Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 3, 2017

KRISIS KEPERCAYAAN SEDANG MEMBARAH DI DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!



Beberapa pihak telah menyebut nama-nama ADUN Pakatan terutama dari PKR Selangor yang akan menyeberang ke kem Khalid Ibrahim-Faekah Hussin. Sekurang-kurangnya dua orang daripada nama yang disebutkan itu berada bersama-sama dengan Azmin Ali dalam usaha Menteri Besar Selangor itu menyelamatkan kedudukannya pada saat-saat akhir dengan alasan membawa delegasi termasuklah yang dicurigai, ke beberapa negara Afrika Utara dan Jordan dalam apa yang dikatakan sebagai Skim Peduli Siswa, yang selama ini TIDAK DIPEDULIKAN pun!


Antara terawal yang membuat penafian adalah Dr. Daroyah Alwi, ADUN Sementa yang merupakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor.

Menurut Daroyah, dia tidak tahu menahu tentang hal 'lompat' parti itu apatah lagi dia sedang bersama-sama delegasi Menteri Besar di luar negara pada ketika itu.

Azmin Ali turut menafikan ada ADUN PKR yang akan lompat parti. Dua nama yang disebutnya adalah Daroyah dan Yaakob Sapari.


Awal sebelum itu, Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda merangkap SETPOL Azmin Ali, telah membuat penafian dan menyifatkan berita tentang lompat parti itu merupakan berita palsu yang dibuat untuk mengucar-ngacirkan pentadbiran Selangor.

Manakala seorang lagi Exco, Elizabeth Wong pula memberitahu, Dewan Undangan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan walaupun PAS dalam Muktamar Ke-63 mereka beberapa hari lepas di Kota Sarang Semut membuat ketetapan untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor kerana PKR telah melanggar beberapa syarat, termasuklah turut menentang Islam dan perlaksanaan undang-undang syariah di negara ini.


Walaupun pukul canang dan gong di Selangor sekarang merupakan 'false alarm' tetapi keterdesakan Azmin Ali membawa lari Exco-Exco dan ADUN-ADUN yang disyaki akan lompat untuk menyokong kem Khalid Ibrahim dan Faekah Hussin sudah cukup untuk menunjukkan, di kalangan barisan 'kabinet' negeri pun, kepercayaan sudah semakin menipis.

Seperkara lagi, seandainya Azmin Ali benar-benar yakin kekuatan Pakatan Harapan (DAP-PKR-Cap Bunga-PAN) di Selangor, sudah tentu dengan penuh yakin dia akan membuat usul kepada KDYMM Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan, sepertimana yang pernah dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud ketika krisis kepimpinan melibatkannya dengan Allahyarham bapa saudaranya merangkap mentornya, Tun Abdul Rahman Yaakob pada tahun 1987.

Terlalu banyak khabar angin yang kedengaran, tetapi pada masa yang sama, terlalu banyak penafian dan kemudian, ianya bertepatan sepertimana yang dijangkakan menerusi reaksi seperti yang dilakukan oleh Azmin Ali dengan melarikan ADUN-ADUN berkenaan ke luar negara bagi memanjangkan tempoh sekaligus membolehkan pujukan dilakukan.



Terbaharu ialah, Azmin Ali diberitakan sudah pun menghantar permohonan untuk menghadap KDYMM Sultan Selangor pada Jumaat nanti. Sekaligus, menandakan tempoh seminggu sebelum dia tergesa-gesa mengumpulkan ADUN-ADUN dan Exco-Exco tersebut untuk dilarikan...

Walau apa pun yang berlaku di Selangor, yang pastinya DAP tetap yakin kemenangan tetap berpihak kepada mereka memandangkan UMNO dan Barisan Nasional Selangor sendiri pun, tidak sekuat, bahkan tidak begitu berselera untuk kembali memerintah Selangor.

Manakala PAS Selangor pula... sudah tentu, ditelan mati emak, diluah mati bapa... apatah lagi setelah dua penggal hidup selesa dengan jawatan dan kedudukan yang turut menjamin kewangan...




1 comment:

Anonymous said...

Mana mungkin mereka akan lompat parti,siapa nak terima mereka?.Pas dah tak caya pada mereka yg lompat parti,dan TS Khalaid pula dah tak minat dgn politik.Bagi Umno pula nanti mereka akan jadi melukut di tepi gantangatau beri betis mahukan peha macam Ezam,elok tak usah layan.PRU pun dah tak lama,elok tunggu je.PRU nanti tanpa sokongan PAS,PKR sure bungkus biar pun di Selangor.



 
Blogger Templates