Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 18, 2017

BUKAN SALAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA TAPI PBT-PBT DI SELURUH MALAYSIA SEBENARNYA YANG MENTERNAK DAN MELINDUNGI PENIAGA-PENIAGA KECIL PENDATANG ASING!!!



Cerita tentang pendatang asing yang boleh berbuat sesuka hati di Malaysia, bukannya cerita baru. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang sanggup memberikan layanan istimewa kepada pendatang asing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka, dengan ditanggung oleh wang cukai rakyat Malaysia.

Pergilah ke mana-mana, wajah pendatang asing terutama yang datang dari Asia Selatan boleh ditemui di mana-mana. Mereka juga bebas bergerak ke sana ke mari. Bebas juga untuk tinggal di mana-mana mereka suka. Bahkan mereka menakluk dan menjarah kawasan-kawasan tertentu pada hari-hari tertentu seperti di Jalan Silang, tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Dari Perlis sehinggalah ke Sabah, mereka sudah jadi seperti anai-anai.

Tidak dinafikan Jabatan Imigresen Malaysia di bawah kepimpinan Mustafar Ali membuat dan mengambil tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Jauh berbeza berbanding kepimpinan terdahulu.

Namun, tindakan Jabatan Imigresen semata-mata tanpa disokong oleh penguatkuasaan oleh PBT, dilihat seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Masuklah ke kawasan-kawasan perumahan mahupun ke pasar-pasar malam di seluruh Malaysia, pasti akan ada pendatang asing yang sedang berniaga walaupun kebanyakan mereka, masuk dengan permit pekerja ladang, pembantu rumah, pekerja kilang dan sebagainya.

Dengan kewujudan perkampungan-perkampungan mereka yang cukup kebal di serata negara, mereka, pendatang-pendatang asing menutup banyak peluang rakyat tempatan khususnya para peniaga kecil.


Bukan tidak ada kes di mana para peniaga kecil pendatang asing yang cuba menghalau peniaga-peniaga kecil warga tempatan. (RUJUK SINI) Banyak kes sebegitu sebagaimana yang kita dapat lihat berlaku di Chow Kit mahupun di pasar-pasar tamu di Sabah. Warga asing secara agresif telah mengambil kesempatan daripada budi baik warga tempatan untuk menunjukkan betapa samseng dan kaharnya mereka.

Kesalahan tidak boleh diletakkan pada pundak Jabatan Imigresen semata-mata. Sebaliknya PBT-PBT yang dilihat sangat gagal menjalankan tugas adalah pihak sebenar yang menggalakkan warga asing untuk berlagak sombong dan angkuh seolah-olah mereka telah berjaya menguasai dan menjajah negara ini.

Harapan-harapan retorik daripada pihak atasan kononnya warga asing tidak dibenarkan berniaga dan merampas hak warga tempatan, tidak pernah dikuatkuasakan oleh PBT. Kalau ada pun, ia tidak lebih daripada sekadar satu lakonan bermusim semata-mata.

Pergilah ke Pasar Chow Kit atau Selayang. Cuba tengok dan kira, berapa peniaga tempatan berbanding peniaga pendatang asing yang seringkali memberi alasan mereka adalah pekerja kepada pemegang permit dan lesen walaupun hakikatnya, mereka adalah penyewa dan pemajak lesen perniagaan.

Mengapa tidak tegas. Kalau sudah pendatang asing itu datang atas permit kerja kilang atau kerja ladang, mengapa pula mereka dibiarkan berniaga?


6 comments:

Anonymous said...

Jangan cakap je Dato, kita dah muak dengar perkara ni. Dekat Kota Tinggi berapa ramai orang berniaga kain.

Anonymous said...

agak meragukan apabila melihat pbt tidak menjalankan tugas sebagaimana yg amanahkan serta kemunculan menjadi2 peniaga asing.diharap sprm dapat mengajar cara2 berkerja kepada pbt2 berkenaan

Anonymous said...

Aku kalau mat indon muslim aku tak kisah, mereka Ni satu bangsa satu ugama satu nusantara.
Chowkit dulu dato harun bagi Kat melayu gadai, lagi gadai, lagi gadai sehingga jadi sarang pelacur Dan dadah.
Nak masuk kesitu pun jijik.
Sekarang dah jadi nampak okey, walau tempat maksiat masih Ada secara terpencil/tersembunyi sikit (sila pihak berwajib ambil tindakan dlm Hal nih).
Tempat aku Ada 2 kedai apek tutup, 1 India tutup selepas indon acheh buka kedai. Aku bukan tak kisah malah aku bangga.
Aku mahu kalau boleh melayu yg masih mengusai politik Dan kerajaan cari jalan ambil alih perniagaan besar terutama Kat kl, tuh bangunan2 besar Tu milik siapa? Usahakan yg itu.
Malulah kalau mat/mek indon yg dtg dgn permit kuli dapat berjaya niaga tapi kita.....???
Dulu dekat kajang/bangi ni org kitq dgn india je yg byk, sekarang yg pkns punya pun kita cuma ada gerai aje.
Tuh lagi Ada baruah nak bagi apek jadi tpm?
Apara punya otak!

Anonymous said...

mereka gunakan nama orang tempatan untuk apply lesen dan permit. PBT tidur makan gaji buta garu telor aje.

Anonymous said...

warga tempatan sbg pemegang lesen tapi pemilik sebenarnya adalah warga asing.

Alin said...

Betul tu...kat sini pon ada...ada satu kedai ..ssm nama warga tempatan..yg niaga orang indon...n

 
Blogger Templates