Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, May 6, 2017

HAI LER RAFIZI, KAU KALAU BERCAKAP JANGAN BOHONG, TAK BOLEH KE?!!!



Apa yang berlaku antara Rafizi Ramli dan Adam Rosly, sebenarnya tidak lebih daripada sebuah drama yang dipentaskan semata-mata. Itu sebablah pertanyaan Adam Rosly kepada Rafizi dan desakannya agar Rafizi Ramli mendedahkan maklumat kewangan tentang INVOKE dan NOW yang dimiliki oleh Rafizi Ramli, tidak ubah seperti sebuah perangkap bagi mereka yang tidak dapat membezakan sebuah pertubuhan dengan sebuah syarikat.

Dan sememangnya itulah yang diberikan jawapan oleh Rafizi Ramli. Dengan mengatakan dirinya sebagai penjawat awam sekalipun dia sebenarnya bukanlah penjawat awam mengikut Perlembagaan sebaliknya hanyalah seorang ahli pentadbiran, Rafizi Ramli mahu membuktikan dia tidak pernah berbohong apabila menampilkan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi INVOKE dan NOW bagi tahun 2015 memandangkan NOW menurut Rafizi tidak mempunyai pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2016 dan 2017.

Seperti yang diketahui, INVOKE dan NOW merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang tahun kewangannya akan berakhir pada 31 Disember 2017.


Walaupun nota pendapatan dan perbelanjaan tersebut boleh diragui, memandangkan butiran kemasukan dan keluar selain perbelanjaan besar yang diperuntukkan pada setiap bulan dengan pentadbiran beberapa buah pejabat yang perlu diselenggarakan, sekaligus menimbulkan persoalan dari mana sebenar sumber sebenar pendapatan INVOKE berbanding hanya mengutip derma dan menjual meja makan yang jumlahnya pasti terhad. Apatah lagi INVOKE tidak mengadakan jualan meja makan malam pada setiap hari untuk mengumpulkan dana bagi membiayai operasinya.

Justeru, 'pendedahan' yang cuba dilakukan oleh Adam Rosly yang kononnya sudah pun 'direhatkan' daripada PKR, sebenarnya tidak lebih daripada sekadar usik-usik sahaja. Adam Rosly sendiri tidak mungkin mempunyai akses kepada sumber kewangan Rafizi Ramli yang kelihatan bergerak secara bersendirian dalam soal-soal kewangan, sehinggakan Latheefa Koya sendiri pun turut meragui kaedahnya menerusi pertanyaan membabitkan jutaan ringgit yang 'dikutip' tetapi hasil tiga logo Pakatan Harapan, terlalu buruk dan memualkan. 

Biarkan sahaja masalah Rafizi Ramli dan sumber kewangannya kerana Rafizi Ramli memang sudah terkenal dengan pembohongan dan fitnah walaupun terhadap kawan-kawan sepasukannya sendiri. Apatah lagi, walaupun berlapis-lapis proksi dan kaedah aliran wang yang digunakan, tak lama lagi, bocor jugalah... sekarang bukan zaman Mahathir lagi. Zaman sekarang, zaman lantai dan dinding pun boleh bercakap. 


Samalah seperti dua hari lepas, apabila Rafizi Ramli membuat tuduhan liar tentang Tabung Haji dan SRC. (RUJUK DI SINI)

Tuduhan, tohmahan dan fitnah Rafizi Ramli nampaknya telah digunakan secara meluas oleh macai-macai Pakatan. Isu skandal RM2.6 bilion kembali didendangkan walaupun perkara berkenaan telah diterangkan oleh 'Quran' mereka sendiri iaitu Wall Street Journal dan Sarawak Report bahawa wang berkenaan adalah derma politik daripada Keluarga Diraja Arab Saudi. 

Kata Rafizi, pada Disember 2014, Tabung Haji telah membeli 30% pegangan dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.4 juta ke dalam Putra Perdana Berhad. Jadi, timbullah pertanyaan sama ada sebahagian daripada wang RM193.5 juta itu telah dipindahkan ke akaun SRC (RM170 juta) dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed.

Dengan kata lain, Rafizi menuduh SRC menggunakan wang Tabung Haji untuk membayar balik RM170 juta kepada SRC. Sedangkan orang ramai boleh menyemak sama ada jumlah saham Putrajaya Perdana, tidak bertambah pun dari tahun 2013 sehingga sekarang walaupun Tabung Haji dikatakan sudah mengambil alih pegangan sebanyak 30%.

Rafizi mungkin keliru atau sengaja mengelirukan antara pembelian saham daripada pihak kedua berbanding menyuntik modal baru ke dalam Putraja Perdana sekaligus menambahkan pegangan saham. 

Suntikan modal bermaksud wang dari Tabung Haji masuk ke Putraja Perdana. Pembelian saham oleh Tabung Haji bermakna, wang Tabung Haji dibayar kepada pihak kedua yang menjual pegangan tersebut kepada mereka. 

Daripada fakta yang diberikan, pembelian saham oleh Tabung Haji itu langsung tidak membolehkan Putrajaya Perdana untuk membayar balik SRC sepertimana yang didakwa oleh oleh Rafizi Ramli. Ini adalah kerana selepas Tabung Haji melabur pada tahun 2014, penjualan tahunan dan keuntungan Putrajaya Perdana telah meningkat dari RM62 juta untuk tahun 2013 meningkat kepada RM80 juta pada tahun 2015. 

Rafizi sudah 'terlambat' setahun atau dalam bahasa yang lebih mudah, dia terkantoi menipu lagi. Malahan sebagai seorang akauntan yang kononnya sangat genius, Rafizi tidak dapat memahami perbezaan antara suntikan modal dengan transaksi jual beli saham sedia ada. Lebih daripada itu, RM170 juta wang SRC telah dibayar kembali tetapi Rafizi masih tetap tidak berpuas hati sehingga tanpa malu, dia membuat tuduhan liar tanpa rasa bersalah sedikit pun. 

Mungkin dia sudah terlalu biasa dan tidak hairan lagi, memandangkan beberapa kes saman fitnah ke atasnya sebelum ini selain hukuman penjara 18 bulan berjaya dilengah-lengahkan dan ditunda-tunda sehingga para pencacai dan penyokongnya dengan megah bertanya, 'Kalau betul Rafizi menfitnah, kenapa dia tidak disaman?"


No comments:

 
Blogger Templates