Azmin Ali dilihat sebagai pro-Mahathir, malah dia turut dituduh menjadi TROJAN HORSE bagi memastikan Barisan Nasional menang pada PRU nanti menerusi persengkokolannya dengan PAS.
Berbanding desakan dan tuntutan terutama dari DAP agar Azmin Ali menggunakan kuasanya menyingkirkan tiga orang Exco PAS dan lantikan-lantikan politik dari PAS dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Azmin Ali memilih untuk bertahan dan berkata, wakil-wakil dari PAS itu amat diperlukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
PKR pada masa yang sama, bertegas mahukan Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri Malaysia ke-7 walaupun hakikatnya, mereka tidak akan boleh berbuat begitu sungguhpun berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional pada PRU akan datang.
Ini adalah kerana terdapat klausa undang-undang yang menegah bekas banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan dan menerima hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun untuk terlibat aktif dalam politik sekurang-kurangnya 5 tahun.
Nama Wan Azizah turut diumumkan sebagai calon Perdana Menteri sementara yang kemudian akan digantikan oleh Anwar Ibrahim selepas larangan 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim tamat.
Sekarang ini, para penyokong dan pemimpin Pakatan khususnya PKR sedang cuba berkempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dengan membuat tuduhan kononnya secara tidak langsung, hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang berjumlah 8 orang telah dibayar menerusi bayaran Najib kepada Shafee Abdullah yang berjumlah RM9.5 juta.
Sebelum ini, beberapa usaha untuk mendapatkan pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah dibuat bagi membebaskan Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, permohonan ampun dari DYMM Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh dilakukan oleh pihak lain, melainkan tubuh badan pesalah itu sendiri dengan pengakuan bersalah dan pengakuan dia tidak akan mengulangi perbuatan salahnya lagi.
Dalam tempoh hampir 4 tahun perbicaraan liwatnya, Anwar Ibrahim gagal menampilkan walau seorang alibi dan saksi pun, termasuklah isterinya sendiri ke mahkamah bagi membelanya. Malahan ketua peguambelanya mengakui bahawa liwat itu berlaku tetapi ia adalah bersifat suka sama suka.
Di dalam PKR, Azmin mengetuai satu fraksi yang bersaing dengan fraksi yang diketuai atau diproksikan oleh Wan Azizah Wan Ismail. Dalam apa-apa cara sekalipun, Azmin kelihatan sentiasa cuba menonjolkan diri walaupun dia sekadar Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah pula banyak dibantu oleh Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution selain Nurul Izzah, anaknya sendiri.
Salah satu sifat Azmin Ali yang amat ketara ialah, dia akan membuat penafian terlebih dahulu. DAn kali ini juga, spekulasi yang mengatakan dia juga menyertai perlumbaan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, dinafikannya.
Katanya, dia mahu memberikan fokus kepada mengukuhkan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinannya. Menurutnya lagi, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi Perdana Menteri kerana dia terlalu sibuk membangunkan Selangor - satu dakwaan yang boleh dipertikaikan berdasarkan apa yang berlaku di Selangor.
Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 23 September 2014 oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi Ramli, gagal menaikkan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang merupakan calon tunggal Menteri Besar Selangor, tidak direstui oleh baginda.
Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi Ramli hanyalah bertujuan untuk menggulingkan Khalid Ibrahim selepas bekas Menteri Besar Selangor itu mengamalkan sikap kedekut dan enggan mencuri wang kerajaan negeri untuk diberikan kepada PKR.
Sebelum perlantikannya, Azmin Ali secara konsisten menafikan dia akan menafikan Abdul Khalid Ibrahim, malahan memperkecil-kecilkan spekulasi tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut. Bagaimanapun, apabila PKR menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor dengan sokongan kuat dari DAP, Azmin menunjukkan sikap berkecuali.
Azmin akhirnya mendapat 'bantuan' dan sokongan dari PAS yang membolehkan dia menjadi Menteri Besar Selangor selepas dua calon dari PAS yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri, Iskandar Abdul Samad dan Dr. Ahmad Yunus Hairi dikatakan menolak pencalonan tersebut sebagai memberi muka kepada PKR.
Menurut Azmin, isu siapa yang akan jadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan mendapat kuasa, bukanlah keutamaan pakatan tersebut buat masa ini kerana mereka masih lagi dalam bentuk menyusun struktur.
"Buat masa kini, kami hanya mahu mengenalpasti struktur PH dan menumpukan kepada persediaan untuk berhadapan dengan PRU-14. Sekiranya kami mendapat sokongan dan mandat dari rakyat, kami akan membincangkan siapa yang paling layak untuk mengetuai kerajaan baru nanti. Tetapi saya percaya, ia bukanlah masalah yang akan memecah belahkan PH kerana kami mempunyai keutamaan kami sendiri," katanya dalam pertemuan dengan pemberita di Perpustakaan Raja Tun Uda, hari ini.
Azmin turut mengulas tentang isu Dr. Mahathir yang mahu menjadi calon Perdana Menteri sekiranya PH menang PRU-14. Menurutnya, perkara itu tidak berbangkit langsung.
"Sama ada dia layak atau tidak, semuanya akan ditentukan oleh rakyat. Saya percaya kita mesti patuh kepada prinsip bahawa rakyat menentukan masa hadapan negara ini, bukannya individu atau parti-parti politik," katanya lagi.
Isu memilih calon Perdana Menteri dari kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan menjadi lebih mencabar selepas kemasukan Cap Bunga ke dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN.
Sebelum itu, pilihan agak jelas apabila PKR, DAP dan PAN bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dari PH.
Pada Kongres Tahunan ke-12 PKR baru-baru ini, para pemimpin PH mengangkat plakad yang bertulis slogan 'Anwar PM Ke-7' tetapi Dr. Mahathir dan Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin tidak berbuat begitu. Dr. Mahathir sebaliknya mengangkat telefonnya.
Azmin turut mengulas tentang isu Dr. Mahathir yang mahu menjadi calon Perdana Menteri sekiranya PH menang PRU-14. Menurutnya, perkara itu tidak berbangkit langsung.
"Sama ada dia layak atau tidak, semuanya akan ditentukan oleh rakyat. Saya percaya kita mesti patuh kepada prinsip bahawa rakyat menentukan masa hadapan negara ini, bukannya individu atau parti-parti politik," katanya lagi.
Isu memilih calon Perdana Menteri dari kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan menjadi lebih mencabar selepas kemasukan Cap Bunga ke dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN.
Sebelum itu, pilihan agak jelas apabila PKR, DAP dan PAN bersetuju untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dari PH.
Pada Kongres Tahunan ke-12 PKR baru-baru ini, para pemimpin PH mengangkat plakad yang bertulis slogan 'Anwar PM Ke-7' tetapi Dr. Mahathir dan Presiden Cap Bunga, Muhyiddin Yassin tidak berbuat begitu. Dr. Mahathir sebaliknya mengangkat telefonnya.
5 comments:
.aku sgt setuju azmin ali jadi PM...
daripada bg penyamun jd PM,baik bg Azmin.toya pny BN
Lantik mat sabu...dia penjilat tegar dap.
Senarai yg layak jadi PM in the making
1. Azmin Ali
2. Husam Musa
3. Mukhriz Mahathir
4. Salahuddin Ayob
Kalau pembangkang menang Kita jual sahaja org2 Melayu kepada Cina jadi hamba.
Post a Comment