Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 20, 2017

KERANA DR. MAHATHIR, SEBAHAGIAN AHLI-AHLI PKR TUBUH PARTI SERPIHAN PKR!!!



Ketika Parti Cap Bunga, PAN, DAP dan PKR sedang kalut untuk menentukan siapakah dari kalangan pemimpin besar mereka untuk menjadi calon Perdana Menteri, kelompok yang dahulunya merupakan sebahagian daripada PKR tetapi memilih untuk menyisihkan diri kerana meluat dengan gelagat lapar kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin parti tersebut, bertindak keluar parti dan menjadi pemerhati.

Sebahagian besar daripada mereka adalah penyokong dan pensimpati kepada bekas Menteri Besar Selangor dari PKR yang digulingkan dan kemudian dipecat dari parti, Khalid Ibrahim. 

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka sudah pun membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru dan akan menyertai Gagasan Sejahtera yang diketuai oleh PAS selepas parti tersebut diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 

Difahamkan, pemberitahuan tentang penubuhan parti tersebut telah pun diedarkan kepada wartawan. Pengumuman penubuhan parti baru serpihan PKR itu akan diadakan di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

Khalid Ibrahim digulingkan dan kemudian dipecat dari PKR pada 2013 menerusi agenda LANGKAH KAJANG yang diinisiatifkan oleh Rafizi Ramli selepas Khalid Ibrahim enggan berkompromi dalam urusan jualbeli syarikat dan konsesi air Selangor. PKR mahukan harga yang lebih tinggi, tetapi Khalid Ibrahim sekadar meletakkan nilai pada 10% daripada nilai yang dikehendaki oleh PKR. 

Bermula dengan Anwar Ibrahim mahu dicalonkan di DUN Kajang selepas ADUN PKR Kajang diarahkan mengosongkan kerusi tersebut, sebagai langkah membolehkan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor bagi mengisi kantung PKR yang kosong, kemudian Anwar didapati bersalah kerana jenayah liwat, Wan Azizah pula diletakkan di situ. Apabila Wan Azizah menang, Wan Azizah dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru dan Khalid Ibrahim perlu berambus.

Ironinya, Khalid Ibrahim telah dipaksa menjadi Pengarah Pilihanraya PKR DUN Kajang, malahan dipaksa mencari dana untuk PRK tersebut meskipun dia sedar, dia sebenarnya sedang dikapak oleh para pemimpin PKR berkenaan. 

Sokongan daripada DAP, tetapi tidak diperkenankan oleh Istana Selangor, menggagalkan usaha Rafizi Ramli untuk menaikkan Wan Azizah. Tetapi sokongan daripada PAS, akhirnya Azmin Ali dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor. 

Ternyata, PAS Selangor telah melakukan kesilapan yang besar, kerana Azmin Ali hanyalah proksi kepada DAP untuk merompak dan menjarah kekayaan Selangor selain menyapu peruntukan dari Pusat seperti MARIS untuk kepentingan DAP dan PKR sahaja, sedangkan kemudahan asas rakyat, terbiar dan tidak diselenggarakan langsung.

Menurut wakil kumpulan serpihan PKR itu, parti baru itu akan disertai ahli-ahli PKR pro-Khalid Ibrahim. Menurutnya lagi, 41% ahli PKR yang tidak bersetuju dengan keputusan PKR mengguling dan memecat Khalid Ibrahim, telah menjadi penyokong bebas. Kumpulan yang sama juga, jelak dengan perangai U-Turn dan tidak tetap pendirian pemimpin-pemimpin utama PKR dalam berurusan dengan Dr. Mahathir yang mereka tentang kuat pada tahun 1998 sehingga tertubuhnya PKR tetapi kemudian mengangkat Dr. Mahathir sebagai ikon PKR sekaligus melupakan perjuangan asal mereka menentang kebobrokan pentadbiran dan pemerintahan 22 tahun Dr. Mahathir.

PKR sedang berhadapan dengan masalah besar di Selangor, bahkan di seluruh Malaysia apabila kehilangan sokongan PAS. Dari tahun 1999, semenjak awal penubuhannya lagi, PKR terlalu bergantung kepada PAS dalam serba-serbi. Keputusan PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, menyentapkan PKR dan PKR Selangor menerusi Azmin Ali cuba memujuk PAS dengan tidak memecat tiga orang Exco Negeri dari PAS agar tidak hilang kuasa.

PAS dalam pada itu, memberitahu PKR bahawa hubungan PAS dengan PKR boleh terjalin semula sekiranya PKR memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP dan PAN.


No comments:

 
Blogger Templates