Sampai bila pun, Pakatan khususnya PKR tidak dapat menerima hakikat, Ketua Umum PKR itu adalah seorang penjenayah liwat yang telah disabitkan berdasarkan bukti dan fakta selain kegagalan pihak peguambelanya yang berjumlah berbelas-belas orang itu untuk menghadirkan saksi dan bukti bagi menangkis dakwaan pihak pendakwa.
Kemelut siapa yang akan jadi calon PM sekiranya Pakatan berjaya menguasai Putrajaya pada PRU akan datang menyaksikan, sesuatu perlu dilakukan untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim, sekaligus menariknya keluar dari hukuman penjara.
PKR sampai bila pun beranggapan, tiada sesiapa pun yang lebih layak menjadi Perdana Menteri Malaysia melainkan Anwar Ibrahim.
Walaupun kesemua mahkamah telah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat, PKR dan Pakatan perlu mengalihkan fakta tersebut kepada sesuatu yang lebih sensasi menerusi kaedah konspirasi, teori yang paling digemari oleh Anwar Ibrahim.
Shafee Abdullah adalah mangsa fitnah mereka dengan menggunakan khidmat Sarawak Report, WSJ dan Malaysiakini bagi tujuan tersebut.
Dua hari sudah, Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan qazaf ke atas Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Asas penolakan tersebut adalah mudah. Hakim memutuskan tuduhan qazaf dalam kes liwat tidak terpakai memandangkan di bawah Seksyen 36, qazaf hanyalah seksyen yang diperuntukkan dalam kes pertuduhan zina antara lelaki dan perempuan.
Anwar dan pasukannya tahu. Itulah sebabnya, sebelum proses rayuan tersebut diputuskan, Shafee diserang terlebih dahulu dengan fitnah dan tuduhan yang amat berat dengan kerjasama Wall Street Journal, Sarawak Report dan Malaysiakini. Tuduhan yang tidak berasas dan cubaan untuk mempertikaikan etika guaman di Malaysia yang dilakukan oleh mereka benar-benar melampau. Apatah lagi secara tidak langsung menuduh kesemua hakim yang terlibat dalam proses tersebut di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebagai mengambil 'upah' daripada Shafee Abdullah untuk mengekalkan keputusan Anwar Ibrahim bersalah kerana jenayah liwat!
Laporan-laporan polis yang dibuat kononnya Shafee mengambil wang SRC dan 1MDB dari akaun peribadi Najib Abdul Razak, sebenarnya tidak lebih daripada pembodohan yang cuba dilakukan oleh Pakatan dan PKR. Ini adalah kerana akaun bank milik Najib yang didakwa itu dan cuba dikaitkan dengan transaksi sebanyak RM9.5 juta yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB telah ditutup lebih awal. Namun, Pakatan dan PKR menuduh, akaun tersebut telah digunakan sebanyak dua kali untuk melakukan transaksi kepada Shafee sebulan selepas akaun berkenaan ditutup.
Di dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp, para penyokong Pakatan seboleh mungkin cuba menjadikan dana politik yang membabitkan UMNO dan Najib sebagai satu kesalahan besar. Bagaimanapun, mereka tidak pernah berani bercakap tentang dana politik yang membabitkan DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga.
Derma RM2.6B, gegak gempita dikerjakan oleh Pakatan sehingga terpaksa mengaitkan Shafee Abdullah dan kes liwat Anwar Ibrahim yang telah terbukti Anwar Ibrahim memang seorang peliwat berdasarkan fakta dan bukti di mahkamah.
Tetapi, apabila ditanya 'Bagaimana pula dana politik diterima oleh pembangkang, kenapa tidak ISYTIHARkan?
3 comments:
Dalam politik UMNO orang2 yg baik2 belaka harus di penjarakan supaya lanun2 makasar Dan turki dapat memerintah Dan menyamun. Mana Ada Melayu di Semananjung yg Ada ialah lanun2 Bugis, Acheh, Batak. Yg baik sekali ialah Jawa sebab peradaban yg tinggi. Yg lain semua Tukang jual Negara Dan itulah keistemewaan mrk.
Memang itulah tahap pembangkang di Malaysia..only in Malaysia
Apa yg penting Anwar wajib bertaubat jika benar dia melakukan maksiat itu. Bukan sibuk cari alasan utk tutup kesalahan.
Post a Comment