Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, July 12, 2017

DR MASZLEE MALIK, SI PENGHIBUR EVANGELIST DENGAN KATA-KATA 'NABI PUN LETAK JAWATAN' TERUS DIBIDAS DAN DIKECAM!!!



Selepas teruk dikecam oleh netizen beragama Islam kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi kononnya 'Nabi juga akan letak jawatan kerana kesusahan zaman sekarang', bagi mendapatkan pujian dan gelak tawa selain memberikan hiburan kepada khalayak yang mendengarnya, pensyarah UIA, Maszlee Malik, terus dikecam kerana keengganannya memohon maaf kepada umum selain memberikan dalih yang langsung tidak masuk akal.

Dalam kejadian 8 Julai, Maszlee Malik yang hadir sebagai responden kepada pembentangan forum yang bertajuk, 'Deceitful? Distracting? Or Dedicated? Evangelical and Current Controversies in Malaysia,' mengeluarkan kata-kata kufur itu di hadapan khalayak dalam forum yang diadakan di sebuah gereja Methodist di Kuala Lumpur.

Program tersebut dianjurkan oleh badan pemikir Kristian, Kairos Dialogue Network, yang kemudian dilaporkan di dalam berita bertajuk “Evangelicals latest BN scapegoat, interfaith forum told” dan “Kristian Malaysia tidak sokong Zionism, kata forum antara agama”



Selepas didedahkan oleh netizen, Maszlee kemudiannya cuba berdalih kononnya dia tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu sebaliknya merujuk kepada kerja-kerja yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Bagaimanapun saksi yang berada di forum tersebut menafikan dalih Maszlee sebaliknya menegaskan Maszlee memang gembira kerana para penonton dan pendengarnya ketawa.

Maszlee turut dibidas oleh seorang lagi penganalisis politik tetapi amat dimusuhi oleh DAP dan golongan evangelist, Dr. Kamarul Zaman Yusuf dari UUM.

Ketika di dalam forum tersebut, Maszlee yang sedar permusuhan dan kemarahan evangelist dan DAP terhadap Kamarul Zaman, telah mengungkit nama penganalisa politik itu yang telah mengaitkan nama Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dengan gerakan evangelist dan program Zionis yang dibatalkan di Melaka.

Menurut Dr. Kamarul Zaman Yusuf dalam kenyataan media bertarikh 12 Julai 2017:

Kelakar sekali bila Dr Maszlee, tanpa memberikan sebarang bukti, mengaitkan tulisan saya, selain Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, mengenai isu Kristianisasi dengan agenda Barisan Nasional.


Di sebalik cubaan dangkal Dr Maszlee mengaitkan tulisan saya, selain Azril, mengenai isu Kristianisasi dengan agenda BN, di sini saya akan menanyakan Dr Maszlee beberapa soalan yang akan mengaitkan beliau dengan agenda Pakatan Harapan, khasnya AMANAH:

(1) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai Bengkel Perancangan Strategik AMANAH di Hotel Bangi-Putrajaya pada 5 September 2015?

(2) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda diumum memberikan usrah kepada AMANAH Sabah Bahagian Pantai Barat pada 9 September 2015?

(3) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai pelancaran AMANAH peringkat Wilayah Persekutuan pada 13 September 2015?

(4) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting AMANAH bertajuk “Special media statement of Parti Amanah Negara in conjunction of International Day of Persons with Disabilities 2015” dengan mengomen “congrats AMANAH!!!” dan “an OKU friendly party you guys are!” di dalam Facebook anda pada 2 Disember 2015?

(5) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda memberi pengisian kepada Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan di Wisma Harapan Baru AMANAH Batu pada 8 Januari 2016?

(6) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai Nadwah Ulamak lil Nahdah Jadidah (NUNJI) peringkat Wilayah Utara anjuran AMANAH di Perpustakaan Awam Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 25 Mac 2016?

(7) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting AMANAH bertajuk “OKU antara calon AMANAH bagi PRN Sarawak” dengan mengomen “tahniah AMANAH kerana melaksanakan dasar kesataraan untuk semua dengan pencalonan OKU di dalam PRN Sarawak” dan “saya harap pengundi Sarawak boleh memberikan peluang kepada OKU mewarnai suasana DUN Sarawak sekaligus mewarna ceriakan politik negeri tersebut!” di dalam Facebook anda pada 26 April 2016?

(8) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi video AMANAH yang memuatkan rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pengundi mengundi calon AMANAH di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi memastikan BN tumbang di dalam Facebook anda pada 12 Jun 2016?

(9) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi video AMANAH yang memuatkan profail calon AMANAH di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli, di dalam Facebook anda pada 12 Jun 2016?

(10) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting terbitan AMANAH bertajuk “4 tips untuk tarawih yang mesra alam” dengan mengomen “respek kepada AMANAH dengan tips mesra alam ini” dan “ini barulah world-class mentality” di dalam Facebook anda pada 13 Jun 2016?

(11) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai AMANAH, yang didakwa pilihan politik terbaik mereka, pada 27 Jun 2016?

(12) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai NUNJI peringkat Wilayah Persekutuan anjuran AMANAH di Crystal Ballroom, Mines 2, Seri Kembangan, Selangor, pada 13 Mei 2017?

Dr Maszlee, tidakkah anda juga merasakan bahawa anda adalah penganalisis politik cikai bila seruan anda kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya menyertai AMANAH, yang didakwa pilihan politik terbaik mereka, di dalam laporan akhbar Sinar Harian bertajuk “Sertai AMANAH pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz” pada 27 Jun 2016 langsung tidak dipandang sebelah mata oleh mereka?

(Nota: Untuk makluman Dr Maszlee, saya sendiri bukanlah penganalisis politik cikai seperti anda bila beberapa seruan saya, umpamanya supaya Datuk Husam dipecat dari PAS (lihat contohnya laporan akhbar Sinar Harian pada 6 Februari 2016 bertajuk “Karier politik Husam bagai ‘telur di hujung tanduk’” dan laporan akhbar Berita Harian pada 15 Februari 2016 bertajuk “Husam boleh dipecat langgar tatatertib PAS”), supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat dari UMNO (lihat contohnya laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Mac 2016 bertajuk “Muhyiddin patut kena tindakan” dan laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Mac 2016 bertajuk “UMNO kena pecat Muhyiddin, Mukhriz”), dan supaya PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR (lihat contohnya laporan akhbar Berita Harian pada 24 Jun 2016 bertajuk “PAS tidak perlu tahaluf siyasi dengan PKR” dan laporan akhbar Berita Harian pada 31 Mac 2017 bertajuk “Pengkhianatan PKR punca PAS henti kerjasama politik”), secara kebetulannya menjadi kenyataan.)


2 comments:

Anonymous said...

Kapir laknat lim kit siang bila nak letak jawatan? Dah berjuang ANTI ISLAM dan ANTI MELAYU lebih 6 dekad tak nak letak jawatan ke?

Anonymous said...

Ramai jgk yg nak jadi barua utk perlekeh Islam.

 
Blogger Templates