Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, May 15, 2017

PENGARAH KINITV DIDAKWA DI MAHKAMAH KERANA SIAR VIDEO JELIK!!!



Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran, hari ini didakwa di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur, kerana menyiarkan sebuah video jelik di portal KiniTV.

Video itu memaparkan sebuah sidang media yang diadakan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang bertajuk “Khairuddin: Apandi Ali is not fit to be AG and he should quit immediately" dan “Khairuddin: Apandi Ali tidak layak jadi AG, wajar segera letak jawatan.

Menurut laporan Malaysiakini, video itu telah dimuatnaikkan dalam portal English dan Bahasa Malaysia KiniTV pada 27 Julai.

Premesh yang juga Pengarah portal berita video KiniTV bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua tuduhan dengan sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain menerusi video yang mengkritik Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dalam kapasitinya sebagai pengarah KiniTV Sdn Bhd, sama seperti tuduhan ke atas Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan pada November tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tuduhan, bagaimanapun peguam Fahri Azzat memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000 bagi semua tuduhan tanpa sebarang cagaran dan penjamin.

Hakim Zaman kemudian membenarkan Premesh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi setiap tuduhan dan menetapkan 15 Jun ini bagi sebutan kes.

SUMBER


No comments:

 
Blogger Templates