Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 5, 2017

PECAT PAS ATAU DAP KELUAR DARI KERAJAAN NEGERI SELANGOR, ANCAM DAP KEPADA AZMIN ALI!!!



Azmin Ali barangkali tidak menyangka yang DAP akan memberikan kata dua kepadanya selepas dia berjaya 'menyelamatkan' Kerajaan Negeri Selangor daripada dibubarkan dan terpaksa memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri Selangor ekoran putusnya tahaluf siyasi antara PKR-DAP dengan PAS.

PAS merupakan sebahagian daripada pasukan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dengan tiga orang Exco Negeri datangnya dari PAS. Beberapa kerusi Ahli Majlis PBT di seluruh Selangor juga diduduki dan dijawat oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Baru-baru ini, Azmin Ali memberitahu, dia telah menerima nasihat daripada DYMM Sultan Selangor agar mengekalkan 'kabinet' negeri sehingga PRU akan datang bagi mengurangkan pelbagai masalah yang berbangkit.

Bagaimanapun, nampaknya DAP yang tidak pernah menghormati keputusan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Sultan Selangor, malah cuba pula memperlihatkan seolah-olah mereka tidak mengiktiraf kewujudan dan kekuasaan DYMM Sultan Selangor ke atas negeri Selangor, membuat desakan sekaligus menyanggah nasihat baginda kepada Azmin Ali.

Sinar Harian melaporkan, seorang perwakilan pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin Ali untuk memecat dan menyingkirkan wakil-wakil PAS daripada Kerajaan Negeri Selangor atau DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran negeri. (RUJUK SINI)

Menurut Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong, PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin Ali untuk pecat wakil rakyat PAS atu DAP keluar dari pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kegagalan Azmin Ali untuk berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak untuk keluar dari Kerajaan Selangor.

Mungkinan saranan tersebut datangnya daripada seorang Pengerusi DAP Cawangan sahaja, tetapi ketiadaan sebarang respons daripada DAP Pusat jelas menunjukkan bagaimana sikap mereka terhadap DYMM Sultan Selangor.

DAP semakin sombong kerana berasakan kewujudan dan penyertaan Cap Bunga ke dalam Pakatan Rakyat selain kewujudan PAN yang ditajanya setelah bekas-bekas pemimpin PAS tajaannya gagal dalam perebutan jawatan dalam PAS, akan memperkukuhkan DAP berbanding PKR. Sekaligus, DAP Selangor percaya, walaupun Azmin Ali tidak akan bersama-sama mereka, DAP akan kekal sebagai kuasa tunggal di Selangor, sekaligus membolehkan DAP melantik salah seorang Melayu mereka untuk memecah sejarah sebagai Menteri Besar Selangor.


1 comment:

Anonymous said...

Jgn tunduk kpd Dap. Melayu Islam wajib bersatu.

 
Blogger Templates