Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 13, 2017

CAP BUNGA JERAI YANG SEDANG BERGOLAK... AKRAMSHAH TERPAKSA GUNA TALIAN BAPA UNTUK TUNJUK KUASA!!!



Majlis rumah terbuka kini sudah menjadi budaya baru di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali di kalangan parti-parti dan pemimpin-pemimpin parti politik. Tidak sahaja merapatkan silaturrahim tetapi majlis tersebut juga digunakan untuk membuktikan bahawa pemimpin yang menganjurkan rumah terbuka itu juga mempunyai pengaruh dan kuasa undi besar yang perlu diberikan perhatian.

Lebih meriah rumah terbuka itu, lebih besarlah biji mata yang memandang.

Itulah yang berlaku dalam Parti Cap Bunga Bahagian Jerai.

Cap Bunga Bahagian Jerai ada dua 'kepala'. Satu kepala adalah Dato Mustafa bin Idrus manakala satu kepala lagi adalah Akramshah Muammar Ubaidah yang merupakan anak Sanusi Junid dan merupakan Ketua Penaja Parti Cap Bunga Bahagian Jerai.

Berbanding Akramshah, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Pa jauh lebih dikenali oleh ahli-ahli dan penduduk tempatan. Akramshah pula, sekadar menebeng atau menumpang nama bapa. Lebih teruk lagi, Akramshah tiada apa-apa yang boleh dibanggakan untuk dia berdiri di atas kakinya sendiri.

Kemelut mula berlaku apabila pada 11 Julai 2017, Tok Pa telah menerima mesej WhatsApp daripada Akramshah yang berbaur ugutan. Mesej itu juga melibatkan WhatsApp tentang pembatalan ceramah politik anjuran Cap Bunga Kawasan DUN Sungai Limau yang dijadualkan akan diadakan pada 22 Julai 2017.

Tok Pa @ Tok Mus atau Dato Mustafa Idrus sebelum ini merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Air Tawar Butterworth dan pernah dikenakan tindakan disiplin selain keahliannya digantung selama dua tahun kerana kesalahan sabotaj parti. Dia balik ke Jerai memandangkan Kampung Raga adalah kampung asalnya selain jawatannya selaku Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Raga. Kecewa di dalam UMNO, dia bertindak keluar parti dan menyertai Parti Cap Bunga.

Namanya sebagai calon Cap Bunga di DUN Sungai Limau telah disiarkan oleh Harian Metro. Hasilnya, dia mengambil pendekatan membuka pejabat sendiri di bangunan tingkat satu Taman Mahsuri Sungai Limau Dalam, Yan. Dia kemudiannya melantik dirinya sendiri sebagai Penyelaras Parti Cap Bunga DUN Sungai Limau tanpa melalui Parti Cap Bunga Bahagian Jerai.

Dari situlah bermulanya konflik antara Tok Pa dengan Akramshah yang merupakan Ketua Penaja Cap Bunga Bahagian Jerai sehingga kini.

Tok Pa sebenarnya telah mendahului Akramshah yang tidak tahu apa-apa tentang Jerai tetapi berlagak dengan jawatannya. Sebaik-baik sahaja tersebar gambar banner tentang ceramah politik Cap Bunga anjuran Tok Pa, Akramshah segera bertindak dengan menghantar pesanan teks WhatsApp kepadanya.

Akramshah mengingatkan Tok Pa bahawa program tersebut tidak dimaklumkan dan tidak mendapat kebenaran Cap Bunga Jerai. Bukan itu sahaja, Akramshah juga mengingatkan Tok Pa bahawa pejabat urusan Parti Cap Bunga yang dikendalikan oleh Tok Pa di Sungai Limau, bukannya pejabat Parti Cap Bunga.

Dengan kata-kata lain, Akramshah mengingatkan Tok Pa, agar SEDAR DIRI dan TAHU DIUNTUNG kerana jawatan Ketua Penaja adalah milik Akramshah, manakala Tok Pa sekadar melantik diri sendiri!

Antara kandungan mesej Akramshah kepada Tok Pa termasuklah yang membabitkan Mahfuz Omar. Kononnya, Akramshah telah menerima aduan daripada Mahfuz tentang jemputan Tok Pa untuknya hadir ke majlis ceramah politik. Mahfuz merujuk Akramshah terlebih dahulu kerana mereka saling kenal mengenal antara satu sama lain. Jadi, Akramshah mengingatkan Tok Pa, JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN NAMA PARTI untuk mengubungi pemimpin-pemimpin lain tanpa merujuk pengurusan parti.

Akramshah juga mengingatkan Tok Pa supaya BERHENTI merujuk majlis yang dianjurkannya sebagai majlis anjuran PPBM. Kononnya selagi tidak mendapat persetujuan pengurusan sah parti dalam penganjurannya, maka majlis tidak boleh dibuat.

Paling ironi ialah, majlis berkenaan benar-benar mencabar kewibawaan dan kuasa Akramshah sehingga terlucut juga ayat, "SURAT TUNJUK SEBAB AKAN MENYUSUL, sekiranya tidak, kita akan mengambil segala tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang demi memelihara nama baik parti."

Majlis yang sepatutnya memberikan impak besar kepada kerjaya Tok Pa di Jerai dan DUN Sungai Limau khususnya, akhirnya dibatalkan walaupun dengan berat hati. Pembatalan tersebut menaikkan kemarahan Tok Pa. Mungkin kerana kemarahan yang meluap-luap, Tok Pa menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis namun sehingga kini tiada sebarang laporan yang dibuat.

Walau bagaimanapun, dari kalangan yang sangat rapat dengan Tok Pa pula memberitahu, pejabat Parti Cap Bunga Sungai Limau akan ditutup. Sehubungan dengan itu, satu sidang media khusus untuk memberikan penjelasan berhubung hal tersebut akan dibuat. Dalam sidang media itu, Tok Pa akan mengisytiharkan keluar dari Parti Cap Bunga dan akan menyertai PAS atau memohon untuk kembali menyertai UMNO.

Sumber yang lain pula mengatakan, Tok Pa telah memutuskan untuk tetap meneruskan juga majlis ceramah politik dan rumah terbuka seperti yang dirancang bagi membuktikan dia lebih hebat daripada Akramshah yang terpaksa menggunakan talian hayat bapanya, Sanusi Junid yang merupakan orang kuat Mahathir dan menguasai hal ehwal disiplin Cap Bunga.


No comments:

 
Blogger Templates