Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 8, 2017

CERITA SEBENAR KEMELUT YANG BERLAKU DI FGV BABITKAN CEO DAN PENGERUSI!!!



Para penyiasat SPRM memulakan pengumpulan dokumen-dokumen di ibu pejabat Felda Global Ventures Holdings (FGV) hari ini bagi memudahkan penyiasatan mereka berhubung rasuah dan salahguna kuasa di syarikat minyak sawit ketiga terbesar dunia itu. 

SPRM turut menyiasat beberapa orang pegawai FGV ekoran penggantungan tugas CEO, CFO dan dua orang eksekutif syarikat itu awal minggu ini. 

Jurucakap SPRM berkata, agensi anti rasuah itu berada di pejabat FGV di Kuala Lumpur untuk 'mengumpulkan dokumen-dokumen sokongan' selepas mengadakan pertemuan dengan CEO FGV Datuk Zakaria Arshad semalam. 

Para penyiasat turut menyita laptop dan komputer. Bagaimanapun butiran lanjut tentang perbincangan dengan Zakaria, tidak diberikan. 

Sumber FGV yang tidak dinamakan berkata, pegawai-pegawai SPRM turut mahu membuat pertemuan dengan Pengerusi mereka, Isa Samad di pejabat syarikat. 

Bercakap kepada pemberita hari ini, Isa berkata, dia akan bertemu dengan para penyiasat agensi anti rasuah tersebut jikalau diminta. Menurutnya lagi, FGV akan meneruskan siasatan mereka sendiri berhubung transaksi dengan anak-anak syarikat yang menyumbang kepada rasa syak terhadap eksekutif-eksekutif FGV.

Isa merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Naib Presiden UMNO.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri mula campurtangan dalam perbalahan lembaga pengarah itu dan meminta seorang bekas menteri kabinet untuk menangani masalah penggantungan tugas eksekutif-eksekutif tertinggi FGV.

Kekalutan di FGV - yang pemilik terbesar kepentingannya adalah FELDA - boleh menjejaskan Najib Abdul Razak terutama dalam bulan-bulan terakhir sebelum PRU ke-14 diadakan. Para pemegang saham FGV, kebanyakannya merupakan pemilik tanah kecil, seringkali menjadi tambatan kepada Najib di medan PRU. 

Peneroka Felda atau pemilik tanah merupakan pengundi majoriti di 54 daripada 222 kerusi Parlimen Malaysia. Mereka memiliki saham dalam FGV yang telah membolehkan syarikat tersebut mengumpulkan USD3 bilion atau RM12.7 bilion, sekaligus menjadikan salah satu penyenaraian terbesar dunia pada 2012. 

Saham FGV jatuh 70% semenjak dilancarkan, sekaligus memberi kesan yang besar kepada kaum peneroka. Mereka turut merungut tentang kelambatan pembayaran daripada Felda yang membeli buah-buah sawit yang dihasilkan dari tanah mereka. 

Saham-saham FGV jatuh 0.6% hari ini menjadi RM1.65 bagi setiap saham, sekaligus menurunkan nilai syarikat kepada RM5.91 bilion. Saham-saham tersebut telah jatuh nilai lebih kurang 6% semenjak penggantungan tugas eksekutif-eksekutif kanan itu pada Selasa lalu. 

Lembaga Pengarah FGV berkata, urusniaga dengan syarikat pembeli minyak sawit yang berpangkalan di Dubai, Safitex, menjadi tumpuan siasatan utama oleh syarikat. Safitex dilaporkan berhutang dengan FGV sebanyak USD11.7 juta semenjak 2016.

Krisis di FGV terdedah kepada awam pada hari Selasa apabila surat CEO Zakaria kepada Pengerusi, menyatakan keengganannya untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi, bocor. 

Lembaga Pengarah FGV kemudiannya menggantung tugas Zakaria dan tiga orang yang lain. CEO itu menafikan sebarang salahlaku dan meminta SPRM melakukan siasatan ke atas FGV.


4 comments:

Anonymous said...

Berminat mengikuti kursus menyamun anjuran UMNO.

Anonymous said...

Aku secara mudah tgk felda Ni okei je masa ts yusof noor, masuk isa habis jadi kalut.
Entahlah nak kata lebih pun tak tahu cerita disebalik tabir sebetulnya mcm mana.
Kalau ikut adat isa la yg patut kena disiasat.
Takyah lah takut2 kalau nanti dia masuk parti madey.

Anonymous said...

Pengerusi tidak menjalankan operasi harian manakala CEO lebih terlibat. Isa Samad hanya jaga kepentingan kerajaan. Isa ada kuasa utk menyingkir sesiapa yg menyimpang.

Anonymous said...

Zakaria Arshad nak jadi lebih pandai dari Isa Samad kerana disokong oleh musuh2 politik Isa. Kat Safitex dah rugi RM50 juta kan lebih bijak mendiamkan diri. Lagi satu kalau Melayu pegang duit cam mana duit tu tak hilang bab kebudayaan Melayu yg sudah mantap mencuri. Ingat Allah boleh di tipu dgn debut ayat2. Kalau dalam syarikat lain org2 cam ini dah lama kena buang.

 
Blogger Templates