Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, May 17, 2017

PAS KELANTAN KEPADA LANTIKAN POLITIK PKR: NAK BELAH, SILALAH BELAH... NAK TUNGGU, TUNGGU LAH!!!



Ketika PKR cuba membuatkan PAS rasa tertekan setelah mengeluarkan arahan agar semua wakil PKR yang menjadi lantikan politik untuk pentadbiran dan syarikat-syarikat berkaitan negeri meletak jawatan serta-merta, sekaligus mencetuskan panik di kalangan para pemimpin PAS, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dengan tenang berkata, semua ahli PKR yang dilantik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, bebas sama ada untuk meneruskan khidmat atau meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh parti mereka. 

Kata Takiyuddin, walaupun PKR beria-ia mahukan ahli-ahli mereka meletak jawatan tetapi PAS Kelantan tidak akan membuat sebarang keputusan sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli PKR itu sama ada untuk meletakkan jawatan atau sebaliknya. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah lewat semalam, PKR mahukan semua lantikan politik PKR di dalam Kerajaan Negeri Kelantan letak jawatan serta merta. 

Naib Presiden PAS, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Kelantan sebenarnya berharap agar lantikan-lantikan PKR itu tidak meletak jawatan. Manakala Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, dia masih menunggu surat rasmi dari Ibu Pejabat PKR sebelum mengambil sebarang keputusan. 

Tanpa mendedahkan jumlah sebenar, Ab Aziz berkata, sejumlah besar ahli PKR yang dilantik sebagai penghulu, penyelaras DUN dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan. 

Minggu lepas, Majlis Syura PAS, badan pembuat keputusan tertinggi PAS telah membuat ketetapan untuk memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PKR kerana beberapa perkara yang telah dicabuli oleh PKR. 

3 comments:

Anonymous said...

Kuasa mb kunun, cakap aja la yg dap bagi arahan, pkr baca arahan saja beserta tunduk patuh pada dap, tak usah selindung2.

Anonymous said...

Bubar aje d'un selangor,bagi pengundi tentukan, lagi pula ko pkr minoriti baik dari segi kerusi juga jumlah undi.

Anonymous said...

Dulu menang pun pakatan rakyat bukan pakatan harapan. Jadinya pas masih berhak

 
Blogger Templates