Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 15, 2017

PAS PERLU KERJA KERAS SINGKIRKAN PARASIT PAN YANG MASIH BERSARANG DALAM PARTI!!!!



Seperti UMNO yang dipenuhi oleh parasit-parasit yang menghirup keuntungan daripada UMNO tetapi menikam UMNO dari dalam, PAS juga sebenarnya tidak jauh bezanya. Namun sedikit berbeza dengan parasit-parasit UMNO yang muka mereka setebal kulit babi, dan juah dengan mempamerkan keparasitan mereka di media-media sosial, tetapi mudah pula dilihat dalam mana-mana perkumpulan atau perhimpunan melibatkan pemimpin UMNO, parasit-parasit PAS bergerak secara senyap-senyap dan kurang mempamerkan belang mereka secara terang-terangan.

Walau bagaimanapun, media sosial seperti Facebook dan sekarang ini, medium yang paling digemari, WhatsApp menyerlahkan kemunafikan mereka sebenar.

Dalam beberapa group WhatsApp yang melibatkan beberapa orang pemimpin PAS, sifat munafik itu terserlah apabila sebahagian daripada mereka bersikap lebih PAN daripada PAN.

Kekesalan kerana PAS tidak lagi mahu bekerjasama dengan DAP dan PKR, mengundang kemarahan mereka. Bahkan mereka seperti berputus asa untuk meneruskan perjuangan bersama-sama PAS. Bagaimanapun, bimbang kehilangan jawatan dan kedudukan, menyebabkan mereka kekal di dalam PAS walaupun hati masing-masing sudah tidak ada dalam PAS.

Salah seorang daripada mereka adalah Mahfuz Omar.

Secara amnya, para pemimpin PAS Kedah merupakan antara yang paling bermasalah dan bakal memberikan masalah kepada PAS sendiri.

Ada sebahagian daripada mereka yang beria-ia cuba mempropagandakan kononnya, PAS Kedah berbeza daripada PAS Pusat. Mereka kononnya lebih terbuka dan sentiasa bekerjasama erat dengan PAN yang merupakan serpihan PAS, bahkan bergiat aktif mencuri ahli-ahli dan cuba merampas kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh PAS sebelum ini.

Di Sungai Limau dan Pendang contohnya, perbuatan menikam dan cubaan membunuh PAS oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS sendiri amat ketara. Label 'bodoh', 'walaun' dan sebagainya diberikan kepada mereka yang akur dengan nasihat Presiden PAS untuk membawa PAS menjadi sebuah parti yang berpolitik secara matang.

Keinginan mereka untuk kembali berada di bawah naungan DAP begitu meluap-luap. Salah seorang ADUN PAS Kedah di Parlimen Kuala Kedah secara terang-terangan memberitahu, PAS tidak akan ke mana-mana tanpa DAP. PAS katanya, perlu kembali semula ke pangkuan DAP kerana hanya DAP sahaja yang dapat mencorakkan kemenangan untuk PAS. Katanya lagi, PAS terlalu banyak terhutang budi dengan DAP, bukan sebaliknya.

Pujian dan sanjungan diberikan kepada PAN yang kononnya lebih dinamik dan lebih diminati oleh para pengundi muda PAS di Kedah kerana lebih berpijak di bumi nyata kerana bersekongkol dengan DAP. Malahan, kempen untuk tolak PAS, sebaliknya memilih PAN atau Cap Bunga turut dilakukan oleh para pemimpin yang telah diberikan kepercayaan oleh PAS itu.

Di Sungai Tiang pula, PAS di Felda Sungai Tiang berkecamuk kerana sebahagian besar daripada tenaga penggeraknya kini lebih berminat dengan Mat Sabu. Kebetulan Mat Sabu merupakan calon Parlimen PAS PRU-13 yang menyaksikan dia berjaya dikalahkan oleh anak tempatan, Othman Abdul.

Bendera-bendera hitam telah mula dikeluarkan dan bakal dipacakkan pada bila-bila masa. Bendera hitam telah digunakan pada PRU-13 lalu untuk menarik sokongan puak-puak Syiah Pendang agar mengundi Mat Sabu.

Propaganda dan kempen sedang giat dijalankan di kalangan para peneroka terutama yang beraliran PAS agar beralih dari PAS kepada PAN, manakala Cap Bunga pula giat cuba mengalihkan sokongan para peneroka yang dikenali menyokong UMNO kepada Cap Bunga dengan mempromosikan ketokohan Dr. Mahathir dan Mukhriz Mahathir, walaupun kedua-dua orang itu, semasa berkuasa tidak pernah sampai ke Felda Sungai Tiang, apatah lagi lanjut sehingga ke Kampung Tok Dam dan Weng tetapi sekarang sudah mampu berbuat begitu.

Artikel ini adalah secara am. Dalam pendedahan akan datang, perinciannya akan diberikan, termasuklah nama-nama parasit-parasit PAS yang sedang kalut menyarung baju PAS tetapi berjuang untuk PAN-DAP dan Cap Bunga.




2 comments:

Anonymous said...

Berapa banyak parasit makan dedak Dap kini meroyan..

Anonymous said...

Beban parti umno sebetulnya bukan saja parasit pembelot tapi juga terdiri dari yg byk masaalah dan hidup dgn cuma mengampu, guna duit matikan tunas baru yg berkebolehan dsb.
Nama2 seperti isa samad, nuar musa, deris jusoh, nazri aziz to name few plus geng2 dia orang dah patut lama berundur atau diundurkan.
Bukan ada kaliber pun mereka nih
Nak tau test bagi semuka dgn rakyat atau pembangkang pasti lingkup punya., Ada gah kerana parti yg cover aja. Ni yg jadikan pengundi bukan tegar meluat pada umno.
Sedar la umno org melihat umno dari segala sudut sbb umno yg mentadbir, yg belum mentadbir boleh cakap apa saja, malah yg jadi pm lebih 20thn pun boleh putar cerita walhal kedah tetap negeri mundur,

 
Blogger Templates