Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 1, 2017

SELEPAS PENJARA 18 BULAN, KINI RAFIZI BERDEPAN SAMAN FITNAH OLEH LTAT PULA!!! PADAN MUKA KAU, SOTONG!!!



Yang diminta, akhirnya Rafizi mendapat... tapi dia akan gunakan akalnya untuk mengelak daripada dihukum dengan melengah-lengahkan perbicaraan seperti dalam kes BAFIA dan kalaupun dah jatuh hukum pun, dia akan melengah-lengahkan hukuman dengan membuat pelbagai rayuan dan penangguhan pelik-pelik termasuklah mencabar undang-undang dari segi perlembagaan sepertimana yang dilakukannya dalam kes OSA.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah menyaman Rafizi berhubung fitnahnya yang mengatakan LTAT tiada wang untuk membayar gratuiti kepada pesara-pesara tentera. (RUJUK DI SINI)

Pada Mac 2016, Rafizi telah menggunakan dokumen yang masih berstatus OSA untuk menyokong tuduhannya bahawa 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan LTAT menyebabkan 110 orang pesara tentera tidak dapat dibayar grautiti mereka tepat pada masanya kerana duit LTAT telah habis digunakan untuk bail-out 1MDB.

Hakikatnya, hubungan perniagaan antara 1MDB dengan LTAT telah menjadi makluman awam semenjak tahun 2013 lagi apabila satu kenyataan umum dibuat yang 1MDB telah meluluskan kontrak kepada LTAT bernilai RM2.1 bilion bagi peranan mereka membina lapan pangkalan tentera di seluruh negara dan bagi kos pemindahan pangkalan udara Sungai Besi ke kawasan baru ganti seluas 750 ekar di Sendayan. 

LTAT yang juga pemilik Affin Bank telah menafikan semua tuduhan Rafizi Ramli. Bahkan LTAT turut mengesahkan 70 daripada 110 pesara tersebut telah pun dibayar, manakala bakinya berhadapan dengan masalah kerana maklumat tidak lengkap yang diberikan oleh pesara-pesara itu sendiri.

Rafizi Ramli seperti sengaja menggunakan isu LTAT untuk melanggar undang-undang OSA bagi melakukan fitnah, sekaligus membuatkan berhadapan dengan natijah hukuman penjara. Walhal sebahagian daripada pendedahan yang dibuatnya itu, sebenarnya telah pun diumumkan, tetapi diputarbelitkan oleh Rafizi dengan menggunakan alasan, dia mempunyai maklumat-maklumat daripada dokumen rahsia yang 'cuba disembunyikan' daripada pengetahuan umum. 

Dan kini, selain hukuman penjara, Rafizi bakal berhadapan dengan saman fitnah LTAT yang diminta-mintanya sangat.

Pengorbanan yang sebenarnya bodoh!

Lebih bodoh lagi ialah rakyat Malaysia yang membayar gajinya ratusan ribu setiap tahun hanya untuk mendengar cerita-cerita fitnahnya. 

Rafizi Ramli sebenarnya hendak menutup malu kerana telah terkantoi fitnah. Jadi, cara untuk menutup malu adalah dengan mencipta fitnah yang lain. Dia samalah macam Lim Guan Eng yang terpaksa menjual setiap inci tanah di Pulau Pinang untuk menunjukkan kononnya Pulau Pinang maju di bawah pentadbiran DAP, sehinggalah suatu ketika, sudah tiada apa-apa yang hendak dijual dan dia terpaksa berlagak seolah-olah mangsa yang telah dikonspirasikan....

Rafizi barangkali menuntut ilmu yang sama di kelas yang sama dengan Lim Guan Eng!!!


2 comments:

Unknown said...

Rafizi seorang yang tak layak jadi pemimpin atau ketua..
Rafizi seorang yang tak bole dipercayai..
Rafizi seorang yang selalu buat fitnah..

Anonymous said...

YB Rafizi... si mamat nie elok kena hukum tembak aje.. produk MCKK sama macam DSAI.. hampeh.. dah diberi susu.. dibalas tuba... kecik2 tak nak mampos... dah besar jadi tukang fitnah...

 
Blogger Templates