Hannah Yeoh dalam sidang medianya menafikan tulisan Kamarul Yusoff yang bertajuk, "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP' yang mempersoalkan kejujuran Hannah Yeoh di sebalik misi kristianisasinya yang terkandung di dalam buku tulisan Hannah, BECOMING HANNAH yang dilancarkan pada tahun 2015 dan boleh dibeli secara atas talian mahupun kedai-kedai buku utama.
Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun tidak gentar dengan laporan-laporan polis yang dibuat sebaliknya mengesahkan tulisan itu adalah tulisannya dan dia mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisannya itu. Dia juga sanggup dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung tulisannya yang mengulas buku Speaker DUN Selangor itu.
Selain berani mengakui kesahihan tulisannya di Facebook, Dr. Kamarul juga berkata, dia akan mengemukakan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan tentang agenda Kristianisasi Hannah Yeoh di dalam bidang politik.
"Dan kerana itulah buku itu berjudul 'Becoming Hannah' (Menjadi Hannah) dan bukannya 'Becoming DAP (Menjadi DAP' atau 'Becoming a Christian' (Menjadi Seorang Kristian)," kata Hannah dalam kenyataan medianya.
Kata Hannah Yeoh lagi, dia tidak faham mengapa DAP disabitkan dengan buku tulisannya itu seangkan dia hanya mahu lebih ramai rakyat Malaysia yang taat beragama dapat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada negara sementara masalah aliran keluar kepandaian atau brain drain ini masih lagi merupakan masalah besar negara. Bahkan katanya lagi, dengan masa kritikal yang Malaysia benar-benar memerlukan individu dalam sektor awam yang tidak mementingkan diri dan penuh integriti, terluah di dalam buku tersebut.
Dr. Kamarul dalam tulisannya mendedahkan tentang tulisan Hannah Yeoh pada MUKA SURAT 23, MUKA SURAT 89, MUKA SURAT 108, MUKA SURAT 110.
This is why, today, when I am asked to describe who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God.”
Terjemahan: Inilah sebab mengapa, hari ini, bila saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata, “Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan.”
MUKA SURAT 89
I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the fact that I am a child of God.
Terjemahan: Saya tidak mengukur harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan.
MUKA SURAT 108
I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.
Terjemahan: Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.
MUKA SURAT 110
It is here that I want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve... We want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.
Terjemahan: Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat... Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.
Zaidi Ahmad membuat fitnah kononnya IKSIM menyalahgunakan wang awam bagi tujuan politik. Ekoran tuduhan itu, Prof. Hj Mahamad Naser mengeluarkan kenyataan berikut:
"Dia (Zaidi) ada buktikah yang IKSIM menerima dana awam? Kita bukan seperti dia yang makan gaji daripada wang rakyat Pulau Pinang. Matlamat dan perjuangan IKSIM adalah untuk mendaulatkan Islam agama negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sesiapa sahaja yang memperjuangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, memang mereka tidak akan boleh duduk selesa dengan usaha IKSIM. Oleh kerana perjuangan mereka bercanggah dengan Perlembagaan, maka konco-konco mereka akan bertindak ganas bagi melakukan KEGANASAN PERSEPSI terhadap IKSIM."
IKSIM juga menurutnya sedang meneliti langkah-langkah terbaik dari segi tindakan undang-undang bagi membendung tuduhan berbaur fitnah yang disebarkan oleh Zaidi.
"Jika perlu saman, bukan hanya Zaidi sahaja akan dinamakan sebagai penerima saman ini."
3 comments:
zaidi tu agama apa? sbb dah ramai melayu yg masuk kristian skrg ni..
Syabash DR Kamarul Zaman Yusof. Pendedahan yg betul. Apa yg penting mengenai sesebuah buku ialah kandungannya bukan tajuknya. Hannah sebenarnya dah kantoi. Jaga2 agenda Hannah DAP ni. Ia bukan fitnah tetapi pengakuannya sendiri dalam bukunya.
Siasatan segera peelu dilakukan oleh pihak berwajib.
Post a Comment