Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, June 7, 2017

BILA PEJABAT PERDANA MENTERI DAH MASUK CAMPUR DALAM KEMELUT FGV, ELOKLAH ISA SAMAD DIREHATKAN DAN DICUTIKAN!!!



Akhirnya Kerajaan 'campurtangan' dalam kemelut FGV membabitkan Pengerusi FGV yang sangat berkuasa, Isa Samad dengan CEOnya, Zakaria Arshad dan CFOnya, Ahmad Tifly.

Idris Jala telah dilantik oleh Pejabat Perdana Menteri untuk menjadi pihak bebas yang akan meneliti hal dalaman FGV yang menjurus kepada kemelut yang tidak perlu itu.

Beberapa pihak, termasuklah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man secara jelas, memberikan  sokongan kepada Zakaria Arshad dan Ahmad Tifly berbanding Isa Samad.

PKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi Ramli turut menunjukkan sikap yang sama.

Sebahagian daripada mereka yang pro-BN tetapi banyak menegur tentang FELDA dan FGV turut menyatakan perkara yang sama.

Kenyataan Isa Samad yang mewajarkan tindakan terhadap Zakaria Arshad, dilihat hanyalah sebagai selubung semata-mata.

Sekurang-kurangnya persepsi itulah yang diwujudkan sekarang ekoran pelbagai masalah yang melanda FELDA dan FGV sepanjang Isa berkuasa di entiti tersebut. Soal sama ada ianya benar, separuh benar atau tidak benar, tidak timbul sama sekali kerana persepsi berkenaan telah bermain semenjak sekian lama. Apatah lagi dengan perkembangan di Felda dan FGV yang menyaksikan ramai pegawai-pegawainya dipecat dan disingkirkan.

'Pendamai' yang dilantik adalah Idris Jala. Sebelum ini, kata dua telah diberikan oleh Zakaria Arshad yang jelas tidak bersetuju dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya walaupun Isa Samad bermodalkan laporan audit PWC. Secara tidak langsung, ia menunjukkan kemelut di dalam FGV bukannya ribut di dalam cawan sahaja, sebaliknya taufan dan badai yang pada bila-bila masa sahaja mampu memberikan kesan yang sangat negatif kepada para peneroka FELDA.

Justeru, seelok-eloknya, cutikanlah dan rehatkanlah semua pihak terutama sekali Isa Samad, Zakaria Arshad dan Ahmad Tifly sehingga selesai siasatan terutama yang membabitkan SPRM dijalankan.

Apatah lagi FELDA dan FGV sebenarnya memerlukan kepakaran korporat bukannya ahli politik yang berasakan dia terlebih pandai walaupun kerugian demi kerugian daripada projek-projek 'gila' FELDA dan FGV terus dicatatkan!!!


3 comments:

Anonymous said...

Takkan lah Isa Samad lebih teruk dari ketua2 UMNO.

Anonymous said...

FELDA belum mati masih hidup untuk UMNO terus makan. Yang penting ialah UMNO hidup untuk rakyat senang.

Anonymous said...

aik.. siasatan pun blm habis lg.. dah buat keputusan mcm ada agenda je.. kalau ye pun haters jgn lah kebenaran mengatasi pertimbangan.. nmpk sgt bro.. malu.. bg selesai dulu yg bersalah akan menerima hukuman..

 
Blogger Templates