'Tangisan' Mahathir kononnya kerana sedih PROTON telah berpindah menjadi milik China sebenarnya bukan sahaja tidak berasas bahkan menyembunyikan sifat tamak halobanya yang selama ini bijak disembunyikan di sebalik kononnya 'nasionalisme'.
Semenjak tahun 2012 lagi, PROTON bukan lagi syarikat kerajaan, sebaliknya milik DRB-HICOM yang merupakan milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dibantu oleh kerajaan kerajaan kerana nostalgia dan sentimen semata-mata, bukan untuk mengaut keuntungan dan memajukan industri automotif negara.
Kerjasama dengan Geely dari China, kini membolehkan DRB-HICOM dan PROTON sendiri berdiri di atas kaki sendiri berbanding menyedut berbilion wang cukai rakyat negara ini hanya untuk sebilangan kroni Mahathir yang menggunakan PROTON sebagai kawah duit.
Semakin ramai yang membuka mata, PROTON rugi bukan kerana produknya tetapi kerana ia dihasilnya menggunakan wang negara, hanya untuk kepentingan kemewahan sekelompok manusia tertentu sahaja dengan rakyat Malaysia 'dipaksa' menerima 'produk tin milo' yang berharga mahal dan tidak setimpal. Dan kerana itulah, produk PROTON tidak pernah berkembang keluar dari negara ini walaupun telah wujud lebih 30 tahun.
Kalau kita teliti apa yang gelagat dan reaksi Mahathir berhubung PROTON, satu perkara sahaja yang ditunjukkan oleh Mahathir iaitu kebimbangannya semua kemudahan penjarahan akan terhenti dan semakin menyusahkan.
Tahun lepas atau lebih tepat lagi Oktober 2016, Mahathir mengadu bahawa 'peniaga kenalannya tidak dibenarkan mengadakan perniagaan dengan PROTON. (RUJUK SINI)
Kemudian pada Februari 2017, Mahathir kata dia terbuka dengan pelaburan syarikat China di dalam PROTON asalnya kepentingan vendor-vendor PROTON terjaga. (RUJUK SINI)
Mei 2017, Mahathir menangis kerana apa yang dibimbanginya benar-benar berlaku (RUJUK SINI). PROTON bergerak di atas landasaan perniagaan yang betul dan tidak lagi menjadi kawah duit untuk kroninya.
PROTON sebenarnya dibangunkan oleh Mahathir dengan perkongsian 70% HICOM dan 0% Mitsubishi. Mungkin bagi Mahathir, 30% pegangan oleh Jepun bukanlah menjual negara tetapi 49.9% pemilikan syarikat dari China pula dianggap sebagai menjual negara?
Jualan PROTON mulai merudum pada 2003 ketika Mahathir masih lagi Perdana Menteri dan dia adalah penasihat PROTON. Kedudukan PROTON telah dipotong dua tahun kemudian oleh PERODUA iaitu pada tahun 2005.
2012, PROTON bukan lagi syarikat kerajaan apabila ianya dijual kepada Syed Mokhtar. Mahathir tidak pernah komplen tentang jualan tersebut, malahan para penyokongnya menyifatkan pemilikan PROTON oleh Syed Mokhtar akan melonjakkan lagi syarikat berkenaan.
Malahan, Mahathir dalam temuramahnya pada 12 Disember 2011 berkata, PROTON harus dijual kepada DRB-Hicom - syarikat yang baginya diuruskan dengan baik dan mempunyai kapasiti untuk menukar PROTON dari sebuah syarikat rugi kepada syarikat untung tanpa menjejaskan vendor-vendor yang dipertahankan Mahathir. (RUJUK SINI)
Ketika itu, Mahathir masih lagi Penasihat dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi PROTON.
Mahathir hanya melepaskan jawatan pada 2016 apabila PROTON membuat kerugian besar dan gagal membayar para pembekalnya sekaligus menyebabkan puluhan tenaga kerja berhadapan dengan risiko pembuangan.
Kerajaan terpaksa masuk campur dengan pemberian pinjaman mudah RM1.5 bilion yang digunakan oleh PROTON untuk menyelesaikan masalah dengan para pembekal. Pada 2016, PROTON kerugian RM1.4 bilion dan kedudukannya di pasaran telah diambilalih oleh HONDA. Sekali lagi Kerajaan terpaksa mencucuk RM1.7 bilion pinjman bag membolehkan syarikat tersebut hidup dan para pekerjanya masih ada bergaji.
Secara keseluruhannya, kerajaan telah meyalurkan RM3.1 bilion untuk bail out kegagalan Mahathir. Dan sekarang, apabila syarikat swasta yang Mahathir minta kerajaan jual PROTON kepada mereka, menjual pegangan 49.9% kepada rakan kongsi asing untuk terus hidup, Mahathir kata dia mahu menangis dan menyalahkan kerajaan?
Ironinya, anaknya merupakan pengedar Porsche di Malaysia. Mengapa bapa yang konon-kononnya seorang nasionalisme, anaknya pula langsung tidak mahu menjual produk PROTON?
3 comments:
"Ironinya, anaknya merupakan pengedar Porsche di Malaysia. Mengapa bapa yang konon-kononnya seorang nasionalisme, anaknya pula langsung tidak mahu menjual produk PROTON?"
Dah tu, kalo anak Tun jual produk Proton mmg confirm la dia bagi kroni dia kan. Ni la masalah pemakan dedak Najib, terikut2 slogan pembangkang di era pemerintahan Tun M semata2 nak burukkan imej beliau.
Madey dok diam2. Zaman kamu berkuasa dulu bukan baik sangat pun.
Semua yang nak di tanggung wang rakyat.Proton yang kononnya boleh membawa faedah kepada rakyat Malaysia telah berberapa kali bailout dalam angka berbilion duit rakyat.Kerana apa kereta nasional.Proton masih lagi perlukan bantuan kerajaan walaupun sepatutnya mampu untuk berdikari.Amat memalukan seorang bekas perdana menteri masih mahukan bantuan kerajaan dalam masa yang sama menentang kerajaan sediada.Kalau kereta KIA mampu bersaing di bandingkan dengan usia yang jauh lebih muda dari proton apa yang di yakini pengasas proton mahathir adalah liabiliti negara.Sabitan beliau dengan bailout bukan hanya dengan proton malah membabitkan mega struktur korporat seperti Perwaja,MAS,IWK,skandal Forex dan BMF serta bailout proksi dan kawan kawan yang kesemuanya lanun lanun penjenayah kolar putih.Yang menanggung kini adalah warisan gen Y,Z,0A,0B.Mahathir boleh sengih kerana bukan duit mak bapak dia.Lantahlah dengan duit rakyat.Amat mual dan memalukan dengan masih bersikap super egonya.
Post a Comment