DAP mula.menghadapi masalah dengan ROS apabila aduan daripada ahli-ahli DAP yang dihalang daripada membuang undi bahkan menghadiri perhimpunan agung parti tersebut pada Disember 2012. Jumlah perwakilan yang hadir CE pada 15 Disember 2012 adalah seramai 2,576 perwakilan dan 865 cawangan. Bagaimanapun, campurtangan dan 'hasil kerja' bijaksana Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang mahu mengekalkan legasi mereka, maka diisytiharkan jumlah cawangan yang hadir adalah sebanyak 985 Cawangan. Lebih 120 Cawangan daripada jumlah yang didaftarkan secara rasmi.
Apabila 120 Cawangan haram itu dibenarkan membuat pemilihan maka keputusan CEC pada 15 Disember 2012 menjadi tidak sah. Permintaan agar DAP mengadakan pemilihan semula CEC menggunakan senarai 865 Cawangan, ditolak oleh Guan Eng dan Lim Kit Siang. Kedua-dua beranak itu sebenarnya ketakutan. Kedua-dua beranak tersebut takut kerana tanpa 120 'Cawangan Hantu' itu, berkemungkinan besar Lim Kit Siang dan Guan Eng hilang kuasa di dalam DAP.
Status DAP itu bukanlah baru sekarang muncul. Sebaliknya perkara itu telah dinyatakan di dalam notis mengikut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Lim Guan Eng sendiri pada bulan April 2013. Tindakan tersebut dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.
Tiga hari sudah, Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang mengeluarkan kenyataan menuduh kononnya wujud rancangan mahu mengharamkan parti DAP oleh Perdana Menteri. Hari ini, Lim Kit Siang pula menagih simpati daripada para penyokongnya dan turut memberikan gambaran kononnya, Barisan Nasional sudah takut dengan DAP dan mahu DAP diharamkan daripada bertanding pada PRU akan datang.
Hakikatnya, tidak wujud sebarang konspirasi. DAP sendiri yang sengaja membiarkan parti mereka berstatus haram dan tidak sah dari sisi perlembagaan Pendaftar Pertubuhan.
20 April 2013, iaitu ketika menjelang PRU-13, Lim Kit Siang berlakon menangis konononnya bimbang DAP tidak dibenarkan bertanding. Menangis kononnya lambang DAP akan dihalang untuk digunakan dan menuduh ROS menganiaya DAP.
Ironinya, mengapa DAP sangat takut untuk mengadakan pemilihan CEC semula?
Besar kepala? Ego? Atau ketakutan melampau Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?
Lim Kit Siang dalam kenyataan terbaharunya berkata, dia akan membuat penjelajahan untuk menerangkan - sebenarnya menipu - kepada para penyokong tentang kemungkinan tersebut. Justeru, dia memikirkan untuk bersara dari politik kerana tidak bersetuju dengan tindakan penguatkuasaan yang mungkin akan diambil oleh ROS.
Dia juga akan mendapatkan maklum balas daripada penyokong tentang Lim Guan Eng yang akan diminta untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Jangan terkejut sekiranya ada yang bersungguh-sungguh berhujah kononnya Najib Abdul Razak takut sangat dengan DAP sehingga DAP perlu diharamkan, walaupun hakikatnya, masalah DAP bukanlah dengan Najib Abdul Razak, tetapi dengan ROS kerana keghairahan mereka menerusi penipuan demi memastikan jawatan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terjaga!
2 comments:
Jadi apa tindakan media BN utk menangkis dakyah DAP ni supaya sampai kepada rakyat keseluruhannya.. Nak duk diam je ke mngharap rakyat sedar sendiri? Akhirnya negara akan jadi milik yahudi pada PRU14 nanti... Aku tengok lemahnya media BN, sentiasa kalah kpd propaganda DAP yahudi..
ROS ke atau badan kehakiman atau mana2 agensi kerajaan tunggu keputusan UMNO sebelum sesuatu isu dimuktamadkan. Ni bayi yg baru lahir pun tahu. Mengenai Yahudi mengunakan DAP, memang sesuatu yg telah jadi basi dan akan hanya diterima oleh beruk2 kat hutan. Bab Kita tengok yg menjunjung Al Saud penaung ugama org2 gila wahabi ialah Isreal dan AS. Juga yg menyuruh AS menukar regim dibeberapa negara Arab ialah Saudi dengan persetujuan Israel. Jadi secara ringkas org2 Sunni Wahabi sebenarnya menyembah buntut Natenyahu. Kebodohan ini terserlah pada org2 Melayu yg buta dan berotak kudis.
Post a Comment