Seperti biasa, apabila sudah berkumpul, maka perbualan akan banyak berkisar tentang gosip dan cerita-cerita sensasi.
Itulah sebenarnya antara motif sebenar mengapa DOJ 'diarahkan' membuat pengumuman kedua tentang 1MDB yang kemudian persepsi akan disediakan oleh para pemimpin pembangkang, khususnya oleh Dr. Mahathir dalam tempoh beberapa hari ini sehinggalah wargakota beramai-ramai berkumpul bersama sanak saudara.
Persepsinya ialah, Najib dan Rosmah Mansor akan didakwa atas tuduhan jenayah dan bakal ditangkap di Amerika Syarikat... siaran ulangan dakwaan tahun lepas walaupun berkali-kali Najib dan Rosmah ke Amerika Syarikat, termasuklah bertemu dan bersama-sama Presiden Amerika Syarikat tanpa ada FBI, CIA, National Security, Pengawal Negara, Coast Guard dan sebagainya menangkap serta memberkas Najib dan Rosmah untuk dihumban ke penjara di Amerika Syarikat.
Sama seperti dalam pengumuman DOJ yang pertama pada tahun lepas yang dikaitkan dengan 1MDB, pengumuman terbaharu pada tahun ini juga tidak menyebut nama Najib dan Rosmah walaupun turut disenaraikan adalah barangan kemas yang bernilai jutaan ringgit yang dikaitkan dengan Rosmah. Walau bagaimanapun, barangan kemas yang diperkatakan itu juga tidak tersenarai dalam aset yang akan disita di bawah KARI (Kleptomacy Recovery Initiative) Amerika Syarikat.
DOJ masih lagi dalam peringkat menfailkan saman sivil tetapi pecacai pembangkang di Malaysia sudah pun lebih maju dengan mengatakan, sudah ada pendakwaan. Perkataan 'PENDAKWAAN' itulah yang akan dipopularkan dan ditanam dalam minda warga kota untuk disembangkan dan digosipkan di kampung nanti.
Secara praktikalnya, isu 1MDB sebenarnya sudah basi. Hujah Mahathir kononnya 1MDB kehilangan RM42 bilion kerana dikebas telah terbukti salah. Mahathir dan para penyokongnya enggan menerima hakikat, mereka sudah kalah dengan memperbaharui tuduhan kononnya 1MDB kehilangan lebih RM50 bilion pula. Dan untuk memperkukuhkan hujahnya supaya lebih sensasi, Mahathir mengatakan, sekiranya Najib dan Rosmah ke luar negara, sudah pastilah pasangan itu akan ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Sebenarnya Mahathir dengan bantuan DAP dan PKR amat berharap isu 1MDB akan membunuh Najib. Apabila Mahathir mula menyerang pada Disember 2014, Najib dikatakan tidak akan mampu bertahan lebih dari 6 bulan. Januari 2015, Najib memberikan reaksinya tanpa melalui perkataan sebaliknya dengan tindakan apabila meletakkan Arul Kanda Kandasamy untuk mengetuai 1MDB, sekaligus melakukan rasionalisasi dan penstrukturan semula perancangan hutang dan mebentangkannya kepada kabinet untuk mendapat kelulusan.
Mahathir kalah pada pusingan pertama!
Sebelum itu, kertas pendakwaan telah pun disiapkan yang akan ditunjukkan kepada Najib dan sekiranya Najib enggan, dia akan dipaksa untuk menyerah kalah. Kertas pendakwaan itu turut dibocorkan kepada Sarawak Report bagi mendapatkan perhatian orang ramai sebelum langkah menyingkirkan Najib dilakukan. Kemudian, mereka menafikannya dan berkata kertas pendakwaan tersebut adalah palsu dan laporan polis dibuat terhadap pemalsuan tersebut.
Sehari sebelum rancangan yang diatur dilaksanakan iaitu pada 28 Julai 2015, Najib menyingkirkan Muhyiddin Yassin dan menggantikannya dengan Ahmad Zahid Hamidi. Mahathir terperanjat dengan langkah drastik Najib. Sehari sebelum itu iaitu pada 27 Julai 2015, Najib menyingkirkan Peguam Negara Ghani Patail. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menyebelahi Najib menyebabkan Clare Rewcastle-Brown menerusi Sarawak Report, bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Khalid Abu Bakar pula.
