P. Ramasamy pernah menzahirkan kemarahan apabila pihak berkuasa negara ini, khususnya PDRM mengambil tindakan tegas terhadap ketua-ketua pengganas LTTE yang cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan baru, sekaligus cuba menimbulkan permasalahan di negara ini. P. Ramasamy cuba memberi alasan, kesemua mereka yang dikenakan tindakan tegas oleh PDRM itu hanyalah pelarian politik yang mencari perlindungan di negara ini, bukannya pemimpin-pemimpin pengganas yang cuba lari dan kemudian mengatur keganasan baru dari Malaysia. (RUJUK SINI)
P. Ramasamy seringkali cuba menghempuk segala permasalahan masyarakat Tamil di Sri Lanka dan India ke kepala Kerajaan Malaysia. Bahkan dia cuba mendesak agar Kerajaan Malaysia membenarkan LTTE yang diketahui menggunakan kempen-kempen keganasan dan pertumpahan darah termasuklah membunuh pemimpin negara Sri Lanka, bahkan Perdana Menteri India, untuk berpangkalan bahkan diberikan status pelarian di negara ini.
Terbaru, Malaysiakini yang pro-DAP melaporkan tentang tindakan Jabatan Imigresen Malaysia enggan membenarkan salah seorang ahli politik dari India memasuki negara ini.
V. Gopalsamy atau nama glamournya, Vaiko merupakan pengasas dan Setiausaha Agung parti politik Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK) telah dijemput ke negara ini oleh P. Ramasamy bagi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya.
Pada tahun 2002, Vaiko telah ditahan di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Keganasan India (POTA) kerana memberikan sokongan kepada LTTE. Nama Vaiko tersenarai sebagai individu merbahaya kepada Malaysia kerana mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) Sri Lanka.
Lim Guan Eng dikhabarkan tidak berpuas hati dengan tindakan Jabatan Imigresen. P. Ramasamy pula berkata, Vaiko tidak ada kaitan dengan LTTE sebaliknya cuma seorang ahli politik yang lantang. HINDRAF mengutuk dan mengecam tindakan Jabatan Imigresen tidak membenarkan Vaiko memasuki negara ini. Di Chennai pula, sebilangan rakyat India dari kaum Tamil berhimpun dan memprotes di hadapan konsulat Malaysia kerana tidak berpuas hati Malaysia tidak membenarkan Vaiko masuk Malaysia.
P. Ramasamy benar-benar tidak berpuas hati. DAP juga nampaknya tidak berpuas hati.
Persoalan yang timbul ialah, mengapa akrab benar dengan kumpulan pengganas LTTE sedangkan masyarakat Tamil di Pulau Pinang, tidak pernah dibela oleh P. Ramasamy. Sebaliknya, P. Ramasamy sentiasa melayan masyarakat Tamil sebagai 'rakyat macainya' terutama dalam beberapa kes membabitkan perayaan agama Hindu apabila P. Ramasamy merampas hak kumpulan Chettiar dan tidak menghiraukan masyarakat Tamil marhein yang memerlukan pembelaan.
Dari mula tindakan tegas PDRM ke atas para pemimpin dan pengikut-pengikut LTTE yang cuba berpangkalan di Malaysia, P. Ramasamy sudah menunjukkan belangnya. Agak hairan juga, mengapa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II ini tidak pernah dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang Malaysia walaupun secara jelas, dia sebenarnya amat tidak senang dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan!
8 comments:
Pariah dapigs berbaik dgn gengster pariah.....cinabukuit dapigs berbaik dgn gangster cinabukuit.
Segalanya bermotif ingin menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.
Kapir laknat..
PDRM kena tegas berhubung dengan pengganas ini. Cegah sebelum parah.
Dtg nk pegi majlis perkahwinan...bila xdibenarkan masuk siap ade protes kt india...tak ke pelik tu...
Semakin jelas sikap pemimpin Dap. Umat Islam wajib jauhi mereka.
Kerajaan malaysia lembek sangat..keling ni sepatutnya dah lama di ajar cara cara menghormati perlembagaan malaysia.
ramasamy tahik.
Ini 100% salah umno lembik,
UMNO sibuk buat duit bab tu lembik.
Post a Comment