Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 19, 2017

KECEWA KUNUNNNN... SEBENARNYA GUAN ENG GEMBIRA KAN, SEBAB TAKDAK LAGI SAINGAN SELEPAS TAK SETUJU DR. MAHATHIR JADI CALON PM KE-7?!!!



Masih belum ada penyelesaian berhubung pertikaian, siapa yang sepatutnya menjadi calon Perdana Menteri dari kalangan Pakatan Harapan.

Parti Cap Bunga yang hanya ada satu kerusi dan sedang menagih kasih serta simpati daripada DAP untuk mendapat pembahagian yang lebih besar bagi membolehkan menjadi dominan atau setidak-tidaknya menyaingi DAP, awal-awal lagi telah menamakan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri mereka. Bukannya dicalonkan oleh ahli, sebaliknya Dr. Mahathir sendiri mencalonkan dirinya.

PKR dan Reformis 98 yang terbentuk kerana kebencian mendalam terhadap Mahathir selain matlamat utama mereka untuk membela Anwar Ibrahim dan meletakkannya sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetap bertegas, Perdana Menteri ke-7 adalah Anwar Ibrahim. Keyakinan mereka amat menebal kerana bersandarkan kepada janji DAP yang Anwar Ibrahim disokong.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim pula dalam perkembangan terbaharu, enggan namanya dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke-7. Konon-kononnya, Anwar mahu memberikan peluang kepada pemimpin generasi muda untuk memimpin Malaysia.

Drama tarik simpati yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya amat mudah difahami. Anwar mahukan simpati. Daripada simpati itu, Anwar menjangkakan akan memperolehi sokongan yang lebih besar daripada rakyat Malaysia sepertimana yang berlaku pada tahun 1998. Hakikatnya, Anwar sudah lama berjuang untuk jawatan Perdana Menteri. Tidak mungkin dia akan melepaskannya dengan begitu mudah.

Tetapi sekatan undang-undang pula menjadi realiti. Anwar Ibrahim hanya akan bebas pada penghujung 2018. Selepas itu, Anwar Ibrahim perlu menunggu 'perintah berkurung' selama lima tahun lagi tanpa boleh mencalonkan atau dicalonkan untuk sebarang jawatan mahupun terlibat dalam sebagai calon dalam pilihanraya. Anwar Ibrahim hanya boleh menjadi calon semula dan terlibat aktif dalam politik memburu jawatan Perdana Menteri pada PRU-19 iaitu pada usianya sudah pun pertengahan 70-an.

DAP menerusi suara Lim Guan Eng, cuba berlakon kononnya kecewa Anwar enggan dicalonkan sebagai Perdana Menteri walaupun sebenarnya itulah yang diharapkan oleh Lim Guan Eng dan DAP.

Sekarang bahkan selepas PRU-14 nanti, DAP adalah parti yang paling dominan dalam Pakatan Harapan. Katakanlah Pakatan Harapan berjaya memperolehi penguasaan majoriti lebih 112 kerusi Parlimen, DAP sudah tentulah akan menjadi pemenang paling banyak kerana cabaran DAP jauh lebih rendah berbanding PKR, PAN dan Cap Bunga yang akan berhadapan dengan UMNO, parti-parti Bumiputera dan komponen Barisan Nasional serta PAS.

Umum mengetahui di kerusi-kerusi luar bandar, PAS dan UMNO lebih dominan berbanding PKR mahupun PAN dan Cap Bunga. Cap Bunga dan PAN pula dilihat cuba berebut kerusi-kerusi FELDA bagi memujuk DAP.


Walau siapa pun yang akan mencalonkan diri, Perdana Menteri sebenar Pakatan Harapan adalah Lim Guan Eng manakala Lim Kit Siang pula akan menjadi penasihat diktator yang akan menentukan hitam putih keputusan Pakatan Harapan.

Dengan penguasaan ke atas jawatan-jawatan penting seperti Speaker Dewan Rakyat dan kementerian-kementerian strategik yang lain, DAP sebenarnya yang akan membuat segala dasar dan polisi walaupun Mukhriz yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Jadi para pelakon JUARA-JUARA SEMALAYSIA ni semua sebenarnya sudah boleh dibaca kerana akhirnya kuasa mutlak akan berada di tangan Lim Guan Eng. Hitam katanya, hitamlah keputusannya. Putih katanya, putihlah katanya... Mahathir dan Anwar nak lawan? Muhyiddin nak tentang? Mukhriz nak bangkang?

Jangan haraplah... Lim Guan Eng tak kata, setiap parti selain DAP hanya dapat tak lebih dari 10 kerusi untuk ditandingi pada PRU-14 nanti pun, dah kira nasib baik.

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin ph yg ada kini tak seorang pun benar2 layak jdi pm.

 
Blogger Templates