Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, June 4, 2017

TAKUT JUGA HILANG PENDAPATAN, TIADA SEORANG PUN AHLI PKR YANG LETAK JAWATAN DARI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN!!!!



16 Mei lalu, Biro Politik PKR dengan penuh bangga, dengan penuh tegas, dengan penuh lagak mengeluarkan arahan kepada semua ahli-ahli PKR yang menerima jawatan lantikan politik dalam Kerajaan Negeri Kelantan agar meletakkan jawatan serta-merta dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor meninggalkan Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, turut memberikan tekanan kepada Ahli-Ahli Majlis PBT dari PAS untuk mengosongkan jawatan masing-masing bagi memberi laluan kepada ahli-ahli dari PAN yang merupakan sekutu PKR-DAP di Selangor.

Keengganan ketiga-tiga orang Exco PAS untuk melepaskan jawatan, menerima kecaman teruk daripada para pengikut PAN dan Cap Bunga khususnya. Beberapa orang pemimpin tertinggi DAP dan PKR turut berbuat demikian walaupun mereka juga sedar, ketiadaan PAS di Selangor akan menyebabkan Azmin Ali kehilangan jawatan selaku Menteri Besar, bahkan Pakatan akan terbubar daripada menjadi Kerajaan Negeri.

Alasan, dinasihati oleh titah KDYMM Sultan Selangor agar mengekalkan 'kabinet' sedia ada telah digunakan oleh Azmin Ali untuk terus bernafas sebagai Menteri Besar. Pun begitu, pembenci-pembenci PAS terus menyerang tanpa henti dan melabelkan PAS sebagai tidak bermaruah kerana enggan keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, keengganan lantikan-lantikan politik dari PKR di Kelantan untuk meletakkan jawatan sebagaimana yang diarahkan oleh Biro Politik PKR pada 16 Mei, lansung tidak diperkatakan. Malah cuba disorokkan.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob mengesahkan, TIADA SEORANG PUN LANTIKAN POLITIK PKR yang akur dengan keputusan Biro Politik parti mereka untuk melepaskan jawatan.

"Mereka tidak letak apa-apa jawatan dan setakat ini berjalan seperti biasa," katanya.

Di sebalik pelbagai label yang diberikan kepada Exco PAS dan PAS sendiri, nampaknya ahli-ahli PKR juga tidak menghormati arahan yang idkeluarkan oleh Biro Politik PKR.

Dilaporkan, ADUN Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh berkata, sehingga kini semua lantikan politik belum meletakkan jawatan kerana masih berlaku rundingan antara Kerajaan Negeri dengan PKR Pusat berhubung perkara itu.

Dalam bahasa yang lebih mudah faham, arahan yang dikeluarkan oleh Biro Politik PKR pada 16 Mei lalu sebenarnya hanyalah DRAMA MURAHAN seperti yang sering dipertontonkan oleh PKR membabitkan pelbagai isu, termasuklah RUU355.

Hakikatnya, berbanding PAS di Selangor yang sudah tentu akan mengancam kewujudan PKR dan DAP sebagai Kerajaan Negeri, di Kelantan sebenarnya, perletakan atau penarikan diri lantikan-lantikan politik dari PKR, tidak memberikan sebarang kesan atau kudis pun kepada pentadbiran negeri. Sebaliknya, PAS boleh mengisi kekosongan tersebut tanpa perlu bimbang menghadap KDYMM Sultan Kelantan bagi mempersembahkan pembubaran DUN kerana kekurangan majoriti atau berhadapan dengan ancaman undi tidak percaya seperti yang akan dihadapi oleh Azmin Ali di Selangor.

Maka timbullah persoalan, sebenarnya, rundingan apa yang sedang dijalankan membabitkan PKR dengan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS? Adakah dalam hal ini, Biro Politik PKR sekali lagi membuat arahan atau PKR sebenarnya jauh lebih tamak berbanding PAS tetapi sentiasa cuba berlagak hero walaupun hakikatnya, mereka perlu bergantung dan bersandar kepada PAS pada sebarang masa?


1 comment:

Anonymous said...

PKR sedar yg hayat depa akan berakhir andai terputus hubungan dgn PAS... kalau tak caya tunggu la PRU14 kelak...

 
Blogger Templates