Mahathir kalah lagi untuk pusingan kedua dan ketiga!
Pada masa yang sama, 1MDB semakin pulih. Arul Kanda mengotakan janjikan yang dibuatnya kepada Kabinet sebelum itu. 1MDB hanyalah senjata tumpul untuk menjatuhkan Najib. Dan pada ketika inilah, Mahathir dan orang-orangnya mula terlibat dengan Kerajaan asing.
Sebelum itu, semua tahu yang hubungan Anwar Ibrahim sangat hebat. Anwar Ibrahim sebelum ini merupakan aset terhebat Amerika Syarikat di Malaysia apabila dia membuat cubaan menggulingkan Mahathir yang mahu disingkirkan oleh Amerika Syarikat.
Pada 20 Julai 2016, DOJ yang terpalit dengan skandal e-mail Hillary Clinton menerusi Yayasan Clinton, membuat pengumuman tentang bentuk tindakan yang akan diambil terhadap beberapa pihak yang ada kaitan dengan 1MDB. Isu 1MDB kembali hidup.
Ketika itulah, Mahathir mengarahkan Daim Zainuddin dan Kadir Jasin untuk mencanangkan isu tersebut dengan mengadakan beberapa siri sidang media di Malaysia dan di Jakarta. Bagaimanapun, Daim dan Kadir gagal dan urusan tersebut tidak dapat momentum yang dihajati oleh Mahathir.
Mahathir terpaksa memikirkan kaedah yang lain. Kali ini dia menggunakan Cynthia Gabriel, Matthias Chang, Sivarasa Rasiah dan Clare Rewcastle Brown untuk mengendalikan situasi tersebut. Atau dengan kata lain, Mahathir sudah hilang kepercayaan terhadap Kadir Jasin dan Daim Zainuddin.
Sivarasa dan Matthias kemudian menderaf Verified Complaint for Forfeiture yang kemudian diserahkan oleh Cynthia Gabrial kepada Sandra Brown, pemangku Pendakwaraya Amerika Syarikat bagi Wilayah Pusat California.
Jangkaan Mahathir ialah, Najib akan membubarkan Parlimen selepas Hari Raya iaitu sekitar bulan Ogos. Dengan itu, pengumuman DOJ itu tepat pada masanya. Sekiranya, PRU tidak diadakan pada Ogos nanti, sebaliknya akan diadakan pada tahun hadapan, DOJ akan diminta untuk membuat pengumuman buat kali ketiga atas isu dan sebab-sebab yang sama.
Pastinya kita masih ingat bagaimana Cynthia Gabriel terlibat dengan siri sidang media tahun lepas selepas dia mengadakan pertemuan dengan peguam Perancis beberapa tahun lepas. Cynthia Gabriel dan pasukan sokongannya sentiasa memberitahu rakyat Malaysia bahawa perbicaraan akan diadakan di Paris dan polis Perancis sudah bersedia untuk memberikan sapina kepada Najib untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.
Akhirnya terbukti, ia adalah karut dan isu tersebut sebenarnya adalah fitnah. Tidak ada perbicaraan dan pihak berkuasa Perancis tidak menghantar sebarang sapina kepada Najib sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya mahkamah meminta polis untuk menyiasat aduan SUARAM, bukannya menyiasat Najib. Malahan, laporan yang dihantar oleh polis kepada mahkamah menunjukkan mereka tidak berminat langsung untuk menyiasat Najib.
Cynthia Gabriel telah terbukti menipu dalam pusingan pertama. Dia juga menipu kepada mahkamah Perancis apabila locus standi SUARAM dipersoalkan dan dia memberitahu mahkamah kononnya SUARAM adalah NGO antarabangsa sedangkan ianya hanyalah sebuah syarikat berdaftar dengan Pendaftar Syarikat-Syarikat Malaysia sahaja.
Nampak gayanya Mahathir akan kalah lagi pada pusingan berikutnya!
SUMBER: MALAYSIA TODAY
No comments:
Post a Comment