Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 13, 2017

AKHIRNYA MUKHRIZ MENGAKU, DR MAHATHIR TELAH MERANCANG UNTUK GULINGKAN NAJIB ABDUL RAZAK SEMENJAK 2014 LAGI!!!



Mukhriz Mahathir menyaman Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sarifuddin kononnya, Tengku Sarifuddin telah menfitnahnya dan mencemarkan reputasinya. 

Hari ini perbicaraan kes tersebut berlangsung di Mahkamah Tinggi. 

Ketika menjawab soalan Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang merupakan peguam bagi pihak Tengku Sarifuddin sama ada Mukhriz bersetuju atau sebaliknya tentang cubaan menggulingkan Najib dari tahun 2015, Mukhriz dengan penuh yakin menjawab, dia bersetuju, malahan dia turut membetulkan pertanyaan Jahaberdeen bahawa perancangan tersebut telah dibuat dari tahun 2014, bukannya pada tahun 2015.

Bagi soalan sama ada perancangan tersebut diketahui umum dan disiarkan menerusi media aliran utama dan media sosial, Mukhriz menyatakan, 'Ya'. 

Mukhriz Mahathir juga bersetuju bahawa Dr. Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merancang untuk menggulingkan Najib, tetapi menafikan mereka 'berkonspirasi' untuk berbuat begitu. 

Masalahnya sekarang ialah, MUKHRIZ TAHU ATAU TIDAK MAKNA PERKATAAN 'KONSPIRASI'?

Bukankah konspirasi itu antara lain maksudnya ialah, menjadi dalang di belakang tetapi di hadapan, tersenyum simpul dan kelihatan seperti seorang yang baik dan berhemah selain sangat menyokong tetapi di belakang,  menjalankan kerja-kerja sabotaj, mencipta perancangan dan melakukan pemusnahan dari dalam?

Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir dan Muhyiddin bukan konspirasi ke? Dia yang mempunyai pengetahuan sehingga tahu perancangan menggulingkan Najib bermula dari tahun 2014 lagi bukannya 2015 sebagaimana yang diketahui umum, takkan tidak terlibat dalam konspirasi itu kalau pengetahuannya dalam bab itu melebihi orang lain?

Awal-awal lagi, sudah dikatakan bahawa serangan Mahathir-Muhyiddin terhadap Najib bukannya kerana 1MDB atau Malaysia akan bankrap atau alasan-alasan yang diberikan oleh mereka. Sebaliknya, ia bermula daripada pemilihan UMNO apabila Mukhriz kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden dan Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong anak lelakinya itu. 

Mahathir dan Muhyiddin amat maklum dengan 'Dana Presiden' di mana kedua-dua mereka juga menerima wang dari dana tersebut untuk PRU-13. 

Jun 2014, Muhyiddin secara tiba-tiba menentang usul menunda pemilihan parti walaupun pada peringkat awal, amat kuat menyokongnya. Jangkaan Muhyiddin ialah, Najib sudah terlalu hampir untuk ditumbangkan sekaligus akan menjadikannya sebagai Presiden parti dan pada masa yang sama, Perdana Menteri Malaysia. Muhyiddin sebenarnya cuba mengelak daripada terpaksa bersaing dengan Zahid Hamidi yang dilihat lebih berkarisma dan kurang liabiliti berbandingnya.

Seminggu kemudian, WSJ menyiarkan perincian tentang RM2.6 bilion selepas pemilihan ditangguhkan. Sekalipun tahu wang berkenaan adalah untuk kegunaan parti, tetapi mereka memilih untuk menjadikannya sebagai senjata paling ampuh untuk menyerang Najib dan menuduh Najib menyonglap wang itu untuk kegunaannya sendiri. 

Hari ini, dalam saman kononnya dia difitnah dan dimalukan, Mukhriz mengakui wujud perancangan dan pakatan untuk menggulingkan Najib!

Lawak juga si Mukhriz ni... tak tahulah sama ada dia memang buat-buat bebal atau dia melihatnya sebagai satu strategi serampang banyak mata, apatah lagi sekarang adalah musim-musim U-Turn terutama setelah perancangan dan konspirasi serba tidak menjadi!!!


6 comments:

Anonymous said...

Pandai penulis article ini... putar belit, cerita tak habis... mereka merancang nak jatuhkan Najib sebab Najib mencuri... bukan suka-suka nak jatuhkan Najib... kenapa bahagian Najib curi duit tu tak diberitahu pula?

Anonymous said...

Mukriz mungkin buat lawak kot? He3

Anonymous said...

Dalam Berita TV3 semalam. Plan to 'Topple DS Najib but not to conspired. Bukan ke maksudnya sama rancangan utk menyingkirkan DS Najib. Masalah betul Boboi ni. Cakap pun dah tak betul. Tapi nasib dia amat baik kerana beliau adalah seorang Jutawan Kabel Talikom.

Anonymous said...

hei anon 9:02, kau nampak ke dgn mata kepala kau najib curi

Anonymous said...

Budak tak cukup rambut nie tong kosong aje... pi la menetek kat ayah kau boboi... menyampah dan meluat aku tengok mukhriz nie

Anonymous said...

Satu dunia dah tahu penglibatan Najib dlm beberapa skandal skala Besar. Yg menutup Mata Dan telinga adalah org2 Melayu yg mengadai prinsip sebab duit.

 
Blogger Templates