Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 4, 2017

TIDAK BERMORAL KE AZMIN ALI SAMPAIKAN KHALID IBRAHIM PERSOAL MORALNYA!!!!



Suka saya nyatakan kepada Dato’ Menteri Besar bahawa sikap moral hendaklah digunapakai secara menyeluruh di dalam pentadbiran dan pengurusan negeri. Jika beliau kononnya mengenakan nilai moral yang tinggi di dalam isu pemberian pampasan bernilai RM2.7juta, beliau juga perlu mempunyai sikap yang sama dalam hal yang lain termasuk dalam isu yang jauh lebih besar yakni pembayaran kepada SPLASH.

Saya ingin bertanya adakah ianya bermoral bagi seorang Menteri Besar (MB) itu bersungguh-sungguh untuk mendapat kembali wang pampasan RM2.7 juta kepada bekas pegawai namun bersungguh-sungguh pula untuk membuat bayaran RM3 billion kepada SPLASH meskipun taksiran asal hanya RM250juta?

Adakah ianya bermoral bagi seorang MB membelanjakan ratusan juta ringgit membayar juruperunding undang-undang dan kewangan serta jurunilai semata-mata mahu menyediakan satu laporan yang menjustifikasikan lebihan bayaran kepada SPLASH?

Adakah ianya bermoral bagi beliau selaku MB mengalihkan beban kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelewatan beliau menyelesaikan penstrukturan semula industri air Selangor setelah gagal mendapat dana untuk membayar lebihan RM2.7 billion kepada SPLASH?

Adakah ianya bermoral bagi seorang MB yang sengaja tidak mahu mengenakan atau menyemak semula “bulk service rate” terhadap SPLASH sedangkan perkara tersebut boleh beliau laksanakan sementara menunggu penyelesaian pengambilalihan yang mana beliau amat sedar dengan kegagalan beliau berbuat demikian SPLASH telah menikmati keuntungan melebihi RM400juta setahun sejak 2014 sehingga 2016 dan akan berterusan sehingga penyelesaian tercapai?

Dan adakah bermoral bagi seorang MB membiarkan pembayaran terlampau tinggi kepada SPLASH yang akhirnya hanya akan meningkatkan tanggungan hutang negeri sehingga RM3 billion dan kenaikan tarif air kepada rakyat Selangor?

Dalam pada saya amat pasti rakyat Selangor dapat memberi jawapan yang betul kepada persoalan di atas, saya yakin Menteri Besar Selangor tidak berani untuk berdepan dengannya.

Dalam isu moral dan pembayaran ke atas Splash hingga meningkatkan beban negeri dan rakyat, saya yakin pimpinan dari PAS dan mungkin Umno boleh membincangkan dengan mendalam dan terperinci.

Rakyat Selangor memang menyokong MB dan kepimpinan negeri jika berpandukan kepada rating yang dikeluarkan Agensi yang dibiayai kerajaan negeri, justeru adalah menjadi tanggungjawab moral bagi MB memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Selangor dan berhenti mengisi tembolok syarikat konsesi apatah lagi jika mengamalkan sikap tidak bermoral dengan menyelam sambil meminum air dengan turut sama menikmati habuan laba.

YB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM

1 comment:

Anonymous said...

Dasar penswastaan UMNO lah yg menjadikan industri2 monopoli spt elektrik dan air diswastakan utk dinikmati kroni2. Hasilnya rakyat tanggung tarif yg tinggi.Sebelum itu penyamun yg bernama Khalid Ibrahim bersama Mahathir dan kuncu2 nya telah meraih laba hasil pembelian estet2 British dgn mengunakan Dana rakyat dgn tidak ada keuntungan kpd pekerja2 estet yg miskin. Harap si gagap ini mati ditengah2 jalan Raya cam haiwan yg tidak bertuan dan dlm keadaan papa kedana.

 
Blogger Templates