Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, July 10, 2017

NAJIB MEMANG SENGAJA CARI FASAL, SALAHKAN MAHATHIR EKORAN KERUGIAN SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA, MAS!!!



Kenyataan Najib Abdul Razak bahawa pentadbiran Perdana Menteri terdahulu telah menyebabkan MAS mengalami kerugian dan masalah besar akibat pemimpin terdahulu, pastinya akan menyemarakkan kemarahan Dr. Mahathir dan para pengikutnya. Lebih-lebih lagi, mereka sentiasa percaya, Dr. Mahathir sentiasa betul dan kerugian yang dialami oleh MAS pula adalah kesan daripada keputusan perniagaan yang tidak baik.

Janji Najib bahawa dia akan memastikan, Penerbangan Malaysia akan pulih ketika dalam program 'Negaraku' syarikat penerbangan itu menggunakan B737-800, dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Kompleks Kejuruteraan Penerbangan Malaysia hari ini, juga pastinya akan dipandang sinis dan dikecam.

Untuk tujuan tersebut, Najib berkata, Syarikat Penerbangan Malaysia telah menggariskan rancangan pemulihan lima tahun untuk tujuan pemulihan. Fasa pertama pelan tersebut bermula dengan penstabilan kewangan syarikat tersebut. (RUJUK SINI)

Tidak ramai yang tahu bagaimana Syarikat Penerbangan Malaysia boleh mengalami kerugian dan masalah besar walaupun sebelum itu, MAS sentiasa mencatatkan keuntungan dan sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai reputasi hebat selain diuruskan dengan baik.

Semuanya bermula pada tahun 1988. Pada ketika itu, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pemegang saham terbesar MAS sebanyak 32% yang mereka perolehi dari Kementerian Kewangan.

Selepas BNM kalah besar dalam perjudian FOREX bernilai RM30 bilion pada awal 1990-an, BNM telah diminat menjual pegangan ke atas MAS kepada Tajudin Ramli (MHS) dengan harga RM8 bagi setiap saham (harga pasaran hanyalah RM3.50 bagi setiap saham) bagi tujuan mendapat keuntungan segera pada tahun 1993.

Langkah ini perlu diambil bagi menutup tembelang kerugian besar yang dialami oleh BNM akibat aktiviti perjudian FOREX.

Selepas MHS ambil alih MAS, prestasi MAS mulai merosot dan mencatatkan kerugian besar sehinggalah syarikat penerbangan itu perlu di'bail-out' dan diselamatkan oleh kerajaan sebanyak beberapa kali.

Pada penghujung kuasanya, Mahathir telah berjaya menghancurkan industri bijih timah (juga akibat perjudian), UMNO lama, kebebasan kehakiman, Bank Bumiputera (yang kemudian diambilalih oleh Bank of Commerce) selain penghancuran MAS dan BNM.

Dia turut menswastakan lima projek pengangkutan berlainan menjadi 5 pihak berasingan dengan 5 sistem berbeza yang tidak bersepadu. 4 daripadanya menyaksikan kerajaan terpaksa bail-out manakalanya bakinya pula berterusan menerima bantuan subsidi selama 30 tahun daripada Malaysia Airport menggunakan cukai lapangan terbang, sama ada pengguna menggunakan ERL atau sebaliknya.

Mahathir juga menswastakan Indah Water kepada Vincent Tan dan kemudian menggunakan entiti kerajaan untuk bail-out Indah Water. Dia juga mencipta Proton, yang perlu di'bail-out' oleh Petronas dan kemudian oleh kerajaan secara langsung.

Wang Petronas juga digunakan untuk membayar Ananda, pihak di Argentina, Jepun, Korea dan Indonesia untuk membina KLCC yang dikatakan kebanggaan Malaysia.

Sekarang ini, semua orang yang bertanggungjawabsudah berada di barisan pembangkang - Mahathir, Anwar, Sanusi, Ling Liong Sik, Daim, Kadir Jasin, Mat Tyson dan sebilangan yang lain.

Najib pula terpaksa menanggung kencing berak puak-puak berkenaan, sering diserang oleh mereka kononnya menyalahgunakan duit rakyat, walaupun hakikatnya, wang rakyat telah lama hilang semasa Mahathir berkuasa lagi.

