Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 8, 2017

KOO JIA HUI, GRADUAN PhD BIOKIMIA DI UNIVERSITY OF OXFORD, BUKTI KEBERKESANAN PERMATA... YEO BEE YIN DAN RAFIZI RAMLI PASTI TAK NAMPAK!!!!



Yeo Bee Yin meneruskan legasi serangan DAP ke atas PERMATA. Manakala Rafizi Ramli menyerang peribadi Rosmah Mansor, Penaung PERMATA dalam usaha mereka untuk meruntuhkan dan menggagalkan PERMATA sekaligus menimbulkan persepsi bahawa PERMATA hanyalah salah satu daripada saluran 'halal' untuk melarikan wang negara sepertimana yang dilakukan oleh pentadbiran lalu menerusi pelbagai syarikat-syarikat proksi yang kini sudah pun berkubur dengan alasan untuk memajukan negara, tetapi sebenarnya hanya untuk mengkayakan segelintir kecil jumlah manusia sahaja.

Pada peringkat awal, PERMATA digambarkan sebagai sebuah institusi yang hanya membazirkan wang negara. Peruntukan untuk PERMATA, diragui dan dipersoalkan bagi menghasut sentimen dan kemarahan orang ramai.

Dan mereka berjaya.


Untuk tempoh beberapa tahun, malahan sehingga kini, PERMATA dilihat hanyalah sebuah institusi yang tidak diperlukan. Alasannya, sudah banyak institusi pembelajaran di negara ini. Justeru, Kerajaan tidak perlu membazir wang pembayar cukai dengan mewujudkan sebuah lagi institusi yang dikenali sebagai PERMATA dan kemudian dinaungi pula oleh isteri Perdana Menteri.

Tidak ada satu pun kejayaan PERMATA yang diperkatakan atau disentuh oleh DAP mahupun Rafizi-PKR. Sebaliknya mereka cuba menggambarkan PERMATA adalah sebuah institusi yang telah gagal tetapi masih terus dibiayai dan dibenarkan wujud oleh kerajaan kerana Najib terlalu sayangkan Rosmah dan Rosmah boleh menggunakan wang PERMATA untuk berjoli sakan dan membeli-belah di luar negara.

Itulah yang cuba digambarkan oleh Rafizi menerusi MOMOKAN-MOMOKANNYA terhadap Rosmah Mansor. (RUJUK DI SINI)



Tidak ada berita atau sebutan langsung dari mulut atau jari Rafizi Ramli, apatah lagi Cina DAP seperti Yeo Bee Yin yang hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah berbuat apa-apa untuk DUN yang diwakilinya melainkan menonjolkan diri dengan publisiti murahan agar dia dipilih lagi sekali apabila KHOO JIA HUI, 22 tahun, yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang meraih manfaat daripada program PERMATA dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD di University of Oxfored dalam bidang Biokimia.

Sedangkan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dan Ketua Menterinya adalah Lim Guan Eng - pemimpin agung yang dipuja oleh Yeo Bee Yin dan rakan-rakannya - langsung tidak membantu walaupun Koo sangat memerlukanbantuan untuk menyambung pengajian ke universiti ternama itu.


Begitu juga dengan usaha kerjasama antara PERMATA dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), Universiti Oxford yang bersetuju untuk menerokai peluang bagi mewujudkan kerjasama bagi melahirkan pelajar-pelajar pintar yang mampu mencapai taraf cendekiawan.

Yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR adalah, lawatan seminggu Rosmah Mansor dan rombongan PERMATA ke United Kingdom sehingga 10 Mei nanti yang dikatakan satu pembaziran.

Selain mengadakan perbincangan dengan Universiti Oxford, Rosmah Mansor atas kapasiti sebagai penaung dan pencetus idea penubuhan PERMATA, turut mengadakan perbincangan dengan Universiti Cambridge bagi mewujudkan kerjasama membangunkan Program Permata Pintar dan Permata Insan.

Rosmah juga telah merasmikan majlis Nobel Minda atau Nobelist Mindset iaitu sebuah program anjuran Permata Pintar dengan Royal Society of London hari ini. Program yang dimulakan pada 2012 bersama New York Academy of Sciences, Amerika Syarikat itu, kini diperluaskan ke UK dengan kerjasama Royal Society of London dan University of Cambridge.

Untuk program di United Kingdom ini, seramai 32 orang pelajar dari Kolej Permata Pintar, Kolej Permata Insan, Kolej MARA, sekolah menengah kebangsaan dan universiti awam serta enam orang guru telah menyertainya. Penyertaan mereka inilah yang dipertikaikan oleh para penyokong DAP dan PKR.


Antara lain, Program Minda Nobel itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar pintar dan berbakat menjalankan aktiviti berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM di beberapa buah universiti seperti University of Cambridge, London College University dan Imperial College London.

Apa yang dibuat oleh Rafizi ialah memomok-momok aduan Rosmah Mansor tentang anak-anak muda yang lebih gemar menunggang motosikal dan memekak di jalan-jalanraya kerana masa mereka tidak terisi dengan perkara yang lebih manfaat kerana ketiadaan peluang untuk mengembangkan bakat dan kebolehan mereka.


Matlamat sebenar Rafizi Ramli dan DAP ialah untuk membiarkan generasi muda terus bodoh dan bodoh agar lebih mudah dicucuk hidung mengikut apa-apa sahaja tohmahan dan fitnah mereka.

Jadi, tidak hairanlah mengapa sebahagian besar anak muda yang mengikut dan menyokong mereka sangat teruja dengan data-data dan angka-angka yang dituturkan oleh Rafizi Ramli sehinggakan apabila disanggah dan dibuktikan Rafizi Ramli berbohong atau fitnah, mereka tetap juga tidak percaya kerana fakta-fakta tersebut telah diterapkan ke dalam otak mereka dan mereka sendiri malas mengkaji dan membaca!


No comments:

 
Blogger Templates