek yang mengancam kepentingan ekonomi negara Seberang Tambak tersebut.
RAPID Pengerang yang menerima pelaburan daripada ARAMCO bakal mengancam pendapatan kedua terbesar Singapura apabila siap loji-loji penapisan minyaknya. ECRL apabila siap nanti, akan menjadikan kepentingan pelabuhan-pelabuhan di Singapura mencorot apabila kontena-kontena dari Timur dan Barat, tidak perlu lagi meneruskan pelayaran sepanjang Selat Melaka atau menyusuri Laut China Selatan untuk berentreport di Singapura. Insentif dan inisiatif yang lebih baik untuk pemodal-pemodal besar teknologi dan perkhidmatan yang menggantikan pemodal-pemodal pembuatan atau
manufacturer zaman Mahathir, bakal menyediakan ruang dan peluang lebih besar di negara ini berbanding di Singapura. Infrastruktur yang lebih baik, baik prasarana fizikal, mahupun prasarana seperti jalur lebar yang dipertingkatkan pula dengan lokasi-lokasi perindustrian yang lebih baik, selain jumlah tenaga kerja yang lebih murah dan ramai, memberikan saingan yang tidak sedikit kepada Singapura.
Maka, negara Seberang Tambak itu terpaksa menggunakan media dan karyawan-karyawannya untuk melakukan serangan terhadap Malaysia dan kepimpinan yang ada. Bahkan Najib Abdul Razak lebih teruk diserang berbanding Mahathir pada era Lee Kuan Yew.
Bahang daripada kemarahan netizen, akhirnya dirasai oleh Najip Ali membuatkan dia menutup kesemua akaun Facebook, Twitter dan Instagramnya!
10 comments:
Kau kutuk tun mahathir bleh plak?
Amos Lee remaja 18 tahin singapura bulan lepas baru mendapat suaka dari kerajaan Amerika Syarikat hanya mengkritik Lee Kwan Yew yg dah lama berambus dari alam dunia ini.... najib ali bole berambus ... sebelum kritik negara lain lu tengok apa lu bole kritik PM Singapore you tu....puiii
Dah menjadi dasar manusia tak sedar diri..dtg cari makan di malaysia...patut haram Kan manusia macam sial ni dari memasuki malaysia.
Kami pula panggil perdana menteri dan bekas perdana menteri Singapura, LANCAU PAPig ...
Ale uto ko la jib ali... puii..:
Temasik rogi 40 billion ko nyapp... puiiiiihhh
Cam mana nak marah pada Najib Ali selagi UMNO terbenam dalam najis rasuah.
Harap Najib Ali teruskan perjuangannya kerana UMNO adalah parti celaka.
DAP Parti Barua anak beranak. Mampu lu PRU14.
Tapi singapore maju, malaysia mundur mcm babi
Negara kecik bolehlah.kentut satu negara pun boleh bau.Last2 ko cari duit kat Msia jugak...hahah
Post a Comment