Salah satu perkara menarik tentang Tajudin Ramli yang didedahkannya kepada mahkamah:

Berhadapan dengan saman sebanyak RM589 juta oleh Danaharta, Tajudin menyaman balas sebanyak RM13.46 bilion dan mengejutkan mahkamah menerusi pendedahannya yang disokong oleh dokumen:

"Dia telah diarahkan oleh bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin untuk membeli saham-saham MAS bagi membantu Bank Negara memperolehi semula wang yang telah hilang akibat kerugian urusniaga FOREX pada tahun 1994. (RUJUK SINI)

5 comments:

Asaif Barkiya said...

Jika DOJ di guna pakai sebagai instrumen perundangan bagi mendapatkan balek kononnya duit dan barangan yang terlibat di dalam isu kontroversi 1MDB maka kaedah yang serupa di nasihatkan pula di guna pakai bagi mendapatkan kembali wang rakyat yang di selewengkan di dalam perjudian Forex oleh malaun malaun penyamun tarbus.Barisan penyamun perompak dana simpanan BNM ada 2 kemungkinan.Dengan sengaja menjual dan membeli posisi open contract seperti memindahkan dari poket kiri ke poket kanan.Jadi mengkambing hitamkan orang lain spekulator seperti Soros dan agensi spekulator lain padahal orang yang serupa dengan sengaja merugikan duit rakyat simpanan BNM dan mengkaut di bursa Forex lainnya melalui proksi proksi terpilih.Proses sengaja membina kerugian dengan niat jahat untuk agenda peribadi dan mengkaut kononnya keuntungan hasil daripada tindakbalas khianat tersebut adalah sangat bertepatan.Bila angka angka ini melibatkan berbilion maka niat dan perbuatan jahat ini membabitkan mereka mereka yang sedang memegang kuasa seperti Menteri Kewangan,Perdana Menteri dan Gabenor Bank Pusat yang hanya berkuasa berbuat demikian dengan niat jahat dan khianat.Jadi,penubuhan RCI amat tepat tetapi harus mempertimbangkan 1 lagi skop siasatan iaitu bagaimana untuk mendapatkan balek duit rakyat yang di rompak dan di samun oleh penjenayah penjenayah kolar putih kerana angka berbilion dolar bukan semudah itu di telan zaman dan hangus begitu saja.Jejak jejak setiap ringgit boleh di kesan dengan jayanya jika RCI memberi kuasa dan melantik satu pasukan forensik kewangan berdedikasi dengan matlamat mengesan dan mendapatkan balek setiap sen wang rakyat sebagaimana DOJ di guna pakai sebagai intrumen mendapatkan balek kononnya wang dan aset yang di selewengkan didalam isu kontroversi 1MDB.Jenayah forex BNM adalah serius dan selagi ianya tidak di selesaikan maka generasi X,Y & Z akan menanggung sengsara bahangnya.

Anonymous said...

Pendekata kedua dua belah ada kes yg melibatkan berbillion billion. Tapi Rakyat yg memilih perompak jadi PM utk menikmati duit curi bersama. Jadi rakyatlah yg sepatutnya menanggung dosa. Harap api neraka menyambar pengikut bersama pemimpin yg mrk sayangi.

Anonymous said...

Tidak boleh menuduh sesiapa. Yang masuk ke lubuk pencuri sememangnya diharapkan utk mencuri atau membunuh. Itu kebudayaan UMNO.

Anonymous said...

Sila jawab doj dah nak sampai setahun doj diam diri ia
Kenapa doj panggilan 1mo itu ia kemahkamah,
Doj alat politik amerika itu?
Kalau doj benar hantar surat surat hadir kemahkamah dan siapa hadir ke mahkamah itu.

Proses siasatan dah dijalankan oleh pac "jadi perlu lagi rci itu nanti kalau bn latik orang rci semua orang kata dia orang umno termasuk pembangkang panbangkang pandai fitnah itu , singapore pun jalah prosas pac siasatan pada rumah banglo yg nak dikata waris LKY nak dijual kepada kepada siapa2 berminat seperti cakap waris2 itu,kenapa siangapore lebih percaya pada pac dari rci itu sila jawab ia?
Wakil dap telah sahkan najib tak bersalah ia,kenapa kamu semua pembangkang tak nak pecat wakil dap di pac itu isu 1mbd itu sila jawab.

Kes 1mbd di doj surat mahkamah pun tak lagi dah setahun lebih doj hanya cakap tin kosong je

Anonymous said...

I have read so many posts about the blogger lovers except this piece of writing is really a pleasant post,
keep it up.

 
Blogger Templates