Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, May 5, 2017

RAFIZI MEMPEROLOK-OLOKKAN LAPORAN POLIS OLEH KETUA HAKIM SYARIE KE ATASNYA KERANA TAHU, DIA BOLEH MANIPULASIKAN UNDANG-UNDANG UNTUK TANGGUH PERBICARAAN!!!



Rafizi Ramli memperolok-olokkan tindakan Ketua Hakim Syarie membuat laporan polis ke atasnya setelah dia menghina Hakim-Hakim Mahkamah Syariah dengan menyifatkan hakim-hakim berkenaan mudah makan rasuah dan membuat keputusan perundangan syariah berdasarkan siapa bayar lebih.

Penghinaan yang dibuat oleh Rafizi Ramli terhadap institusi mahkamah syariah khususnya hakim-hakim dan pegawai-pegawai syariah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Walaupun Rafizi mungkin didaftarkan dan mengaku beragama Islam, tetapi penentangannya terhadap apa-apa juga yang bersifat Islam di negara ini, termasuklah pentadbiran hal-ehwal Islam, juga bukanlah sesuatu yang disembunyikannya.


Justeru apabila Ketua Hakim Syarie membuat laporan polis bagi membolehkan Rafizi Ramli diseret ke muka pengadilan, ia merupakan satu tindakan awal yang memperlihatkan ketegasan pihak berkenaan menangani masalah penghinaan yang semakin kerap dilemparkan kepada badan perundangan syariah di negara ini. 

Bagaimanapun Rafizi Ramli menyifatkan tindakan tersebut hanya untuk mengheretnya ke dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam dan orang Melayu untuk menutup isu rasuah yang cuba dijuarainya.

Pada 10 April lalu, dalam sesi 'parlimen olok-olok bagi membahaskan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, Rafizi berkata, menaikkan had hukuman mahkamah syariah tanpa melibatkan kenaikan gaji hakim boleh membuka ruang kepada rasuah.


Ini adalah kerana, menurutnya JUMLAH HAKIM MAHKAMAH SYARIAH YANG TERLIBAT RASUAH adalah LEBIH TINGGI BERBANDING HAKIM MAHKAMAH SIVIL.

Paling menarik ialah, Rafizi berkata, dia bersedia diheret ke mahkamah dan mempunyai pelbagai bukti untuk dibentangkan di mahkamah nanti, walaupun semua orang tahu, Rafizi sebenarnya tidak ada sebarang bukti sepertimana dia dalam kes BAFIA yang belum pun dibicarakan sepenuhnya walaupun telah memakan masa selama 5 tahun melainkan memanipulasikan undang-undang dengan meminta penangguhan demi penangguhan. (BACA DI SINI)

Rafizi Ramli mempunyai sumber kewangan yang tidak terhad dan tidak pernah didedahkannya walaupun dia kerap cuba mendedahkan sumber kewangan dan dana politik Perdana Menteri bagi membolehkan dia menyewa dan mengupah seberapa ramai peguam untuk proses pemanipulasian undang-undang Malaysia bagi mendapatkan penangguhan demi penangguhan.

Semalam, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahamad Ibrahim dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Datuk Muhammad Abdul Karim Wahab membuat laporan polis secara berasingan terhadap Rafizi.

2 comments:

Anonymous said...

Tukang fitnah yg masih tak mau taubat

Anonymous said...

Nanti dia akan kata - "saya hanya bergurau je.."

 
Blogger Templates