Dia masih tidak berpuas hati mengapa kawan baiknya, Lim Kim Yew kena bayar cukai.
Bagi Mahathir, kawan-kawan dan kroni-kroninya perlu dikecualikan daripada sebarang pembayaran cukai. Kalau kena bayar juga, itu bermakna kerajaan sangat zalim.
Mahathir dilaporkan sangat marah apabila LHDN 'memburu' rakan-rakan dan rakan kongsi perniagaannya.
"Ini adalah rompakan siang hari," kata Mahathir di dalam update terbaharu blognya.
Mahathir bercakap tentang Lee Kim Yew, pemilik Country Heights yang juga merupakan rakan kongsinya. Bahkan banglo besar Mahathir sendiri datangnya daripada projek Lee Kim Yew.
Berapa yang Mahathir bayar untuk banglo berkenaan?
Mahathir memekak apabila Lee berkata, LHDN menyita simpanan tetapnya di dalam sebuah bank asing bernilai RM126 juta kerana gagal membayar cukai dari tahun 1997 dan 1998. Penggunaan akta AMLA untuk menyiasat kes pelarian cukainya, diadukan oleh Lee Kim Yew kepada Mahathir sebagai 'memalukan'.
Kata Mahathir, wang tersebut diperolehi secara sah daripada perniagaan. Jadi tidak selayaknya akta tersebut dikuatkuasakan ke atas Lee Kim Yew.
Inilah yang sering diperkatakan oleh Mahathir sebagai PERJUANGAN RAKYAT. Perjuangan Rakyat bagi Mahathir adalah membela kroni-kroni dan rakan perniagaannya daripada sebarang tindakan undang-undang.
Dengan kata-kata lain, Mahathir mahukan agar kebebasan daripada sebarang undang-undang diberikan kepada kawan-kawannya!!!
Itulah yang diidolakan sangat oleh sesetengah orang ke atas Mahathir!
7 comments:
Kawan I kete kilang pon mampu beli umah satu juta
Releklh relaklh relaklh
Seban Tun lawan Najib, LHDN dikerah utk menggangu kawan2 Mahathir. Sebagai badan kerajaan LHDN memanglah kuli Najib dan tidak menghairankan mrk lakukan semua ini sebelum PRU. Nyata sekali politik rakus Melayu yg tak beretika ini dah lama berakar dlm UMNO. Adalah kita boleh harapkan bahwa penyamun2 1MDB akan ditangkap oleh AS atau Singapura kerana badan2 kerajaan semuanya tidakboleh diharapkan lagi.
Mahathir ousted Musa, blocked Razaleigh, did nothing to help Ghafar Baba, ousted Anwar, and finally ousted Abdullah Badawi as the Prime Minister, reportedly with the help of Muhyiddin. Abdullah was too nice a man. Now he tries to get rid of Najib come what may.
Semua orang bayar cukup tak lah orang lari dari cukai
Ooo..nak dekat pru kroni mader Lhnd tak blh kejar..bukan kroni boleh kejar atau nak dekat pru Lhnd kena cuti tak blh kejar siapa2...BabiDap bongok
Samalah macam Azmin guna majlis perbandaran roboh homstay Jamal.
Tak akanlah org yg Ada Wang tunai lebih RM100 juta dlm bank tak akur dgn LHDN. Berbeza dgn Ali Baba UMNO yg angkut harta secara haram ke AS dan Badawi yg menabur wang haram di Australia. Malulah pemimpin2 Negara spt Najib dan Badawi nak lari keluar Negara sekiranya ada pertukaran kerajaan. Kejayaan kedua dua monyet ini ialah mrk berjaya menjadikan org2 Melayu bangsa yg suka menyamun. Kalau inilah contoh pemimpin2 Islam bermakna agama ini tidak ada nilai diakhirat.
Post a Comment