Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 18, 2017

ANINA SAADUDIN BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS SETIAUSAHA DAN BENDAHARI CAP BUNGA LANGKAWI KERANA MENFITNAHNYA!!!



Lama tak dengar khabar berita tentang Anina Saadudin, bekas pensyarah yang kemudian menempa nama setelah memaki hamun Najib Abdul Razak dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Dr. Mahathir.

Anina Saadudin mula hilang dari radar politik negara apabila beberapa pendedahan yang mengaibkan tentangnya bersama-sama seorang lagi figur yang cuba menampilkan diri kononnya sangat rapat dengan Mahathir, tersebar di media-media sosial.

Kali terakhir berita yang diketahui tentang Anina Saadudin ialah keengganan Mahathir membantu menyelesaikan masalahnya sebaliknya sekadar 'mengirimkan doa' seolah-olah doa Mahathir itu dapat menghapuskan pelbagai beban masalah yang sedang dihadapi oleh Anina Saadudin.

Selain Najib Abdul Razak, Anina yang asalnya merupakan Ketua Srikandi Penaja Cap Bunga, turut berkonfrontasi dengan anak Mahathir, Mukhriz Mahathir. Pergeseran itu akhirnya mencampakkan Anina ke suatu sudut yang menjadikannya sebagai TIDAK BERNILAI langsung di mata kepimpinan Parti Cap Bunga, khususnya di Langkawi.

Untuk seketika, Anina 'terus hilang'. Namun beberapa pihak di Langkawi, khususnya yang sangat kuat menyokong Mukhriz tetap melihat Anina sebagai ancaman besar. Lebih-lebih lagi Anina sendiri mempunyai cita-cita besar untuk menjadi calon di Parlimen atau mana-mana DUN di Langkawi setelah bersusah payah meletakkan asas Parti Cap Bunga di pulau berkenaan.

Anina adalah antara pengasas Parti Cap Bunga Malaysia dan dia masih lagi merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Cap Bunga.

Setelah sekian lama 'menyepikan diri' dan dipinggirkan, hari ini, Anina membuat kemunculan semula. Cuma hari ini, Anina tidak menyerang Najib atau UMNO atau Barisan Nasional mahupun membela segala salah laku Mahathir dan keluarganya, sebaliknya membuat laporan polis ke atas Setiausaha Parti Cap Bunga Bahagian Langkawi di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada jam 11:25 tengah hari tadi.

Semuanya bermula apabila Setiausaha Parti Cap Bunga Langkawi yang menggunakan nama PUTERI FATAHARYATI memuatnaik status pada 31 Mei 2017 jam 6:45 petang yang berbunyi:

Dengan segala hormatnya... Dia pun melompat ke UMNO dengan mas kahwinnya RM7,000,000 #SayaFahamAndaTerdesak #SatuSatunyaWanitaLangkawiYgDesperate #SebabTuAkuLoyaBilaHangKataHangSayangTun #Phui** 

Puteri Fataharyati juga didakwa membuat kenyataan tambahan di ruangan komen posting berkenaan pada jam 9:41 malam berbunyi:

Terdesak..boleh faham la..nak kena bayaq lawyer kan..Dia saman bukan calang orang..Dia saman Najib kot..duhh".**

Kenyataan tersebut kemudiannya dibalas komen daripada pengguna Facebook lain, termasuklah oleh Bendahari Cap Bunga Bahagian Langkawi yang menggunakan nama SHAA FILA dalam komennya pada status berkenaan pada jam 6:51 petang berbunyi:

ya betoi kak put..saheh dahh huhu

Menurut Anina, dia sengaja menunggu sehingga selesai sambutan Aidil Fitri sebelum membuat sebarang tindakan. Ini adalah kerana status-status yang menurutnya penuh fitnah dan sumpah seranah tersebut telah dimuatnaikkan dalam bulan Ramadhan.

Tuduhan tersebut sebenarnya berlegar kepada perkahwinan Anina dan 'kehilangannya'. Anina dituduh telah disuap oleh UMNO memandangkan sebelum ini, antara masalah besar yang dihadapi oleh Anina adalah masalah kewangan, terutama yang membabitkan pinjaman rumahnya. Status tentang pinjaman rumahnya terdapat di dalam Facebooknya menerusi keluhan pada harijadi anaknya yang bernama Melanis.

Kebimbangan tentang pengaruh serta gerak kerjanya yang boleh mensabotaj Mukhriz Mahathir di Langkawi, membuatkan Anina menjadi sasaran mudah. Apatah lagi, dengan kekuatan pengaruh Cap Bunga sendiri yang semakin menurun, pendedahan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir selain banyak pendedahan tentang salahlaku Mukhriz dan kegagalannya sebagai Menteri Besar Kedah, membuatkan kaedah terbaik adalah dengan MEMUSNAHKAN ANINA terlebih dahulu menggunakan nama UMNO.

Konon-kononnya kalau Cap Bunga kalah di Langkawi pun, semuanya adalah kerana Anina telah dibayar RM7 juta oleh UMNO!

Lebih utama lagi ialah, Parti Cap Bunga Bahagian Langkawi sendiri sebenarnya malu dengan gelagat Mahathir yang disanjung-sanjung mereka sebelum ini. Mahathir dan anaknya hanya mahukan sokongan tetapi AMAT BAKHIL untuk menghulurkan bantuan kepada orang yang telah banyak berjasa kepada mereka.

Dalam isu ini, Anina Saadudin adalah mangsa Mahathir dan Mukhriz!

Jadi, satu-satunya cara adalah dengan 'membunuh Anina' terlebih dahulu menggunakan cerita kononnya Anina dibayar berjuta-juta ringgit untuk berpaling tadah.

Anina mencabar Cap Bunga Langkawi untuk melaporkan fitnah mereka sendiri kepada Lembaga Disiplin parti atau pun PDRM dan SPRM bagi siasatan serta tindakan lanjut. Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Parti Cap Bunga Bahagian Langkawi sebenarnya adalah BERNNIAT JAHAT yang semata-mata dilakukan untuk menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku ahli politik.

Menurutnya lagi, Parti Cap Bunga tidak sepatutnya menghalalkan perbuatan seperti itu terhadap mana-mana pemimpin mahupun individu-individu lain. Justeru, atas prinsip BERANI KERANA BENAR, dia mahu mengambil tindakan bagi membela dirinya sendiri.



No comments:

 
Blogger Templates