Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.
Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara.
Dr Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.”
Parti DAP baru-baru ini dilanda kontroversi kerana pendedahan yang membongkar terdapat dakyah Evangelis Kristian dalam agenda politik mereka.
Isu ini timbul setelah seorang pakar akademik kajian politik, Dr Kamarul Yusoff, mendedahkan isi kandungan buku ‘Becoming Hannah’ yang ditulis ahli DAP, Hannah Yeoh merangkap ADUN Subang Jaya dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.
SUMBER: MENARA.MY
1 comment:
Tolak Dap dlm pru akan datang.
Post a Comment