Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 8, 2017

SELEPAS WILAYAH PERSEKUTUAN, PENDAFTAR MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH TERENGGANU PULA BUAT LAPORAN POLIS... SUSUN TANGGA MAHKAMAH LER KAU, RAFIZI WOII!!!



Hari ini, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abdul Malik Wan Sidek berkata, Rafizi Ramli wajib memohon maaf kerana kenyataan-kenyataannya tentang institusi mahkamah syariah atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Wan Abdul Malik berkata, Ahli Parlimen Pandan itu baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang menghina hakim-hakim mahkamah syariah, selain menghina institusi perundangan syariah dan membuat fitnah.

Menurutnya lagi, kenyataan Rafizi boleh mencetuskan kekliruan, mengurangkan keyakinan awam kepada mahkamah syariah dan menjatuhkan maruah hakim-hakim mahkamah syariah.

Justeru menurutnya, mereka mendesak agar Rafizi menarik balik kenyataannya atau membuat permohonan maaf secara terbuka. Rafizi Ramli diberi tempoh selama sebulan untuk berbuat begitu sebelum tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

Kenyataan Rafizi Ramli itu, jelas menghina institusi Raja-Raja Melayu yang telah melantik hakim-hakim mahkamah syariah, dan menjatuhkan maruah mereka pada mata orang awam, kata Wan Abdul Malik selepas dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Pada 10 April lalu, Rafizi yang terlibat dalam 'sesi Parlimen olok-olok' yang dianjurkan oleh syarikatnya, Invoke bagi memperdebatkan Akta Mahkamah Syariah (Undang-Undang Jenayah) 1965 (Akta 355) selepas Speaker Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan tentang rang undang-undang tersebut pada sesi akan datang iaitu bulan Julai.

Semasa sesi tersebut, Rafizi mendakwa wujud risiko rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh hakim-hakim mahkamah syariah yang hanya bergaji antara RM6000 sehingga RM7000 sedangkan mereka diberi kuasa untuk menghukum orang dengan memenjarakan mereka selama 30 tahun.

"Orang yang bergaji rendah, diberikan kuasa besar untuk memenjarakan seseorang selama 30 tahun - kuasa seperti itu, kalau tidak diuruskan dengan baik, akan membuka peluang untuk disalahgunakan," Rafizi Ramli dilaporkan sebagai berkata.


No comments:

 
Blogger Templates