Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 31, 2017

MEREKA BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI KERANA MELAYU ITU SENDIRI!!!



Sekali lagi DYMM Sultan Selangor menzahirkan kemurkaan baginda apabila Ahli Parlimen Subang Jaya R. Sivarasa secara sengaja dan dengan sedar, mencampuri urusan dan hal ehwal agama Islam apabila dia menerima jemputan untuk menjadikan sebuah masjid di Kampung Melayu Subang sebagai medan politik untuk menunjukkan liberalisme dan toleransi.

Sebelum ini, DYMM Sultan Selangor telah berulang-ulang kali menitahkan agar institusi masjid dan surau di seluruh Selangor, tidak dijadikan sebagai medan politik, lebih-lebih lagi yang melibatkan bukan Islam.

Bagaimanapun, titah baginda itu bukan sahaja tidak dipedulikan malah terus diperolok-olokkan dari semasa ke semasa.

R.Sivarasa sebenarnya hanyalah golongan yang mengambil kesempatan. Dia tidak akan berpeluang untuk mengganggu hal ehwal agama Islam kalau tidak kerana umat Islam itu sendiri yang menjemputnya.

Itulah yang berlaku.


Walaupun R.Sivarasa memberikan alasan pada mulanya, konon dia adalah wakil Menteri Besar dan kemudian memberi lagi alasan yang dia hanyalah memberi ucapan pendek di hadapan mimbar masjid, kesempatan tersebut tidak akan diperolehinya jikalau AJK Masjid benar-benar faham tentang tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, bukannya terhadap parti politik.

Ada juga yang berhujah kononnya zaman Nabi s.a.w dahulu, ada juga kaum kafir yang masuk masjid tetapi yang mereka tidak mengambil kira, orang kafir berkenaan tidak pernah berucap keada umat Islam di hadapan mimbar masjid dan mengajar hal ehwal dunia terutama yang membabitkan hal-hal Islam. Kalau ada pun, dalam satu peristiwa, Nabi s.a.w mencabar mereka bermuhabalah atau bersumpah laknat apabila kaum Nasrani Najran cuba memperolok-olokkan baginda dengan ketuhanan Jesus mereka.

Peristiwa tersebut tercatat di dalam ayat ke-61 Surah Al-Imran.

Justeru apabila AJK Masjid berkenaan dengan rela hati membenarkan R.Sivarasa yang kita ketahui tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal ehwal Islam tetapi hanya mahu mendapatkan undi dan sokongan daripada pengundi-pengundi beragama Islam dengan cubaan menunjukkan kononnya dia prihatin tentang Islam, tindakan mereka sebenarnya bukan sahaja melanggar titah perintah DYMM Sultan Selangor tetapi sebenarnya memperolok-olokkan sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w terhadap kaum kafir yang menggunakan masjid untuk kepentingan mereka.

Semua itu tidak akan berlaku sekiranya kalau tidak orang Melayu yang gila nak jadi liberal itu yang berperangai gila!

2 comments:

Anonymous said...

Demi kuasa politik tiada lgi pertimbangan hukum agama.

Anonymous said...

Tak ada akai apa? Macan mana boleh menjadi pegawai Masjid kalau dah perkara yang semacan ini pun tidak boleh pikierrr.

 
Blogger Templates