Kenapa Rosmah tak saman DOJ, tak saman Sarawak Report, tak saman Wall Street Journal??
Itu adalah antara killer questions yang seringkali dituturkan oleh para penyokong Dr. Mahathir dan Pakatan setiap kali penjelasan tentang kaitan tindakan DOJ dengan putar belit Dr. Mahathir dan Pakatan untuk menyalahkan Najib dan Rosmah dalam isu berkenaan.
Dan seperti biasa, penjelasan masih diberikan walaupun berkali-kali ianya dianggap tidak menarik yang saman ke atas DOJ tidak diperlukan kerana ianya melibatkan G2G atau Kerajaan Dengan Kerajaan. Manakala Sarawak Report dan Wall Street Journal mahupun media-media lain di Eropah, khususnya di United Kingdom dan Amerika Syarikat sentiasa dilindungi oleh undang-undang mereka atas nama Kebebasan Bersuara, apatah lagi isu yang dibangkitkan boleh memberikan keuntungan kepada negara-negara tersebut melainkan tuduhan tersebut dikarang, pejabat dan syarikat mereka pula berada di Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir terhadap WSJ versi Asia pada tahun 1990-an lalu.
Blog ini telah menyiarkan sekurang-kurangnya dua artikel yang disalin terus dari Malaysia Today, milik Raja Petra Kamaruddin yang berpangkalan di United Kingdom. Undang-undang United Kingdom sama adalah membabitkan Civil Law mahupun Crime Law, hampir sama dengan undang-undang di Malaysia, memandangkan Malaysia 'menyalin' undang-undang dan sistem perundangan daripada bekas penjajahnya itu.
Blogger yang sama jugalah yang mendakwa Syed Saddiq, Ketua ARMADA Cap Bunga tahu tentang pembayaran tersebut dan telah 'mengarahkan' Exconya membangkitkan isu kekayaan anak-anak Mahathir dan skandal seks luar nikah Muhyiddin Yassin dengan isteri orang yang akhirnya menyaksikan isteri orang itu diceraikan setelah mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh bekas suaminya. (RUJUK SINI)
Dalam posting terbaharunya, RPK mendakwa Syed Saddiq merupakan sebahagian daripada inner-circle di sebalik pengumuman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) pada 15 Jun 2017.
Selepas pertemuan dengan Mahathir dan Daim, Syed Saddiq memanggil tiga orang ahli ARMADA untuk bermegah-megah tentang pentingnya dia kepada Dr. Mahathir. Syed Saddiq memberitahu ketiga-tiga Exco ARMADA itu tentang RM50 juta yang telah dibelanjakan untuk tujuan menggulingkan Najib menggunakan DOJ. Sebahagian dana tersebut turut digunakan untuk membayar Sarawak Report. Manakala Yayasan Clinton menerima pembayaran bernilai USD5 juta atau RM22 juta daripada RM50 juta itu. Orang yang mengatur kesemua pembayaran tersebut adalah Daim Zainuddin menggunakan 'orang tengah'.
Kesilapan besar yang dilakukan oleh Syed Saddiq adalah bermegah-megah kerana hubungan akrabnya dengan Mahathir. Mungkin berasakan dengan bermegah-megah kononnya dia tahu banyak perkara, maka kedudukannya sebagai Ketua ARMADA akan dipandang lebih tinggi dan terjamin, sekaligus menakut-nakutkan Exco ARMADA yang lain untuk menentangnya.
Yang tidak difikirkan oleh Syed Saddiq ialah, perkara yang didedahkannya itu kepada Exco-Exco ARMADA itu adalah membodohkan dan memerangkapnya sendiri. Dia seharusnya mempertimbangkan, berkemungkinan pendedahan itu akan digunakan oleh ketiga-tiga Exco terbabit untuk berpaling tadah dan membocorkan kepada pihak lawan, khususnya UMNO. Dia seharusnya mempertimbangkan tentang pengorbanan dan usaha keras yang dilakukan oleh jentera propaganda Cap Bunga di peringkat bawahan yang tidak menerima sesen pun, tetapi kesanggupan Mahathir-Daim membayar RM50 juta kepada pihak asing, akan menimbulkan pemberontakan dalaman memandangkan hampir kesemua jentera propaganda Cap Bunga sekarang adalah terdiri daripada mereka yang pelahap duit semasa berada di dalam UMNO dan tidak berpuas hati apabila mereka tidak dapat melahap lagi sebelum keluar dan menyertai Cap Bunga.
Sebenarnya, daripada Mahathir mendesak dan mencabar Rosmah serta Najib menyaman DOJ, lebih baik dia mengarahkan Matthias Chang dan Hanif Khatri yang merupakan peguam peribadinya untuk ke United Kingdom dan menfailkan saman fitnah ke atas Raja Petra Kamaruddin.
Lagipun ini bukan kali pertama Raja Petra membuat pelbagai tuduhan ke atas Mahathir!
Berani ke Mahathir?
1 comment:
Nak saman RPK susah sebab dia jadi pelarian ada immuniti politik. Jadi RPK pakai tembak cam sniper. Kuat juga botak ni sampai ada kebel dgn PM.
Post a Comment